SJ-2666 : nikah semasa haid

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2666 : nikah semasa haid

apakah ada sebarang hukum jika bernikah ketika pengantin perempuan sedang haid?

Re: SJ-2666 : Nikah Semasa Haid

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri nazarita ini dengan semampu yang mungkin.

Didalam Islam, sudah tentu setiap peribadatan itu mempunyai rukun-rukunnya tersendiri. Didalam Mazhab Syafie yang menjadi mazhab resmi negara, rukun nikah ada 5 perkara : Syigah (Ijab dan Qabul), lelakinya, perempuannya, wali dan dua orang saksi[1].

Wali perempuan tersebut harus menerima Ijab dengan berkata "Aku nikahkah engkau dengan anak perempuanku" [="#ff00000" size="4"](ÒæøÌÊß ÇÈäÊí), dan yang menerimanya (Qabul) harus menjawab, sebagai contoh "Aku Terima" [="#ff00000" size="4"](ÞÈáÊ) atau "Aku redha (menerimanya)" [="#ff00000" size="4"](ÑÖíÊ). Peristiwa ini disaksikan oleh 2 orang saksi. Perempuan tersebut haruslah halal dinikahi menurut syara'.[2].

Tidaklah menjadi syarat sah nikah bagi wanita yang ingin dikahwini itu haruslah suci dari haid. Cuma apa yang harus dielakkan ialah perempuan yang didatangi haid dibawa ke masjid.

Lajnah fatawa Daimah Saudi (5/398) menyatakan hukum wanita yang didatangi haid memasuki masjid [3]:

"Tidak dibenarkan wanita yang berhaid memasuki masjid melainkan untuk melintasinya sahaja jika ada keperluan. Ini seperti hukum bagi mereka yang berkeadaan junub, sebagaimana firman Allah swt :

[="#ff00000" size="3"]íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ áÇ ÊóÞúÑóÈõæÇ ÇáÕøóáÇÉó æóÃóäúÊõãú ÓõßóÇÑóì ÍóÊøóì ÊóÚúáóãõæÇ ãóÇ ÊóÞõæáõæäó æóáÇ ÌõäõÈðÇ ÅöáÇ ÚóÇÈöÑöí ÓóÈöíáò ÍóÊøóì ÊóÛúÊóÓöáõæÇ
"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri solat, sedangkan kamu didalam keadaan mabuk, sehingga kamu tahu apa yang kamu cakapkan, (janganlah kamu hampiri masjid) sedang kami didalam keadan jubub, terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi".[al-Nisa’ 4:43] "

wallahu 'alam

-wassalam-

==============
Rujukan :

1. Dr Mustafa Bugho [etc]. Fiqh Al-Manhaji : 'ala mazhab Al-Imam Al-Syafie. Cetakan ke 4. Damsyik : Dar Al-Qalam, 2000. ms 51.

2. Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid. Syarat Aqad Nikah url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=813&dgn=3&dgn=2

3. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 5. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'id, 2000.

خيرالأمين

Re: SJ-2665 : nikah semasa haid (Tahqeeq)

:wassalam
Oleh kerana jawapan Syaikh Kamin kita ni agak ringkas dan fokus kepada madzhab Jumhur, izinkan saya lengkapkan dengan pendapat fiqih yg kritis terhadap pendapat Jumhur mengenai wanita haidh dan urusan pernikahan.

a. Mentahqeeq semula pendapat Jumhur termasuk dari Lajnah Fatwa KSA bahawa wanita haidh diharamkan ke mesjid. Dalil alQur:an dari surah anNisaa': 43 itu bukanlah dalil melarang wanita haidh masuk ke mesjid secara qat'iy (Imam Ibn Kather, Tafseer IK: 1/500) Manakala dalil2 hadis yg melarangnya semuanya di nilai tidak sahih oleh alMuhaddith Nasiruddin alAlbani (Fatawa Medinah alMunawwarah)
Maka Albani menetapkan wanita boleh masuk mesjid dgn dalil penafian dan dalil penetapan. Maksud dalil penafian ialah tiada dalil yg melarang yg dinilai sahih; dan maksud penetapan ialah Hadis alBukhari dari Jabir ra bahawa Nabi saw bersabda kepada Aisyah ra yg didatangi haidh ketika Haji Wadha'," maka perbuatlah apa yg diperbuat oleh orang yg berhaji kecuali tawaf dan solat."
Pendapat alMuhaddith Albani ini sebenarnya sudah dikemukakan oleh asySyawkani (Nailool Awthor: 1/229), asySyun'ani (Subulus Salam: 1/126), Ibn Hazm alAndalusi (alMuhalla: 2/184)
Maka masuknya wanita semasa akad Nikah ke mesjid (jika perlu), tidak semua masyarakat yg mengadakan akad nikah di mesjid) adalah dibolehkan menurut pendapat minoriti. Walaupun minoriti, pendapat ini di sokong oleh dalil hadis.

2. Apakah harus bernikah ketika pengantin perempuan dalam keadaan haidh?
Kita berpendapat ini adalah suatu penetapan tarikh yg dungu dan menyalahi kebahgiaan yg diatur bermula dari akad, nikah, walimah dan malam pertama. Malam pertama, misalnya dari hadis Ibn Abi Syaibah, disunatkan solat sunat bersama. Kemudian pengantin di hiaskan dan perbaguskan (Hadis Imam Ahmad dari Asma' bte Yazid ra, di mana beliau menghiasi Aisyah ra utk malam pertama dgn RasuluLlah supaya Aisyah kelihatan menawan). Walaupun tidak ada garispanduan dari syara' secara detail, tapi dari sudut rasional, perancangan Nikah mesti mengambil kira pusingan haidh pengantin wanita.

Rumusan: walaupun pendapat Syaikh Kamin kita itu mewakili Jumhur, tapi dalam Fiqih dan kebenaran, Jumhur tidak semestinya benar sepanjang masa. WA