SJ - 2674: nak jawab soalan PM

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2674: nak jawab soalan PM

Assalamualaikum w.bt
Bismillah walhamdulillah...

Macam mana nak jawab soalan soalan yang PM tanya masa penutup persidangan umno hari tu? dibawah ni petikan ucapan dan mana yang ana "" tu adalah perkara yang memusykilkan ana

**Agama Islam bukan agama untuk 1400 tahun dahulu. Agama Islam adalah agama sepanjang zaman. (Tepukan)

Sebab itu bila kita buat tafsiran berkenaan ayat-ayat Al-Quran, atau hadis dan sunah Nabi, kita mesti jadikannya relevan dengan keadaan semasa

Keadaan semasa berbeza dengan dahulu. Ilmu pengetahuan kita sudah lebih banyak.

Berkenaan dengan hukum hudud umpamanya kalau kita baca dalam Quran selain daripada menghendakkan saksi-saksi yang empat yang bebas daripada dosa yang besar untuk sesuatu jenayah. Selain daripada itu, yang utama dalam pengajaran agama Islam ialah keadilan.

Kalau kamu hukum, hukumlah secara adil. Yang ini disebut berkali-kali dalam Quran. Jadi walaupun kita perlu mengadakan saksi-saksi ini. Tetapi kalau kita tidak dapat saksi-saksi ini dan kita dapati hukum itu tidak boleh menjadi adil, maka kita perlu mengutamakan keadilan itu.

Empat orang duduk tengok saja tak buat apa? (ketawa) Tolonglah (ketawa). Kalau dia tak tolong, takkan dia orang tak berdosa. Tentu berdosa punya orang.

Di zaman Nabi lain. Itu keadaan di zaman Nabi. Ini keadaan sekarang yang mana kita baca tiap-tiap hari kes rogol dan sumbang mahram.

Pakai ketayap dan pakai jubah tapi buat kerja yang tak baik. Semuanya kalau pergi ke mahkamah, wanita ini kata:

`Sayadirogol.'

Tanya si hakim, `Awak ada saksi empat orang?'

Jawab wanita: ``Dia rogol dalam bilik, tidak ada siapa pun, dalam rumah pun tidak ada siapa''.

``Ah! Itu bermakna awak membuat tuduhan yang tidak baik. Hukumnya rotan 80 kali dan orang yang merogolnya terlepas kerana tak ada saksi.''

Itu adilkah?>> Bolehkah kita kata adil kalau tidak adil? Bolehkah kita kata itu Islam? Siapa kata undang-undang Islam tidak adil? Jangan tanya Pas. Jangan tanya sesiapa pun apakah undang-undang Islam akan menentukan ketidakadilan berlaku?

Tidak sama sekali. Agama Islam menentukan keadilan mesti berlaku (tepukan).

Ini orang yang kena rogol didera kena rotan, Yang merogol lepas begitu saja.

Tapi cerita tidak habis lagi. Kalau dia mengandung, dia lahir dapat anak. Itu adalah tanda dia telah berzina dan hukum zina ialah rejam dengan batu, bunuh orang tu. Anak tak bunuhlah. Tapi anak itu rupa semacam dengan orang itu. (ketawa)

Tidak adalah misai macam orang itu tapi lama-lama akan ada misai macam orang itu juga (ketawa). Itu bukan ajaran Islam. Sebab itu apabila kita tegur tentang hukum hudud Pas Terengganu, maka mereka membuat pindaan kepada hukum Hudud.

Bolehkah kita pinda hukum Tuhan? Tidak boleh. Ini hukum Pas, Hukum Haji Hadi yang jahil. Jahil berkenaan agama Islam. Jangan kita fikir kerana dia tidak pernah pakai baju Melayu. Pakai jubah dengan serban, maka dia tahu agama Islam.

Saya nak suruh dia pergi buat syarahan di luar negeri. Kata ini adalah hukum Hudud yang dikehendaki oleh agama Islam.
**

Macam mana nak counter hujah tersebut dari segi hukum dan juga dari segi logic

Re: SJ - 2674: nak jawab soalan PM

:wassalam
Jawab:

Ada dua cara menjawab persoalan yg ditimbulkan oleh YAB PM pada Persidangan Agung parti pemerintah yg baru berlangsung.

Cara pertama: Kaedah YAB Menteri Besar Terengganu, TG Haji Abd Hadi Awang.Quote:" Saya tidak memberi perhatian apabila YAB PM bercakap soal-soal agama kerana beliau bukanlah alim dalam bidang itu (agama)" end Quote.
Maka kalau kita guna petua ini, maka kita biarkan sahaja kerana PM lebih dihormati apabila dia membicarakan pelbagai isu kecuali isu agama.

Cara kedua: menjawab kembali berdasarkan hujah yg lebih rajih.
Apa yg disuarakan oleh PM itu merujuk jika hukum Rogol diletakkan dibawah hukum Hadd (hudud). yang sebenarnya Jenayah Rogol berada di bawah Hukum Hirabah (jenayah yg ganas) dan Jirah (kecedaraan). Di bawah hukum Hirabah dan Jirah, ia tidak memerlukan persaksian empat orang itu. Qarinah spt bukti DNA juga boleh dipertimbangkan. Perletakan jenayah Rogol di bawah Clause Hirabah dan Jirah ini disuarakan oleh Fuqaha' sejak dulu:
a. Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah: 2/447
b. Abd Rahman aljaza'iry, Kitab alFiqh 'ala alMadhzaahib Arba'ah: 5/450
c. Imam Malik, alMuwatta'/392 (Umar alKhattab ra menghukum perogol dan membebaskan mangsanya)
d. alMughny: 8/129 (Umar ra membebaskan perempuan dari dihukum Hadd kerana hamil akibat rogol)
e. Abd Rahman I Doi, Shariah: The Islami Law, London, 1984/250. WA