SJ - 2717 : [U] CD WRITER?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2717 : [U] CD WRITER?

Ana ada sedikit kemusykkilan…

Sekarang ni dunia semakin canggih… jadi, dipendekkan ceriter… kalau kita menggunakan CD Writer untuk mengcopy software/games dsb dan kita gunakan pulak untuk jual kecil-kecilan/besar-besaran… atau kita gunakan sekadar untuk bersedekah dsb… hukumnya?

Wa

Re: SJ - 2717 : [U] CD WRITER?

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan menjawab soalan VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

CDWriter merupakan alat menyalin antara satu CD dengan satu CD yang lain. Kalau dulu kita guna diskette, kini CD menjadi media storan menyimpan maklumat, data, perisian dan sebagainya. Perisian-perisian ini di lindungi oleh Akta Hak Cipta (Copyright Act). Maka menyalin dan mengedarkan tanpa kebenaran adalah dilarang, kerana ia dikira sebagai menciplak karya orang lain. Lainlah kalau software-software ini disalin sebagai backup, atau ia merupakan perisian Public Domain, atau pun Software OpenSource yang DIBENARKAN menyalin tanpa meminta kebenaran penulisnya.

Kami rasa persoalan penciplakan ini telah di ceritakan didalam SJ yang lepas yang juga dikemukan oleh sdr VHoutenJr. Sila rujuk : SJ-2678 : Menciplak karya orang lain . Didalam SJ tersebut juga kami telah memaparkan HakCipta atau Copyright juga dilindungi didalam syariah yg dibahaskan didalam Persidangan Majlis Fiqh Islamiyah yang berlangsung di Kuwait, pada 10-15 Disember 1988.

Didalam jawapan ringkas ini, kami ingin membawa pandangan tambahan dari Lajnah Daa'imah LilBuhuth wa Ifta' didalam Fatwa no: 18453:

Tidak dibenarkan menyalin perisian (software) tanpa kebenaran dari pengarang asalnya atau pemegang hakcipta berdasarkan 3 hadith Nabi saw:

[="#0000ff" size="3"]ÇáãÓáãæä Úáì ÔÑæØåã
"Seorang Islam [berpegang] keatas syarat-syarat (perjanjian) mereka (dengan orang lain)";
[="#0000ff" size="3"]áÇ íÍáø ãÇá ÇãÑÆ ãÓáã ÅáÇ ÈØíÈÉ ãä äÝÓå
"Harta seseorang Islam tidak halal kepada yang lain tanpa izinya" dan
[="#0000ff" size="3"]ãä ÓÈÞ Åáì ãÈÇÍ Ýåæ ÃÍÞø Èå
"Barangsiapa yang mula-mula sekali memperolehi mubaah (sesuatu yang dibenarkan memperolehinya) ia berhak menyimpannya"

Kesemua ini di aplikasikan keatas orang Islam dan bukan Islam kerana hak orang bukan Islam dihormati sebagaimana hak orang Islam -- Lajnah Fatawa : 18453.

---------
Dengan kata lain, baik bagi tujuan kebajikan ke atau perniagaan ke, penyalinan software menggunakan CDWriter, diskette, ThumbDrive dan sebagainya adalah dilarang, kecuali dengan meminta izin dari pemegang hakcipta atau pengarang asalnya, melainkan pengarang asal tidak melarang langsung softwarenya disalin (copy) sebagaimana perisian Public Domain dan OpenSource atau pun untuk kegunaan sendiri (sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Utsaimin didalam SJ-2678).

wallahu 'alam

-wassalam-

Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 13. Cetakan ke 3. 2001.

خيرالأمين