SJ - 2786 : Kedudukan mayat terbalik semasa disembahyangkan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2786 : Kedudukan mayat terbalik semasa disembahyangkan

:salam
Al Fadhil Ustaz2 sekalian, seorang kawan saya ada menghadiri pengkebumian saudara beliau akibat kemalangan jln raya.
Semasa menyembahyangkan jenazah tersebut ianya berada didalam keranda, (ianya telah diuruskan oleh pihak hospital selepas postmortem). Setelah semuanya selesai dan semasa hendak di letakkan kedlm liang lahad keranda dibuka utk melihat kedudukan mayat.Kawan saya perasan semasa di sembahyangkan tadi rupa2nya kepala mayat berada disebelah kiri para jamaah (yakni rusuk sebelah kiri mayat mengadap kiblat,bukannya sebelah kanan).Kebiasaannya rusuk mayat sebelah kanan mengadap kiblat, seperti keadaan dlm liang lahad.
Setahu saya yg jahil ni kedudukan mayat bukanlah rukun solat jenazah,
tetapi bila timbul persoalan seperti ini rasa sesuatu yg janggal pulak.Adakah solat para jemaah tadi memberi kebaikan kepada jenazah tadi? Atau bagaimana?
Wallahualam, :wassalam

Re: SJ - 2786 : Kedudukan mayat terbalik semasa disembahyang

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan yang sdr Semutapi kemukakan dengan kadar yang mampu.

Kedudukan Imam didalam solat jenazah menurut Sheikh Dr Sayid Sabiq didalam buku Fiqh Al-Sunnahnya (1/396) adalah : Imam berdiri bertentangan dengan kepala mayat lelaki, dan berdiri bertentangan di tengah mayat perempuan, sebagaimana hadith yang diriwayatkan dari Anas:

[="#ff00000" size="3"]Ãäå Õáì Úáì ÌäÇÒÉ ÑÌá¡ ÝÞÇã ÚäÏ ÑÃÓå¡ ÝáãÇ ÑÝÚÊ¡ ÃÊì ÈÌäÇÒÉ ÇãÑÃÉ¡ ÝÕáì ÚáíåÇ ÝÞÇã æÓØåÇ¡ ÝÓÆá Úä Ðáß¡ æÞíá áå: åßÐÇ ßÇä ÑÓæá Çááå (Õ) íÞæã ãä ÇáÑÌá ÍíË ÞãÊ¡ æãä ÇáãÑÃÉ ÍíË ÞãÊ¿ ÞÇá: äÚã.
"Sesungguhnya beliau [Anas] telah bersolat keatas jenazah lelaki, dan berdiri disisi kepalanya, kemudian jenazah tersebut diangkat, jenazah perempuan pula dibawa [masuk], maka bersolat keatasnya dan berdiri diposisi tengah, maka beliau telah ditanya, Kata mereka :'Apakah begitu cara Nabi saw berdiri didalam kes lelaki, dan berdiri seperti itu didalam kes perempuan? Beliau menjawab : YA." - (Hadith di riwayat oleh Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Tirmudzi mengatakan ia sebagai hadith Hasan. Al-Tahawi mengatakan bahawa ini adalah cara yang disukai kerana disokong oleh aathar dan riwayat-riwayat yang lain dari Nabi saw.

Sheikh Nasyiruddin Al-Albani didalam Ahkaam Al-Janaa'iz (bab Solat keatas Jenazah, bahagian 73, ms 138), menerangkan perkara yang sama iaitu kedudukkan Imam adalah di kepala mayat bagi lelaki dan berada ditengah bagi mayat perempuan berdasarkan kepada 2 hadith, iaitu dari Abi Ghaalib Al-Khiyaath (seperti hadith yang dinyatakan oleh Dr Sayid Sabiq diatas) dan dari Samurah bin Jundub :

[="#ff00000" size="3"]ÕáíÊ ÎáÝ ÇáäÈí (Õ) æÕáì Úáì Ãã ßÚÈ ãÇÊÊ æåí äÝÓÇÁ¡ ÝÞÇã ÑÓæá Çááå ááÕáÇÉ ÚáíåÇ æÓØåÇ
"Aku telah bersolat dibelakang Nabi saw, dan bersolat keatas Ummi Ka'bin yang mati dan dia 'confined', Rasulullah saw semasa bersolat berdiri ditengah-tengahnya".- (Riwayat Abdul razaq (3/468), Al-Bukhaari (3/106-107), Muslim (3/60) dan lain-lain).

Benar sekali pendapat sdr Semutapi, bahawa kedudukan mayat bukanlah menjadi rukun didalam solat jenazah. Sheikh Dr Sayid Sabiq (1/396) mengatakan bahawa adalah menjadi sunnah untuk Imam berdiri disisi kepala mayat lelaki dan di tengah bagi mayat perempuan. Tidak perlu perkara ini diperpanjangkan, kerana disana ada hukum yang membolehkan bersolat tanpa mayat dihadapan seperti mana didalam Hadith dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (no:1337) dan Muslim (no:956) yang telah kami paparkan didalam jawapan SJ yang lalu : SJ - 2785 : Mengumandangkan Bacaan al-Quraan Ketika Berlaku Kematian .

-wallahu 'alam, wassalam.

Rujukan :

1. Sheikh Sayed Sabiq. Fiqh Al-Sunnah - I cetakan khas. Kansas city : Manaar Al-Dauliyah, 1995.

2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani Ahkaam Al-Jana'iz wa bida'uhaa. cetakan baru. Riyad : Maktabah Al-Ma'arif, 1993.

خيرالأمين