SJ - 2798 : Niat Solat.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2798 : Niat Solat.

:salam
Saya ingin mendapat kepastian drpd niat solat dibawah ini dan dr mazhab manakah yg mengamalkannya.

Ushalli fardhu dhuhri arba'a raka'aatin mustaqbilal qiblati adaa-an (ma'muman/imamam) lillahi ta'ala.

Sahaja aku shalat fardhu dhuhur empat raka'at menghadap kiblat (ma'muman/imamam) kerana Allah Ta'ala.

Terima kasih.

Re: SJ - 2798 : Niat Solat.

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba membincangkan persoalan sdr fundamentalis dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Niat merupakan rukun didalam Solat, sebagaimana dalil yang didatangkan dari hadith Al-Bukhari, Muslim dan selainnnya (Al-Irwa', 22), bahawa :"setiap amalan itu bermula dengan niat". Tempat niat adalah didalam hati (qalb). Maka Niat adalah perbuatan hati dan bukannya lidah. Mazhab-Mazhab mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai syarat niat, seperti mazhab Hanbali mengatakan perlu ada 2 syarat, iaitu ta'yin (menentukan jenis solat), seperti Solat Zohor dan yang keduanya mesti berazam melakukannya. Mazhab syafie mengatakan perlu ada Qasd Fi'lih atau pun niat menunaikan solat. [Dr Wahbah Zuhaily, Fiqh Islami - 1).[1]

Biasanya, perkataan-perkataan yang tersusun didalam Niat Solat ini dibaca sebagai lafaz Niat, seperti "Sahaja aku solat Zohor 4 rakaat tunai kerana Allah Ta'ala" atau sebagaimana yang sdr fundamentalis nyatakan diatas. Ulama' salaf mengatakan Lafaz Niat adalah perkara yang bid'ah didalam agama. Ini tidak pernah wujud pada zaman awal-awal dari kalangan Imam-Imam Mazhab. Ini dapat dilihat dari kata-kata Ibnu Taimiyyah [2]:

[="#0000ff" size="3"]æáã íÐßÑ ÃÍÏ Ýí Ðáß ÎáÇÝÇ ¡ ÅáÇ Ãä ÈÚÖ ãÊÃÎÑí ÃÕÍÇÈ ÇáÔÇÝÚí ÎÑÌ æÌåÇ Ýí Ðáß ¡ æÛáØå Ýíå ÃÆãÉ ÃÕÍÇÈå ¡ æáßä ÊäÇÒÚ ÇáÚáãÇÁ åá íÓÊÍÈ ÇááÝÙ ÈÇáäíÉ ¿ Úáì Þæáíä : ÝÞÇá ØÇÆÝÉ ãä ÃÕÍÇÈ ÃÈí ÍäíÝÉ ¡ æÇáÔÇÝÚí ¡ æÃÍãÏ : íÓÊÍÈ ÇáÊáÝÙ ÈåÇ áßæäå ÃæßÏ .
æÞÇáÊ ØÇÆÝÉ ãä ÃÕÍÇÈ ãÇáß ¡ æÃÍãÏ ¡ æÛíÑåãÇ : áÇ íÓÊÍÈ ÇáÊáÝÙ ÈåÇ º áÃä Ðáß ÈÏÚÉ áã íäÞá Úä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã æáÇ ÃÕÍÇÈå æáÇ ÃãÑ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÃÍÏÇ ãä ÃãÊå Ãä íáÝÙ ÈÇáäíÉ æáÇ Úáã Ðáß ÃÍÏÇ ãä ÇáãÓáãíä ¡ æáæ ßÇä åÐÇ ãÔÑæÚÇ áã íåãáå ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã æÃÕÍÇÈå ¡ ãÚ Ãä ÇáÃãÉ ãÈÊáÇÉ Èå ßá íæã æáíáÉ .

"Tiada siapa yang menyebut terdapat khilaf berkenaan perkara tersebut, melainkan ada dikalangan pengikut baru didalam mazhab Syafie yang melahirkan kenyataan itu, akan tetapi beberapa Imam Mazhab mengatakan perkara itu adalah salah. Akan tetapi ulama' berselisih pendapat mengenai samada mustahab atau tidak melafazkan niat! Terdapat 2 pandangan :

Berkata pengikut dari Abu Hanifah, Al-Shafie dan Ahmad mengatakan bahawa adalah mustahab lafaz niat akan ia menjadi lebih yakin.

Beberapa dikalangan pengikut Malik, Ahmad dan yang lain berkata bahawa tidaklah mustahab melafazkan niat, kerana ini adalah perkata bid'ah (yang baru). Ia tidak diriwayatkan dari Nabi saw atau Sahabat yang memerintahkan umatnya melafazkan Niat. Dan tidak diketahui hal ini dikalangan orang Islam. Jika ia dinayatakan oleh Nabi saw, maka para sahabat pasti tidak akan mengecualikannya, dimana dengannya umat akan melakukan ibadat setiap hari dan malam" - (al-fatawa al-Kubra, 1/214-215)

Berkata Ibnu Abi Azza Al-Hanafi (Al-Ittiba', 62) bahawa "tidak seorang pun dari Imam-Imam empat, Tidak Syafie, Tidak yang lainnya mensyaratkan melakukan lafaz Niat, dan sesungguhnya tempat niat adalah didalam Hati, sebagaimana semua mereka mempersetujuinya, melainkan sebahagian pengikut yang akhir-akhir yang meletakkan lafaz Niat, dan dikatakan keluar dari Mazhab Syafie! Berkata Al-Nawawi : Ia adalah Ghalit".[3]

Dengan kata lain, lafaz Niat tidak terdapat didalam Mazhab yang empat, kecuali dari pengikut mereka yang terkemudian ini. Sebagaimana yang disepakati, Niat terletak didalam Hati, dan bukan pada lafaznya.

Ibn Qayyim didalam Talbis Iblis mengatakan bahawa kesemua ini [Lafaz niat] merupakan belitan atau tipu daya Iblis yang akan menimbulkan perasaan was-was didalam diri manusia didalam menunaikan solat.[4]

Persoalan mengenai Lafaz niat ini telah banyak dibicarakan didalam Al-Ahkam ini dan telah dijawab oleh Ketua Panel Fiqh, Al-Fadhil Ustaz THTL. Berikut adalah beberapa url jawapan beliau:

1. SJ 701 Soal#1: Seputar Solat Safar & hal2 ibadah

2. SJ-2212: Imam tersalah niat.

3. SJ-1539: [U] Lafaz Sembahyang Wajib Kah?

-------------
Secara kebetulan, bentuk lafaz "Ushalli fardhu dhuhri arba'a raka'aatin mustaqbilal qiblati.." merupakan contoh lafaz Niat yang dinyatakan oleh Ibnu Qayyim didalam menolak amalan lafaz Niat didalam buku beliau Zaad al-Ma’aad (1/201). Contoh baitnya [5]:

[="#800000" size="3"]ÃÕáí ááå ßÐÇ ¡ ãÓÊÞÈá ÇáÞÈáÉ ÃÑÈÚ ÑßÚÇÊ ÅãÜÇãÇð
"Sahaja aku solat kepada Allah Solat [nama sembahyangnya], mengadap Kiblat, 4 rakaat, menjadi Imam...."

Kata beliau [Ibn Qayyim]:

[="#0000ff" size="3"]ßÇä Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÅÐÇ ÞÇã Åáì ÇáÕáÇÉ ÞÇá : Çááå ÃßÈÑ ¡ æáã íÞá ÔíÆÇð ÞÈáåÇ ¡ æáÇ ÊáÝÙ ÈÇáäíÉ ÇáÈÊÉ ¡ æáÇ ÞÇá : ÃÕáí ááå ßÐÇ ¡ ãÓÊÞÈá ÇáÞÈáÉ ¡ ÃÑÈÚ ÑßÚÇÊ ¡ ÅãÜÇãÇð ¡ Ãæ ãÃãæãÇð ¡ æáÇ ÞÇá : ÃÏÇÁð ¡ æáÇ ÞÖÇÁð ¡ æáÇ ÝÑÖ ÇáæÞÊ ¡ æåÐå ÚÔÑõ ÈÏÚò áã íóäúÞõáú Úäå ÃÍÏñ ÞØ ÈÅÓäÇÏò ÕÍíÍò æáÇ ÖÚíÝò æáÇ ãõÓúäóÏò æáÇ ãõÑúÓóáò áÝÙÉð æÇÍÏÉð ãäåÇ ÇáÈÊÉ ¡ Èá æáÇ Úä ÃÍÏ ãä ÃÕÍÇÈöå¡ æáÇ ÇÓÊÍÓäå ÃÍÏñ ãä ÇáÊÇÈÚíä ¡ æáÇ ÇáÃÆãÉõ ÇáÃÑÈÚÉ
"Apabila Nabi saw berdiri menunaikan solat, beliau berkata : Allahu Akbar, dan tidak mengatakan apa-apa sebelumnya, Tidak ada lafaz Niat dan Dia tidak mengatakan :'Sahaja aku bersolat sekian-sekian, mengadap Kiblat, 4 rakaat, sebagai Imam atau Makmum'. dan tidak juga beliau berkata 'Tunai' atau 'Qadho', atau 'Fardu'. Ini semuanya adalah bid'ah yang tidak diriwayatkan dari mana-mana ulama' dengan mana-mana Isnaad, samada Ashih, Dha'if, Musnad atau Mursal. Tidak pula diriwayatkan dari para Sahabat Nabi, dan tidak dari Tabieen atau tidak dari keempat-empat Imam yang menyatakan ianya mustahab".

Kesimpulannya, Niat solat adalah perbuatan hati. Ia sangat mudah, memadai dengan lintasan hati, tanpa perlu memanjangankan (mad) didalam Takbir Al-Ihram. Menurut pandangan yang lebih sahih, lafaz Niat adalah perkara baru, dan tidak perlu diamalankan. Semua nas menunjukkan Nabi memulakan Solat dengan mengucapkan Takbir dan tiada apa-apa bacaan-bacaan yang lain sebelumnya, atau sesudah iqaamah.

wallahu'alam, wassalam

==========
Rujukan :

1] Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 1. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

2] Shiekh Ibn Taimiyah. Al-Fataawa al-Kubra - 1 Cetakan Mekah, tanpa tarikh.

3] Masyhur Hasan Sulaiman. Al-Qaul Al-Mubin fi Akhthaa' Al-Mushalliin. cetakan ke 4. Dammaam : Dar Ibn Qayyim, 1996. ms 94.

4] Sheikh Ibn Al-Qayyim. Talbis Iblis. cetakan 1. Kaherah : Dar Al-Hadiith, 1995. ms 138.

5] Muhammad Sideq Al-Minshawi. Akhthaa' Al-Mushalliin. Kaherah : Dar Al-Fadhilah, 1996. ms 63.

خيرالأمين