Assalamualaikum.
Saya ada terbaca dalam satu buku panduan mengenai sembahyang sunat, menyatakan solat sunat awwabeen dilakukan antara waktu maghrib dan isyak selepas saja selesai solat sunat rawatib (selepas) maghrib dan sebelum kita berkata-kata atau bercakap-cakap terus buat sunat awwabeen. Adakah ini benar ? Bagaimanakah kaedahnya ?
Sekian Terimakasih.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 2812 : Solat sunat Awwabeen
Primary tabs
Mon, 11/08/2003 - 7:07pm
#1
SJ - 2812 : Solat sunat Awwabeen
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Kenyataan atau hadith mengenai Solat Awwabiin
Kenyataan dari buku yang anda baca diatas berkemungkinan datang dari sebuah hadith yang berbunyi :
Hadith ini menurut Fatwa Al-Daaimah adalah tersangat lemah (dhaif jiddan). Katanya :
Imam Tirmudzi juga mengatakan bahawa Hadith ini tidak diketahui dari oleh lain melainkan dari Umar bin Abu Khath'am, dan Al-Bukhari menganggapnya sangat daif. (Nota kaki Fiqh Al-Islami - III).
---------------------------------------
Apakah itu Solat sunat Awwabiin
Menurut Dr Wahbah Zuhaily, perkataan Awwabiin ialah adalah jama' kepada perkataan Awwab [="#0000ff" size="5"](ÃæÇÈ) yang bermakna kembali kepada Allah dengan bertaubat dan beristigfar.
Waktu Solat awwabin ini [="#0000ff" size="5"](ÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä) terdapatnya khilaf diantara pengikut Mazhab Syafie dengan mazhab-mazhab yang lain. Menurut pandangan yang lebih shahih, Solat awwabiin ini dilakukan setelah naik matahari diwaktu pagi sehingga sebelum waktu zohor. Akan tetapi, mazhab Syafie mengatakan bahawa Solat sunat awwabin ialah diantara lepas Magrib dan sebelum waktu Solat Isya'.
Pandangan Mazhab Syafie
Didalam Al-Fiqh Al-Islami mengatakan bahawa Solat Sunat Awwabiin dari pandangan Mazhab Syafie ialah 6 rakaat selepas Solat Magrib samada dengan satu salam, 2 salam ataupun tiga salam. Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir :
Menurut Rumah Fatwa Kuwait bahawa :
Pandangan Jumhur
Menurut Rumah fatwa Kuwait (dar Al-Iftaa' Al-Kuwaitiyah):
ÞÇá ÇáÌãåæÑ : åí ÕáÇÉ ÇáÖÍì þ,þ æÇáÃÝÖá ÝÚáåÇ ÈÚÏ ÑÈÚ ÇáäåÇÑ ÅÐÇ ÇÔÊÏ ÇáÍÑ æÇÓÊÏáæÇ ÈÍÏíË ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã þ:þ þ{þ ÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä Ííä ÊÑãÖ ÇáÝÕÇá þ}þ ÝÞæá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã þ:þ þ {þ ÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä þ}þ åæ ÇáÐí ÃÚØÇåÇ åÐå ÇáÊÓãíÉ þ,þ æßÇä Ðáß æÇÖÍÇ Ýí ÍÏíË ÃÈí åÑíÑÉ ÇáãÊÞÏã æÝíå þ.þ þ.þ þ.þ þ{þ æÃä áÇ ÃÏÚ ÑßÚÊí ÇáÖÍì ÝÅäåÇ ÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä þ}þ þ.þ þ
Berkata Jumhur ulama' : Ia adalah Solat Duha, yang afdal dilakukan pada 1/4 jam disiang hari (20 minit selepas naik matahari) semasa waktunya sedang panas dan dalil dari hadith Nabi saw {Solat Awaabiin tatkala anak unta merasakan kepanasan }, kemudian Nabi saw berkata {Itu ialah Solat Awwabiin}, itulah nama yang baginda berikan, dan lebih jelas dari Hadith Abu Hurairah ra ....{Saya tidak memanggilnya Solat Duha, akan sesungguhnya ia adalah Solat Awwabiin}."
Dengan erti kata lain, Solat Awwabiin pada pandangan jumhur ulama' membawa makna Solat Duha atau pun Solat Isyraaq. Waktu solat ini telah dibincangkan dalam SoalJawab dibawah ini :
SJ - 2763 : Solah Isyrak dan Solah Duha
----------
Kesimpulannya ialah hadith yang disebutkan diatas sangatlah lemah. Walaubagaimana pun Solat Sunat selepas Magrib adalah digalakkan. Mazhab Syafie menamakannya Solat Awwaabiin. Mazhab yang lain pula mengatakan bahawa Solat Awwabiin dilakukan pada waktu Duha (pagi), yang dikenali juga sebagai Solat Isyraaq atau Solat Duha. Berbezaan mereka hanyalah didalam menamakan Solat Sunat tersebut, dimana disana ada hadith yang menunjukkan dalil adanya solat Sunat selepas Magrib dan juga Solat Sunat Duha.
wallahu'alam, wassalam
----------
Rujukan :
1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000. ms 253-255
2. Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 2. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.
خيرالأمين