:salam
Ust, saya mempunyai 2 soalan yang ingin dikemukakan berkenaan dengan sembahyang;
1 - Saya ada mendengar kawan² beritahu adalah makruh sekiranya kita membaca surah 'Tabbat' (surah al-masad) selepas fatihah di dalam solat. Betulkah begitu? Sekiranya betul apakah sebabnya?
2 - Semasa kita masuk kedlm masjid tiba² imam telah memberi salam.Memandangkan kita seorang sahaja ketika itu maka kita pun mendirikan sembahyang seorang diri sehingga selesai.Apabila selesai sembahyang, kita dapati ketika itu imam tadi sedang membaca doa. Soalan saya bolehkah kita mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam tersebut atau kita berdoa secara bersendirian memandangkan kita bukanlah makmum pada imam tersebut?
Harap mendapat penjelasan daripada ustaz. Sekian.
:salam
1. Tidak terdapat sebarang dalil yg menunjukkan ke arah hukum makruh itu. Bahkan Allah berfirman pula dalam surah Al-Muzzammil ayat 20 yg bermaksud
"Maka bacalah oleh kamu(di dalam solat) apa yg mudah bagimu dari Al-Quran"
Telah berkata Abu Sa'id, "Kami diperintahkan)oleh Rasulullah saw) supaya membaca fatihah dan sesuatu(surah atau ayat) yg mudah."[Hadis riwayat Abu Daud]
Apa yg jelas, Nabi saw memerintahkan imam meringkaskan solat sebab kemungkinan di antara makmum ada org tua, org sakit dan org yg mempunyai kepentingan. Ini berdasarkan hadis berikut:
Dari Jabir ra, Rasulullah saw bersabda, "Mengapa engkau membuat fitnah, Muadz?(diucapkan Nabi 3 kali). Lalu mengapa tidak engkau solat dgn membaca saja surah...(al-A'la)...krn sesungguhnya dibelakangmu bersolat org2 tua, org2 lemah, anak kecil, org yg mempunyai kepentingan."[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
2. Boleh.
sekian. WA.
:wassalam
Rujukan
Hadis2 Hukum Mengenai Bersuci & Solat
oleh Abu Soleh Nasaruddin
Koleksi Hadis2 Hukum 3
oleh Tengku Muhammad Hasbi
Fiqh Islami
olejh Dr Wahbah az-Zuhailly
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
:wassalam
Komentar:
JKK kpd Ust
Sebelum kita paparkan kepada Umum, ada sedikit koreksi dan kemaskini kerana jawapan itu agak ringkas dan non-konklusif.
1. Bacaan surah2 selepas
Dalam kitab Zaad alMa'ad (Ibn Qayyim), Fiqh Sunnah (Sayyid Sabiq) dan Sifat Solatun Nabiy (Albani) menjelaskan walapun Nabi secara lisannya tidak mengisyaratkan surah dan panjang-pendek surah, tapi jika ditinjau secara keseluruhan solat baginda meliputi era 13 tahun di Medinah, ahli Tahqeeq mengesan ada pattern surah2 dan panjang-pendek bacaan baginda. kalau kita lihat dalam Kitab alMuhaddith Albani, kita akan dapati pattern tsb dan itu juga dianggap sunnah.
Jadi tidaklah tepat jika kita baca seringkas mungkin dan baca surah2 pendek sahaja bagi setiap solat. Mengenai Nabi saw memendekkan solat bila terdengar tangisan, atau kanak2 dan orang tua itu berlaku sekali-sekala sahaja.
2. Imam berwirid dan berdo'a selepas solat bersama makmum itu dianggap bid'ah oleh pengkaji dan penegak sunnah. Maka tidak perlu mengamimkan do'a tersebut. Lihat Majmu' Fatawa Syaikhul Islam IT: 23: 239; asySyaqiri, Sunan wal Mubtadi'at: 53.
WA