Assalamualaikum,
Saya keliru samada kucing dikira sebagai najis:
1. apabila solat,kucing datang duduk pada sejadah kita, atau berjalan, dan bahagian badannya spt ekor terkena pada kita.
2. kucing yang masuk melangkah ke bilik solat ie. surau, masjid,dsb. dalam pada salah satu samada badan kucing itu(tapak kaki terutamanya) basah /lantai basah. adakah perlu dibasuh? atau dikira umum balwa. bagaimana kalau bilik kecil? (masjid yang besar kalau macam najis cicak tak basuh pun,just guna penyauk dan buang, begitu juga tahi burung. adakah bilik kecil, spt bilik sendiri/surau umum balwa tergunapakai? )
3. adakah benar kisah Abu Hurairah memotong serban beliau yg diduduki kucing semata-mata tidak mahu kucing itu terjaga, sewaktu beliau bersolat. adakah ini boleh dijadikan landasan hujah,iaitu anggota kucing itu suci.
ini kerana tabiat kucing menjilat anggota dengan lidah, dari bahagian sulit dsb. dan spt haiwan lain, kucing tidaklah bersuci. ttp kucing haiwan yang paling manja/rapat dengan manusia. wallahu'alam.
Hal ini dikategorikan sebagai umum al-balwa (kesulitan yg sukat dielakkan). hal ini dimaafkan dan sah solat.
Nabi Muhammad S.A.W mendukung Amamah binti Abi Al-‘As ketika baginda S.A.W sedang bersolat (Hadith dari Umamah, riwayat Bukhari dan Muslim)
Kucing dikategorikan binatang yg suci bukan kerana perihal abu hurairah. Dlm fiqh taharah, binatang selain dari khinzir dan anjing atau keturunan dari keduanya adalah suci. Dari sini, fuqaha mazhab mengqiyaskan bahawa mendukung binatang yg suci adalah sah solat kerana najis dlm tubuh binatang adalah sama seperti najis dlm tubuh manusia. Solat itu adalah sah selagi mana najis itu tidak kelihatan dgn jelas.
(Radd Al-Muhtar, Al-Muhazzab, Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab)
http://www.zayed.com
:wassalam
Komentar:
Lulus utk siaran. JKK