SJ - 2841: Tercakap hanya perkataan 'cerai'

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2841: Tercakap hanya perkataan 'cerai'

:salam

Saya ingin bertanya berkaitan lafaz cerai. Saya bekerja membangunkan sistem pendaftaran perkahwinan secara online utk majlis agama. Sistem ini digunakan utk merekod hal-hal berkaitan perkahwinan,penceraian dan rujuk. Masalah disini semasa membuat software tersebut,
saya perlu memastikan baki 'talak' didalam sistem utk pentadbir sistem mengetahui jumlah 'talak', dan semasa melihat data-data dalam pengkalan data ada field 'cerai' dan saya baca field tersebut dan perkataan 'cerai' terkeluar dari mulut saya kerana membaca field tersebut. Hanya perkataan 'cerai' sahaja dan tanpa ada sebarang niat apa-apa.

Disini saya ingin bertanya adakah ini dikira lafaz sareh? Semasa ucapan tersebut tiada sebarang niat apa-apa. Diharap dpt membantu

:wassalam

wildan (not verified)
Re: Tercakap hanya perkataan 'cerai'

Untuk lebih detail sebegini.. didalam sesuatu database ada field-field name sebagai contoh orang_id,name,alamat_id,cerai. Jadi semasa ingin melihat data saya membaca tajuk field name tersebut dan salah satu field tersebut ialah field 'cerai', maka saya just baca sahaja..tanpa ada sebarang niat melainkan ingin melihat data sahaja.

Re: SJ - 2841: Tercakap hanya perkataan 'cerai'

:wassalam
Komen:

MasyaALlah, sdr wildan. Anda ni terlalu berhati-hati sampaikan kalimah 'cerai' begitu menakutkan sekali. Saya rasa gembar-gembur sensasi cerai SMS telah menghantui semua orang! Ini dah jatuh fobia 'cerai' ni. Cerai di Malaysia adalah satu proses yg kompleks dan ia hanya berlaku dgn resmi di hadapan pendaftar nikah. Anda dikehendaki melafazkan di hadapan pendaftar di hadapan isteri dan perceraian itu hendaklah didaftarkan.
Maka kerjalah dgn tenteram. Tiada perceraian yg berlaku. WA