SJ - 2885: Mengungkit??

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2885: Mengungkit??

Assalamualaikum…
Apakah hukumnya kita mengungkit? Jika tak boleh… adakah langsung tiada pengecualian. cthnya macam mengumpat…. kan ada jenis-jenis mengumpat yg dibenarkan … jadi, bg mengungkit ni?
WA

musaddiq (not verified)
Re: MENGUNGKIT??

Waalaikumsalam.
Hanya satu pandangan dari seorg hamba Allah yg dhaif.
Bagi ana, mengungkit hanya mendatangkan keburukan dari kebaikan. Apa cth mengumpat yg elok2 tu? Bukankah elok kalau dimaafkan sahaja atau lupakan sahaja perkara2 yg nak diungkit tu. Jika kita mengambil contoh perbuatan yg telah dilakukan mana2m pihak supaya kita nilai baik buruknya perbuatan tersebut, kita tidak mengumpat. Tapi jika kita mention specifically si polan tu tu teruk perangainya, itu memangla mengumpat.
Kalau sentiasa mengungkit, apa yg sebenarnya mempengaruhi diri kita untuk mengungkit? Tentulah syaitan. So, lebih baik kita berzikir kpd Allah swt supaya dijauhkan dpd gangguan syaitan yg kerjanya mengganggu anak2 Adam
Wallahu'alam.

VHoutenJr (not verified)
Re: MENGUNGKIT??

amacam ustaz al-Ahkam... ana dah boleh guna ke pendapat tu..?

apa pun..ana masih berharap agar krew al-ahkam sendiri yg dapat menjawabnya...sbb seingat ana... dalam Quran ada disebut dalil berkenaan dgn mengungkit ni...

kpd saudara musaddiq... sebenarnya memang terdapat dalam syarak ttg mengumpat yg dibolehkan...anataranya mengumpat untuk mencegah kezaliman... dan beberapa jenis lagi... untuk rujukan saudara... benda ni terdapat banyak dalam kitab-kitab masyhur berkenaan dengan akhlak dan peribadi Muslim...(ana tak ingat dah kitab yg mana..) so, rujuklah sendiri ...semoga kita ditambahkan lagi oleh-Nya ilmu pengetahuan seberapa banyak yg mungkin....

WA

Re: SJ - 2885: Mengungkit??

:wassalam
Jawab:
Nampaknya tidak ada pengecualian pada 'Mengungkit'. Allah SWT sendiri yg menjawabnya:
"Hai orang2 beriman, janganlah kamu menghilangkan sedeqahmu dgn mengungkit dan menyakiti perasaan si penerima." AQ 2:264
WA