:salam
Bolehkah seorang Islam menyewakan rumahnya untuk dihuni oleh pasangan bukan Islam yg diketahui bukan suami isteri dimana kemungkinan besar mereka akan melakukan perkara2 yg dilakukan oleh pasangan suami isteri?. adakah tuan rumah turut berdosa dlm kes ini?
:wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 2905: Menyewakan rumah kpd non muslim
Primary tabs
Mon, 18/08/2003 - 4:36pm
#1
SJ - 2905: Menyewakan rumah kpd non muslim
:salam
Alhamdulillah, kedudukan seseorang yg non-muslim itu sendiri adalah melebihi segala kesalahan yg lain. Dosa2 mereka yg lain telah di'cover' oleh ketidak islaman mereka itu.
Anda tidak dibebankan oleh dosa yg dilakukan mereka.
Kalaupun mereka itu berkahwin adakah perkahwinan mereka sah? Sudah tentu tidak. Samada mereka berkahwin atau tidak segala perbuatan mereka adalah sama saja.
Wallahualam, tunggulah jawapan yg lebih benar dan tepat berserta dalil dari Al Fadhil ustaz kita.
:wassalam
:wassalam
Jawab:
Umat Islam adalah umat dakwah dan mereka menjadi standard bagi moral manusia. Dalilnya," kamu adalah sebaik-baik umat yg dilahirkan utk manusia, menyuruh kpd yg ma'ruf dan mencegah kpda yg mungkar.." AQ 3:110
Bersekedudukan itu dosa besar dalam Islam dan juga bercanggah dgn susila semua peradaban dan agama. Maka sebagai pemilik rumah, maka kita tidak boleh mengutamakan bisnes dan keuntungan sahaja. Kita juga ada obligasi moral pada manusia. Saranan kami: tolaklah pasangan itu dgn baik. Carilah tenant (penyewa yg baik-baik) samada dari muslim atau non-muslim. WA