SJ - 2930: Isra' wal Mi'raj , diantara khilaf dan ikhtibar

Primary tabs

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2930: Isra' wal Mi'raj , diantara khilaf dan ikhtibar

assalamualaikum....buat semua ahli panel fiqh al-ahkam.
Saya ingin bertanya kepada pihak panel fiqh al-ahkam berkenaan dengan beberapa soalan yang akan saya kemukakan di bawah ini....Saya minta sangat-sangatlah penjelasan dan pendetailan serta kupasan jawapan yang ilmiah dan rajih dari para panel al-ahkam sekalian..Semoga Allah memberikan keberkatan di atas ilmu yang di curahkan kepada antum sekalian ..
Soalannya ialah :
1) Boleh tak dinyatakan di sini, apakah khilaf ulama tentang tarikh, masa berlakunya peristiwa israk' mi'raj. Apakah pendapat yang rajih.?
2) Begitu juga, adakah khilaf ulama tentang hukum menyambut perayaan isra' wal mi'raj tersebut dan apakah pendapat yang rajih mengenainya.
3) Apakah rahsia keistimewaan pensyariatan solat ketika nabi di mi'rajkan ke langit.
4) Boleh tak dinyatakan istifadah-istifadah yang boleh kita ambil dari mi'raj nabi dari langit pertama hinggalah ke langit yang ketujuh.
Itu sahaja soalan saya dan harap ahli panel al-ahkam dapat menberikan jawapannya seberapa segera yang mungkin.....in sya Allah..

Jazakumullah khairan khathira....wa asalullahu yujzikum al jaza' al a'zhim fi ad darain..... :walksmil

Re: SJ - 2930: Isra' wal Mi'raj , diantara khilaf dan ikhtib

:wassalam
Jawab:
1) Tarikh dan waktu Isra’ wa Mi’raj adalah khilaf. Terdapat 10 pendapat yg disimpulkan oleh alFaqeeh alHafeedz alImam Ibn Hajar Asqalani (Imam Ahmad bin Ali bin Muhammad alKinaani al Asqalani (w. 852H) dalam masterpiecenya, Fathul Bari: 7/203)
a. Setahun sebelum Hijrah pada bulan Rabi’ul Awwal. Pendapat Ibn Sa’ad dan dirajihkan (diperkuatkan) oleh Imam syaraf Muhyiddin anNawawi asySyafi’iy;
b. 8 bulan sebelum Hijrah pada bulan Rejab. Pendapat Ibn Hazm alAndalusi;
c. 6 bulan sebelum Hijrah pada bulan Ramadhan. Pendapat Abu arRabi’ bin Salim
d. 11 bulan sebelum Hijrah pada bulan R’akhir. Pendapat Ibrahim bin Isyhaq alHarbi. Dirajihkan oleh Ibn Munayyir
e. 14 bulan sebelum Hijrah –J’Awwal (Imam Ibn Abdil Barr)
f. 15 bulan sebelum Hijrah – J’Akhir (Ibn Faaris)
g. 17 bulan sebelum Hijrah – pada bulan Sya’ban (asSuddi)
h. 18 bulan sebelum Hijrah – bulan Ramadhan (Ibn Sa’ad, Ibn Abdil Barr)
i. 3 tahun sebelum Hijrah – bulan Rejab (Ibn Atsir)
j. 5 tahun sebelum Hijrah – bulan Rejab (Imam azZuhri; dirajihkan oleh alQadhi ‘Iyadh
Tahqeeqan:
a. Imam dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (alHaeedz Ibn Qayyim (murid Ibn Taymiyah), Zaad alMa’ad: 1/57): “ tidak ada dalil yg ma’lum mengenai bulan dan tanggalnya (tarikhnya) secara tepat/precise.”
b. Imam alhafidz Abu Syaamah (alBa’iths/171): “ Para ahli Hikayat menyebutkan peristiwa itu terjadi pada bulan Rejab. Menurut ahli ta’dil dan jarh (ulama’ Hadis) hal itu merupakan kedustaan.
Menjawab soalan anda: manakah pendapat yg rajih? Tidak ada pendapat yg rajih kerana jalur beritanya terputus dan diperselisihkan.
Apakah mengetahui tarikh berlaku peristiwa ini suatu tuntutan agama? TIDAK. WA (Bersambung)

Re: SJ - 2930: Isra' wal Mi'raj , diantara khilaf dan ikhtib

Jawab:
Soalan kedua:

2) Hukum menyambut Peristiwa ini.
Ia suatu yg bid’ah kerana hak mensyari’atkan sesuatu perayaan ialah penggubal syari’at itu sendiri. Dalil2:
a. (Maksud sabda): Hati-hatilah dari hal yg baru, kerana setiap yg beru itu bid’ah dam setiap kebid’ahan itu sesat. (sahih: Termidzi dan Ibn Majah)
b. B/siapa yg membuat-buat dalam urusanku ini sesuatu yg bukan darinya, maka ia tertolak. (Muttafaq alayh)
c. B/siapa yg beramal satu amalan yg tidak ada perintahku padanya, maka ia tertolak. (Muslim)
Tarjihan/Tahqeeqan:
a. Syaikh Abdullah atTuwaijiri (alBida’ alHauliyah atau Bid’ah-bid’ah Peringatan Tahunan/274, Darul Fadilah, Riyadh (2000M). “Peringatan Isra’ ini termasuk sesuatu yg baru yg tidak pernah dilakukan oleh salaf dan pengikut salaf, walhal merekalah merupakan generasi yg paling semangat mencari dan mengamalkan kebaikan dan amal soleh.”
b. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (alhafeedz Ibn Qayyim, Zaad alMa’ad: 1/58-59),” tidak kita ketahui akan malam Isra’ itu ada keutamaan. Bahkan para sahabat pun tidak mengetahui adanya kelebihan pada malam tesebut atau ada riwayat bahawa mereka mengkhususkan malam itu atau memperingatinya.”
Beberapa contoh fatawa mengenai kebid’ah sambutan Malam Isra’-Mi’raj ini:
a. Fatwa Imam anNahas (w. 814H),”perayaan malam Isra’ adalah bid’ah yg besar dlm agama dan kebid’ahan yg dibuat-buat oleh teman-temannya syaitan.” (Bida' alhauliyah/279)
b. Fatwa Ibnul Haaj (w. 737H) “ Di antara kebid’ahan yg mereka buat-buat pd bulan Rejab ialah malam 27 yg dinamakan malam Isra’-Mi’raj.” (ibid/275)
c. Fatwa Syaikh Muhammad Ali alSyaikh, mantan Mufti KSA (w. 1398H), beliau enggan memenuhi undangan majlis sambutan Isra’ dan Mi’raj dgn jawapan,” Majlis seperti ini tidak disyari’atkan dgn dasar AQ, asSunnah, Istisyhab dan aqal. Ia merupakan sikap meniru-niru kaum Yahudi dan Nasrani dalam memuliakan hari yg tidak diagungkan syari’at.” (Fatawa wa Rasail asSyaikh: 2/97-100)
d. Fatwa Syaikh alMuhaddith Ben Baz, mantan Mufti Besar KSA, (w. 1420H),” Tidak disangsikan lagi Isra’ dan Mi’raj adalah tanda kebesaran Allah SWT dan menunjukkan kebenaran dan ketinggian RasuluLlah saw. Tapi tidak boleh merayakan peringatannya dan tidak boleh mengkhususkan dgn ibadah tertentu…” (jawapan panjang lebar boleh dibaca dalam Himpunan kitab Fatawa Lajnah Daimah KSA: 3/64-66) WA (Bersambung)

Re: SJ - 2930: Isra' wal Mi'raj , diantara khilaf dan ikhtib

Jawab:
3. Rahsia disyari’atkan solat pada malam Isra’ wa Mi’raj.
Sebenarnya ibadah solat ini sudah disyari’atkan pada Nabi2 yg terdahulu dan pada Nabi kita juga disyari’atkan sejak permulaan keRasulan baginda lagi. Dalilnya: “dan bertasbihlah kamu serta memuji Tuhan-mupada waktu petang dan pagi.” AQ 40:55
Tasbih dalam ayat itu ialah solat
Manakala pada malam Isra’ itu difardhukan solat lima waktu sehari semalam. Berbedza dgn ibadah fardhu yg lain (Puasa, Zakat dan Haji), solat 5 Waktu dikurniakan sendiri oleh Allah sempena naik mengadapnya Nabi kita. Ini menunjukkan ketinggian dan kelebihan ibadah solat berbanding dgn ibadah2 yg lain. (Prof Dr Hasbi asySiddiqiey, Pedoman Solat/48-58)
Satu lagi rahsia keistimewaan Solat difardhukan sempena Isra' dan Mi'raj ialah Nabi saw berjaya mengurangkan kuantiti solat itu dari 50 waktu kepada 5 waktu sahaja atas nasihat Nabi Allah Musa AS. (Bayangkan kalau kita kena solat 50 waktu dalam 24 jam!) WA

Re: SJ - 2930: Isra' wal Mi'raj , diantara khilaf dan ikhtib

Jawab:
Bahagian Terakhir
(Note: Kalau boleh janganlah soal banyak2 sekali gus, teruklah kami nak menaipnya)
4. Istifadah-Istifadah itu hendaklah anda baca sendiri dari sekian banyak kitab yg begitu banyak dalam pasaran. Cuma pastikan kitab2 itu membuat sandaran dari sumber2 hadis yg sahih sahaja. Kitab2 yg kami syorkan:
a. Mi’raj ki Raj (Urdu) oleh alImam alMaudoodi (sudah diterjemahkan dlm bahasa Inggeris dan Melayu)
b. Isra’ Mi’raj – Satu kajian semula oleh Prof Dr Abdul Halim Mahmud, alAzhar U (sudah diterjemah)
c. Zaad alMa’ad Jild 3 oleh Ibn Qayyim (terjemahan Indon)
d. Isra’ Mi’raj oleh alMuhaddith AlAlbani (terjemahan Pustaka Azam, Jakarta)
Ini kerana ia memerlukan suatu penulisan yg agak panjang dan sudah terkeluar dari tugas kami yg lebih fokus kepada soal-jawab pendek dan sederhana sahaja.
Ini sahaja yg kami dapat membantu anda mengenai Isra'. WA