SJ - 2947: [Z] Umum-hal keluarga (tohmahan orang)

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2947: [Z] Umum-hal keluarga (tohmahan orang)

Ibu saya telah hampir 2 tahun separa koma setelah diserang “Brain Stem” stroke. Hingga kini ibu saya tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengelipkan matanya dan mengerakkan jari tangannya sahaja. Lain-lain perkara termasuk makan, minum dan membuang air semuanya melalui tiub. Telah beberapa doctor pakar yang telah kami rujuk menyatakan ibu saya tidak dapat dipulihkan secara perubatan moden. Setelah itu kami telah mencuba cara perubatan Islam dan tradisional yang mana kami rasa tidak menyalahi hukum-hukum syarak. Disamping itu kami tidak lupa mencurahkan sepenuh kasih sayang & penjagaan yang rapi terhadapnya. Kami juga berusaha dan tidak henti mendoakan kesejahteraan ibu kami semoga Allah dapat mengurangkan penderitaannya, memulihkan penderitaannya. Saban hari yang kami lihat, tahap pemulihannya tidak berubah. Ada masyarakat sekeliling mengatakan ibu saya ada membuat amalan yang tidak baik, maka dengan sebab itu nyawanya sukar di ambil dan macam-macam lagi. Sebagai seorang anak, saya tidak pernah nampak ibu saya mengamalkan ilmu yang bukan-bukan. Namun kami juga berikhtiar mencari orang alim, membuat sembahyang hajat dan bacaan yassin untuk lebih 40 orang selama lebih 3 malam dan setelah itu kami yakin ibu saya tidak mengamalkan ajaran sesat. Beliau telah menunaikan Haji,
Bapa saya sentiasa berada disampingnya dan meredhai apa jua yang berlaku. Tetapi sebagai manusia biasa, kadang-kadang saya tak tahan dengan tohmahan orang termasuk keluarga mertua saya yang masih percaya ibu saya susah nak mati kerana ada memakai susuk atau mengamalkan ajaran sesat. Bagi saya, tuduhan itu tidak berasas, dan saya amat kesal kenapa tuduhan itu dilemparkan ketika ibu saya tak berupaya membela diri. Saya ingin bertanya pendapat tuan dalam hal ini. Tidakkah setiap umat yang lahir di dunia ini telah tertulis ajal mautnya dan tiada kuasa yang dapat menhalang apabila masanya telah tiba…Tetapi kenapa masyarakat Melayu masih tidak dapat menerima apabila mereka mengatakan seseorang itu susah nak mati kerana amalan sesatnya atau ada makhluk halus yang menhalang. Ibu saya tidak pernah kelihatan ganjil seperti menjerit-jerit atau sebagainya. Pernah satu ketika dia kelihatan nazak, tetapi apabila saya periksa keadaannya pada ketika itu, sebenarnya paras gula dalam badannya yang terlalu kurang dan keadaannya dapat dipulihkan sejurus selepas itu. Tapi orang sekeliling berpendapat ibu susah nak menemui ajal. Patutkan saya membiarkan saja? Sebagai seorang anak, apakah yang wajar saya lakukan?

Re: Umum-hal keluarga

:salam

Saya sungguh bersimpati dgn ibu saudara. Pada pendapat saya masyarakat kini dimomokkan dgn kisah2 pelik ketika sedang menghadapi sakaratul maut. Tgk sajalah dlm kisah mastika, majalah murahan di pasaran. Majalah ini mendidik kita bersangka buruk walau ada kalanya ada kisah memberi taulan. Tapi hakikatnya matlamat tidak menghalalkan cara (Al-Ghayah La Tubarriru La Wasilah). Seorang mukmin mestilah bersangka baik terhadap mukmin yg lain. Inilah anjuran Al-Quran dan As-sunnah

Dan ingatlah firman Allah SWT:
íóÇ ÇóíøõåóÇ ÇáøóÐöíúäó ÂãóäõæúÇ ÇÌúÊóäöÈõæúÇ ßóËöíúÑðÇ ãöäó ÇáÙøóäøö Çöäøó ÈóÚúÖó ÇáÙøóäøö ÇöËúãñ æóáÇó ÊóÌóÓøóÓõæúÇ æóáÇóíóÛúÊóÈú ÈóÚúÖõßõãú ÈóÚúÖðÇ ÇóíõÍöÈøõ ÇóÍóÏõßõãú Çóäú íóÇúßõáó áóÍúãó ÇóÎöíúåö ãóíøöÊðÇ ÝóßóÑöåúÊõãõæúåõ æóÇÊøóÞõæúÇ Çááåó Çöäøó Çááåó ÊóæøóÇÈñ ÑøóÍöíúãñ

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". (Surah Al-Hujurat :Ayat 12)

Úóäú ÚõãóÑó Èúäó ÇáúÎóØøóÇÈö ÞóÇáó : æóáÇó ÊóÙõäøõ ÈößóáöãóÉò ÎóÑóÌóÊú ãöäú ÇóÎöíúßó ÇáúãõÄúãöäö ÇöáÇøó ÎóíúÑðÇ.
Umar bin Al-Khatab R.A berkata: "Janganlah kamu berprasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik" (Tafsir Ibn Kathir)

Úóäú ÚóÈúÏö Çááåö Èúäö ÚõãóÑó ÞóÇáó : ÑóÇóíúÊõ ÑóÓõæúáó Çááåö Õóáøóì Çááåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóØõæúÝõ ÈöÇáúßóÚúÈóÉö íóÞõæúáõ : æÇáøóÐöì äóÝúÓö ãõÍóãøóÏ ÈöíóÏöåö áóÍõÑãóÉõ ÇáúãõÄúãöäö ÇóÚúÙóãõ ÚöäúÏó Çááåö ãöäúßó ãóÇáåõ æóÏóãåõ æóÇóäú íóÙõäøó Èöåö ÇöáÇøó ÎóíúÑðÇ. ÑæÇå ÇÈä ãÇÌå.

"Dari Abdullah bin Umar berkata: Aku melihat Rasulullah S.A.W sedang tawaf di Kaabah lalu bersabda: Demi jiwa Muhammad yang di tanganNya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang baik”. (Hadith Riwayat Ibn Majah)

Úóäú ÇóÈöì åõÑóíúÑóÉó ÞóÇáó : ÞóÇáó ÑóÓõæúáõ Çááåö Õóáøóì Çááåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÇöíøóÇßõãú æóÇáÙøóäøö ÝóÇöäøó ÇáÙøóäøó ÇóßúÐóÈõ ÇáúÍóÏöíúËö
Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W: "Aku peringatkan kamu dari prasangka (buruk) sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong" (Hadith Riwayat Bukhari)

Apakah boleh dijadikan sandaran bahawa mereka yg sukar menghadapi sebenarnya melakukan dosa? Professor Dr Abdul Hayei Sukor pernah ditanyakan soal ini, beliau menjawab, “Ada juga orang kafir mati dlm keadaan tersenyum. Jadi apakah dibolehkan kita mengatakan org kafir itu beriman hanya kerana dia mati dlm keadaan tersenyum?”

þÍÏËäÇ þ þãÍãÏ Èä ÑÇÝÚ þ þÍÏËäÇ þ þÚÈÏ ÇáÑÒÇÞ þ þÃÎÈÑäÇ þ þãÚãÑ þ þÚä þ þåãÇã Èä ãäÈå þ þÞÇá åÐÇ ãÇ ÍÏËäÇ þ þÃÈæ åÑíÑÉ þ þÚä ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÝÐßÑ ÃÍÇÏíË ãäåÇ þ æÞÇá ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þáÇ íÊãäì ÃÍÏßã ÇáãæÊ æáÇ íÏÚ Èå ãä ÞÈá Ãä íÃÊíå Åäå ÅÐÇ ãÇÊ ÃÍÏßã ÇäÞØÚ Úãáå æÅäå áÇ íÒíÏ ÇáãÄãä ÚãÑå ÅáÇ ÎíÑÇ þ

Dari Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati dan janganlah kamu berdoa supaya mati sebelum kematian itu sendiri datang kepadamu. Sesungguhnya apabila kamu mati, akan terputuslah segala amalan kamu. Sebaliknya apabila dipanjangkan umur seorang mukmin bererti bertambahlah kebaikannya" (Sahih Muslim)

Dan ingatlah wahai saudara, firman Allah S.W.T:
ÝóÅöÐóÇ ÌóÂÁó ÃóÌóáõåõãú áÇó íóÓúÊóÜóÎöÑõæäó ÓóÇÚóÉð æóáÇó íóÓúÊóÞúÏöãõæäó
“Apabila seorang itu sudah sampai ajalnya, ia tidak boleh dilewatkan atau dicepatkan walaupun sesaat.”(Surah An-nahl Ayat 61)

Ajal dan maut bukan kita menentukan. Bila dah sampai waktunya, tidak akan dipercepatkan atau diperlambatkan walau sesaat.

Di kala kesulitan begini,
þÍÏËäÇ þ þÒåíÑ Èä ÍÑÈ þ þÍÏËäÇ þ þÅÓãÚíá íÚäí ÇÈä ÚáíÉ þ þÚä þ þÚÈÏ ÇáÚÒíÒ þ þÚä þ þÃäÓ þ þþÞÇá ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þáÇ íÊãäíä ÃÍÏßã ÇáãæÊ áÖÑ äÒá Èå ÝÅä ßÇä áÇ ÈÏ ãÊãäíÇ ÝáíÞá Çááåã ÃÍíäí ãÇ ßÇäÊ ÇáÍíÇÉ ÎíÑÇ áí æÊæÝäí ÅÐÇ ßÇäÊ ÇáæÝÇÉ ÎíÑÇ áí

Dari Anas r.a katanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati kerana ditimpa sesuatu kesulitan. Sekiranya dia berada dalam keadaan yang mengharuskan dia berbuat demikian, bolehlah dia berkata: Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku. Akan tetapi sekiranya mati itu lebih baik bagiku, matikanlah aku." (Sahih Muslim)

Wallahua'lam.

Re: SJ - 2947: [Z] Umum-hal keluarga (tohmahan orang)

:salam
Tambahan:

Baik sekali jawapan sahabat kami Ust Zayed. Ma'afkanlah masyarakat yg sedemikian, sesungguhnya mereka adalah kaum yg tidak mengerti. Cuma nasihat kami dalam mencari ikhtiar dari perubatan tradisional itu perlulah sikit berhati-hati. Amalan spt jemput orang solat Hajat, baca Yaasin 40 orang, 3 malam dan cari orang alim, tupun tidak ada asalnya dalam amalan salaf assoleh. Amalan keruhanian yg terbaik ialah anda sendiri sebagai anaknya yg soleh, do'a dan munajat anda sendirilah yg lebih maqbul. WA