assalamu'alikum
Ada hadis Nabi SAW yang menegaskan tentang larangan membina atas kubur...tapi bagaimana nak taufiq dengan perbuatan org sekarang...hatta dlm masjid Nabawi pun ada kubur Nabi Yang Mulia :confused:jadi diharap dpt jelaskan...terima kasih
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 2953: [G] Binaan atas qubur
Primary tabs
Sat, 20/09/2003 - 12:04pm
#1
SJ - 2953: [G] Binaan atas qubur
:salam
Berikut petikan dari Kitab Intisari Bahrul Madzi Jilid 2. Saya akan meng'bold'kan yg berkenaan. WA.
:wassalam
-----------
BAB SEKALIAN BUMI INI TEMPAT BERSUJUD MELAINKAN TANAH PERKUBURAN DAN BILIK MANDI
Ketahuilah kiranya saudaraku, bab ini membicarakan tempat yang harus bersujud bagaimana hadith riwayat Turmudzi:
Sumber Abu Sa’iid al-Khudriy, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Bumi ini semuanya tempat bersujud melainkan tanah kubur dan bilik mandi air panas.”
Kata Abu Isa At-Turmudzi, dalam bab ini ada sumber lain daripada ‘Ali b. Abu Taalib, ‘Abdullah b. ‘Amr, Abu Hurairah, Jaabir, Ibnu ‘Abbas, Hudzaifah, Anas, Abu Umaamah dan Abu Dzarr. Mereka mengatakan Nabi SAW bersabda:
“Bumi ini semuanya dijadikan bagiku tempat bersujud dan alat bersuci(penyuci).” [Hadith riwayat Asy-Syafi’I dalam kitab ‘Al-Umm’]
Abu ‘isa At-Turmudzi, hadith ini terdapat dua tempat dalam kitabku: satunya sumber Abu Sa’iid Al-Khudriy dariapada SAW; manakala yang satu lagi Munqati’(terputus).
Masalah: Hammaam itu bagaimana rupa dan penjelasannya?
Ya saudaraku, hammaan banyak di Mesir, iaitu rumah(kamar) tempat mandi berbayar di mana disediakan air-air panas dan sejuknya, kolam air panas, alat-alat pembersih, kain basahan dan lain-lain sehingga seseorang yang keluar daripadanya adalah berkeadaan bersih.
Masalah: Bagaimana sifat kubur dan hammaam yang tidak sah sembahyang padanya?
Ya saudaraku, kata Imam Syafi’I dalam kitab Al-Umm: Hadith berkenaan difahamkan dengan jelas di mana kedua tempat itu pasti bernajis. Kubur: tanahnya bercampur dengan daging-daging mayat dan danur mereka; najis-najis mereka; manakala hammaam pula tidak sunyi daripada najis dan darah; tidaklah layak dan tidak wajar untuk tempat sembahyang.
Masalah: Sifat kubur yang dimakruhkan sembahyang padanya.
Kata Imam Syafi’i dalam kitab Al-Umm: Kubur itu ialah tempat perkuburan orang ramai di mana tanahnya bercampur dengan badan mayat; tidaklah harus sembahyang padanya; sedangkan asal tanah itu suci atau bersih. Bila ada tanah lapang yang dianggap sebagai kubur di mana cuma dikebumikan seorang dua mayat dan tanahnya tidak dibalik-balikkan, maka dimakruhkan sembahyang padanya.
BAB LARANGAN MEMBINA MASJID DI KUBUR [/b]
Ketahuilah kiranya saudaraku, larangan ini berdasarkan hadith Turmudzi:
Sumber seorang sahabat nabi lagi sepupunya iaitu Abdullah b. Abbas ra. Katanya, “Rasulullah SAW telah mengutukkan wanita-wanita yang menziarahi kubur dan orang-orang yang membinakan masjid-masjid dan memasang pelita di atas kubur.”
Kata At-Turmudzi, dalam bab ini terdapat hadith-hadith lain sumber Abu Hurairah dan Aisyah. Hadith ini bertaraf hasan.
Masalah: Hukum membina masjid di atas kubur.
Ya saudaraku, di Mesir banyak sekali dibinakan masjid di atas kubur para wali dan ulama yang soleh. Punca-puncanya di zaman jahiliyah orang-orang Yahudi membinakan rumah-rumah ibadah mereka di atas kubur para nabi. Kubur-kubur ini terletak di sebelah kiblat dalam rumah-rumah ibadat tersebut. Maka jadilah mereka bersembahyang berkiblatkan kubur sehingga jadilah kubur itu disembah sebagai Tok Pekong zaman berzaman.
Maka keadaan beginilah diharamkan syara’. Kata Imam An-Nawawi dalam syarah Muslim, para ulama menjelaskan Nabi SAW melarang menjadikan kubur beliau dan kubur orang-orang lain sebagai masjid(sembahan) sebab dikhuatiri berlaku sikap membesar dan mendewa-dewakannya yang menelorkan kepada kekufuran sebagaimana yang telah berlaku di kalangan umat yang terdahulu.
[="purple"] Masalah: Hukum membina kubur di belakang masjid.
Bila kubur terletak di belakang atau di hadapan tetapi terdapat dinding yang memisahkannya daripada masjid atau masjid dibinakan di sisi kubur, maka tidaklah mengapa. Demikian penjelasan Imam An-Nawawi di mana hal ini berlaku ke atas kubur Nabi SAW sesudah umat Islam makin ramai membuatkan terpaksa diperluaskan Masjid Nabi di mana kubur Nabi SAW serta kubur Abu Bakr As-Siddiq dan Umar Al-Khattab terpaksa dilingkungi dengan dinding yang membuatkan orang-orang yang sedang sembahyang tidak nampak akan kubur berkenaan.[/]
Masalah: Hukum membina masjid di atas kubur orang-orang kafir.
Kata Qastallaani, orang-orang kafir bukan Dzimmi(yang dijamin keselamatannya) bila ditanam di sesuatu tempat, maka boleh dibinakan masjid di atas kubur mereka dengan menghapuskan skali kesan-kesan mereka sebagai menghinakan mereka. Bukan lagi sebagai memulia dan membesarkan mereka.
Masalah: Hukum sembahyang di atas kubur secara berlapik.
Dalam Mashab Syafi’I makruh sembahyang di atas kubur, walaupun secara berlapik berdasarkan Umar Al-Khattab ra. Pernah melihat Anas b. Malik bersembahyang di sisi kubur, maka Umar lalu berkata kepadanya, “Kubur! Kubur! (jauhkan bersembahyang di sisi kubur).” Tetapi Anas meneruskan juga sembahyangnya. Walau bagaimanapun Umar tidak menyuruhkan Anas mengulangi sembahyang fardhunya itu. Qaadhi Husain memakruhkan atas alas an menghormatkan masjid dan tidak makruh bila berlapik. Demikian juga jika seseorang berdiri di atas kubur di mana di bawahnya tiada mayat dan tiada pula najis, tiadalah makruh.
Masalah: Hukum sembahyang mengadap kubur Nabi SAW.
Kata Qastallaani, haram seseorang sembahyang mengadap demikian. Demikian juga mengadap ke kubur para Nabi. Imam Abu Hanifah memakruh, manakala Imam Maliki mengharus.
Masalah: Bagaimana cara ziarah kubur yang ditegah.
Kata ulama, adalah di zaman Jahiliyah, orang-orang menziarahi kubur dengan meratap-tangis, menjerit-jerit, menampar-nampar pipi dan menyeksakan badan. Maka cara ini ditegahkan Nabi berdasarkan Hadith sumber Ibnu Abbas di atas kemudian dinasakhkan oleh hadith Nabi SAW:
“Adalah saya telah melarang kamu menziarahi kubur (sebelum ini), maka (kini) ziarahilah dia.”
Kerana itu Imam Syafi’i berkata di dalam kitab Al-Umm, tiadalah mengapa menziarahi kubur.
Manakala sebahagian ulama menjelaskan larangan Nabi pada awal bab ini disebabkan lebih ramai wanita dariapada lelaki menyebabkan kelakuan mereka seperti Jahiliyyah. Adapun menziarahi kubur kerana iktibar dan pengajaran(mengingati akhirat), maka dia adalah harus(malah disunatkan).
Masalah: Hukum memasang lampu berterusan di kubur.
Jika memasangnya bukan kerana menyuluhkan bagi kepentingan tertentu, malah dipasang semata-mata(tanpa keperluan lain), maka dia adalah haram sebab mensia-siakan harta dan mempermuliakan kubur lebih dari memuliakan Allah.
Intisari Kitab Bahrul Mazi
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
:wassalam
Tashih:
Baik sekali jawapan Ust Gayat, JKK
:yess