Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr solid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Seperti juga soalan SJ - 2956 : nikmat, topik ini juga sangat luas jika ingin didetailkan, maka memadailah kami menerangkan konsep bersyukur sahaja. Kalimah Syukr ([="#0000ff" size="5"]ÔõßúÑ -masdar) didalam b.Inggeris membawa erti "gratitude , gratefulness , indebtedness , thank , obligedness , thankfulness , thanks , appreciation , acknowledgement" . Ia bermaksud melahir perasaan 'terima kasih' diatas pertolongan yang telah diberikan. Bersyukur kepada manusia dengan erti kata mengucapkan terima kasih atas tanda 'appreciation'. Perkataan syukur kepada manusia ini terdapat didalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad [2/256] dan Al-Bukhaari :-
"Tidak bersyukur seseorang kepada Allah barangsiapa yang tidak bersyukur kepada Manusia" - hadith ini menurut Al-Albani adalah hadith shahih.
Menurut Al-Khathaabi rh., terdapat 2 wajah didalam hadith ini, iaitu :-
1. Orang yang berpegang dan berperangai mengkufurkan nikmat manusia dan meninggalkan terima kasih kepada mereka, menurut favournya merupakan perangai mereka yang kufur terhadap nikmat Allah, dan meninggalkan rasa syukur kepadanya.
2. Sesungguhnya Maha Suci Allah tidak menerima syukur hambanya keatas kebaikkannya jika hamba itu tidak berterima kasih keatas kebaikan manusia.
Al-Khataaabi mensifatkan mereka yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia, merupakan mereka yang tidak mengenangkan nikmat yang tuhan telah kurniakan kepada mereka. Beliau juga mensifatkan juga bahawa prasyarat diterima amalan kebajikan seseorang ialah ia harus berterima kasih kepada orang telah menolongnya bagi mencapai objektif kebajikan tersebut agar diterima oleh Allah swt.
Al-Khataabi juga menyatakan bahawa hadith ini menjelaskan sifat manusia yang tidak suka berterima kasih kepada manusia lain (ego centric) dan juga hadith ini sebagai seruan kepada manusia agar menghargai sumbangan rakan-rakan lain didalam usaha kebajikan tersebut.
Ada beberapa syarat-syarat bersyukur(berterima kasih) kepada manusia, dan diantaranya ialah :-
1. Syarat kebajikan ini ialah bertolong-tolongan kearah taqwa dan bukan kearah kemaksiatan, sebagaimana didalam firman Allah swt :-
[="#ff00000" size="3"]æÊÚÇæäæÇ Úáì ÇáÈÑ æÇáÊÞæì
"Dan bertolong-tolonglah kamu didalam kebajikan (Al-Birr) dan Taqwa" - [al-Maa'idah 5:2]
2. Syarat yang kedua ialah bersyukur itu haruslah datang dari tanda keikhlasan, dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk atau pun amalan 'mengampu'. Sheikh Ibn Utsaimin mengatakan jika terdapat unsur menunjukkan diri (riya') maka amalan tersebut akan terbatal - null and void - katanya :" Apabila berlakunya riya' (menujuk-nunjuk) dan tidak menolaknya : maka pada masa itu semua ibadatnya terbatal" [="#0000ff" size="3"](Ãä íØãÆäøó Åáì åÐÇ ÇáÑíÇÁ æáÇ íÏÇÝÚå : ÝÍíäÆÐò ÊÈØá ÌãíÚ ÇáÚÈÇÏÉ º) . Allah swt memerintahkan manusia agar ikhlas beribadat kepadanya sebagaimana didalam firmannya :-
Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian). - [Al-Ghaafir 40:14]
Berterima kasih keatas sumbangan manusia atas sumbangan mereka dengan cara memuji kebaikkannya, menyatakan dengan perkataan yang baik dan mendo'akannya. Diriwayatkan oleh Tirmudzi, Al-Nasaai, Ibnu Hibban, dari usamah bin Zaid :-
"Barangsiapa yang melakukan keatasnya kebajikan maka katakan padanya :"[Jazaka Allahu Khairan] Moga Allah membalas kamu dengan kebaikkan", maka telah disampaikan pujian" - Al-Tirmudzi mengatakan hadith ini hassan jayyid gharib dan telah disahihkan oleh Al-Albani.
Cuma didalam mengucapkan rasa syukur kepada orang yang bukan Islam diatas pertolongan mereka, memadailah dengan mengucapkan "Terima kasih" atau "thanks" dan tidak boleh (haram) kita mendo'akan keatasnya seperti "Jazaka Allahu Khairan".
Begitulah serba sedikit sikap berterima kash kepada manusia atas pertolongan kebaikkan mereka, yang akan membawa ibadat kita diterima oleh Allah swt. Perlu diingat bahawa bersyukur ini perlulah ikhlas dan atas dasar kebajikan yang dibenarkan didalam syara', menunjukkan rasa penghargaan yang disertakan dengan doa' moga Allah membalas jasanya dengan ganjaran yang baik. wallahu'alam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr solid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Seperti juga soalan SJ - 2956 : nikmat, topik ini juga sangat luas jika ingin didetailkan, maka memadailah kami menerangkan konsep bersyukur sahaja. Kalimah Syukr ([="#0000ff" size="5"]ÔõßúÑ -masdar) didalam b.Inggeris membawa erti "gratitude , gratefulness , indebtedness , thank , obligedness , thankfulness , thanks , appreciation , acknowledgement" . Ia bermaksud melahir perasaan 'terima kasih' diatas pertolongan yang telah diberikan. Bersyukur kepada manusia dengan erti kata mengucapkan terima kasih atas tanda 'appreciation'. Perkataan syukur kepada manusia ini terdapat didalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad [2/256] dan Al-Bukhaari :-
Menurut Al-Khathaabi rh., terdapat 2 wajah didalam hadith ini, iaitu :-
1. Orang yang berpegang dan berperangai mengkufurkan nikmat manusia dan meninggalkan terima kasih kepada mereka, menurut favournya merupakan perangai mereka yang kufur terhadap nikmat Allah, dan meninggalkan rasa syukur kepadanya.
2. Sesungguhnya Maha Suci Allah tidak menerima syukur hambanya keatas kebaikkannya jika hamba itu tidak berterima kasih keatas kebaikan manusia.
Al-Khataaabi mensifatkan mereka yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia, merupakan mereka yang tidak mengenangkan nikmat yang tuhan telah kurniakan kepada mereka. Beliau juga mensifatkan juga bahawa prasyarat diterima amalan kebajikan seseorang ialah ia harus berterima kasih kepada orang telah menolongnya bagi mencapai objektif kebajikan tersebut agar diterima oleh Allah swt.
Al-Khataabi juga menyatakan bahawa hadith ini menjelaskan sifat manusia yang tidak suka berterima kasih kepada manusia lain (ego centric) dan juga hadith ini sebagai seruan kepada manusia agar menghargai sumbangan rakan-rakan lain didalam usaha kebajikan tersebut.
Ada beberapa syarat-syarat bersyukur(berterima kasih) kepada manusia, dan diantaranya ialah :-
1. Syarat kebajikan ini ialah bertolong-tolongan kearah taqwa dan bukan kearah kemaksiatan, sebagaimana didalam firman Allah swt :-
2. Syarat yang kedua ialah bersyukur itu haruslah datang dari tanda keikhlasan, dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk atau pun amalan 'mengampu'. Sheikh Ibn Utsaimin mengatakan jika terdapat unsur menunjukkan diri (riya') maka amalan tersebut akan terbatal - null and void - katanya :" Apabila berlakunya riya' (menujuk-nunjuk) dan tidak menolaknya : maka pada masa itu semua ibadatnya terbatal" [="#0000ff" size="3"](Ãä íØãÆäøó Åáì åÐÇ ÇáÑíÇÁ æáÇ íÏÇÝÚå : ÝÍíäÆÐò ÊÈØá ÌãíÚ ÇáÚÈÇÏÉ º) . Allah swt memerintahkan manusia agar ikhlas beribadat kepadanya sebagaimana didalam firmannya :-
Berterima kasih keatas sumbangan manusia atas sumbangan mereka dengan cara memuji kebaikkannya, menyatakan dengan perkataan yang baik dan mendo'akannya. Diriwayatkan oleh Tirmudzi, Al-Nasaai, Ibnu Hibban, dari usamah bin Zaid :-
Cuma didalam mengucapkan rasa syukur kepada orang yang bukan Islam diatas pertolongan mereka, memadailah dengan mengucapkan "Terima kasih" atau "thanks" dan tidak boleh (haram) kita mendo'akan keatasnya seperti "Jazaka Allahu Khairan".
Begitulah serba sedikit sikap berterima kash kepada manusia atas pertolongan kebaikkan mereka, yang akan membawa ibadat kita diterima oleh Allah swt. Perlu diingat bahawa bersyukur ini perlulah ikhlas dan atas dasar kebajikan yang dibenarkan didalam syara', menunjukkan rasa penghargaan yang disertakan dengan doa' moga Allah membalas jasanya dengan ganjaran yang baik. wallahu'alam
-wassalam-
----------------------
Rujukan :-
1. Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid. [="#800000" size="3"]åá íÞÇá ááßÇÝÑ ÌÒÇß Çááå ÎíÑÇ url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=1476&dgn=3&dgn=2
2. Sheikh Muhammad Salih ibn Al-Utsaimin. Majmu' fatawa - 2.. Riyad : Muassasah Ibn Al-Utsaimin, 2000.
خيرالأمين