SJ - 2962: [Z] Takbir Hari Raya

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
SJ - 2962: [Z] Takbir Hari Raya

:salam

Mendayu-dayu ketika membaca takbir & tahmid pada hari raya, adakah ia Islamik?

:wassalam

Re: Takbir Hari Raya

:salam

takbir mendayu2 kesedihan berasal dari budaya orang melayu. Mungkin kerana hendak menyatakan kesedihan perginya ramadhan.

Tetapi ia tidak sahih di sisi sunnah. Kerana disyariatkan eid adalah utk sebagai perayaan utk bergembira. sebagai petanda kemenangan.

Anas R.A meriwayatkan bahawa apabila sampai ke Madinah, Baginda S.A.W mendapati bahawa penduduk di situ menyambut dua perayaan (Hari Nayrooz dan hari Mihrajaan) yg disambut sejak zaman jahiliyyah. Baginda S.A.W bersabda: “Apabila aku datang kepada kamu, kamu mempunyai 2 hari yg kamu sambut semenjak zaman jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan perayaan itu kpd kamu dgn lebih baik yakni hari korban dan hari raya fitr (berbuka puasa).” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain. Ia adalah sahih)

Imam Bukhari dlm sahihnya meriwayatkan bahawa Umar Al-Khattab ketika berada di Mina, beliau akan bertakbir dlm khemahnya dgn lantang sehinggakan org di masjid dapat mendengar dan mereka juga akan turut berbuat demikian.

Al-Waleed Ibn Muslim bahawa dia telah bertanya Al-Awzaa’ie dan Malik bin Anas tentang bertakbir dgn kuat (lantang) pada hari Eid.” Mereka berkata: “Benar. Abdullah ibn Umar bertakbir dgn kuat pada hari eidul fitri sehingga imam keluar.”

Abu ‘Abd al-Rahmaan al-Salami berkata, “Pada hari eidul fitri, mereka akan berkata dgn dgn kuat berbanding pada hari eidul adha.” Waqi’ berkata: “Bertakbir.” (Al-Irwaa’, 3/122)

Hikmah disyariatkan takbeer pada eid adalah utk memperingatkan orang ramai bahawa eid itu adalah satu anugerah dari tuhan.

Wallahua'lam

Rujukan:
Al-Eid Fil Islam, Al-Jiballi

Re: SJ - 2961: [Z] Takbir Hari Raya

:wassalam
Tahqeeqan:
Jawapan Ust Z kita adalah baik sekali
LULUS

Pertanyaan anda begitu direct sekali. Sepatutnya, "apakah ia Islamik diganti dgn "apakah ia bid'ah?"

Jawapan yg rajih ialah takbir itu disyari'atkan/sunnah. Cara takbir ala Malizia itu dianggap bid'ah. Cth lain: azan ala Malizia, berlagu-lagu dan mendayu-dayu juga bid'ah. Bid'ah ini dinamakan bid'ah idhafiah (tokok tambah dari flavor tempatan atau rencah tempatan yg mungkin berasal dari fitrah keMelayuan atau pembawaan ajaran Sufi dari ulama' tradisional klasikal Melayu). Cth: lain ucapan selawat dan peringatan nama2 khalifah arrasyidin selepas dua raka'at dan empat raka'at solat sunat Tarawikh juga adalah bid'ah idhafiah. WA