SJ - 2964 : Waktu yang di haramkan solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2964 : Waktu yang di haramkan solat

:salam

Saya cuba mencari dalam arkib baru & lama tetapi tak jumpa mungkin kelemahan saya. :o Ingin mendapatkan kepastian dari ustaz tentang kesahihan maklumat dibawah ini yg saya dapat menerusi email. Tentang waktu haram solat, saya tak ragui tetapi maklumat yang lain itu adakah sohih ataupun tidak. Minta tolong ustaz Tuan Hassan atau yg lainya komen.

Waktu haram Solat ialah:

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru
naik ke langit ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins=7.33am.
Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada
di antara matahari. Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di
bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.

3. Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.

JKK.

:wassalam

Re: SJ - 2964 : Waktu yang di haramkan solat

Wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami pun ada juga menerima e-mail yang yang sama sepertimana e-mail yang Akhi Zakaria Md Tap terima. Terdapat beberapa kekeliruan didalam kenyataan no:2 itu, Insyaallah akan kami bincangkan sekadar yang mampu.

1 Anggaran 28min waktu diharamkan solat selepas Subuh itu adalah lebih kurang waktunya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Sheikh Al-Utsaimin :-

[="#0000ff" size="3"] ãä ÈÚÏ ÕáÇÉ ÇáÕÈÍ ÍÊì ÊØáÚ ÇáÔãÓ æÊÑÊÝÚ ÈãÞÏÇÑ ÑãÍ . Ãí : 15 ÏÞíÞÉ ÊÞÑíÈÇð
"Dari lepas sehingga matahari terbit dan naik pada kadar tinggi lembing, lebih kurang 15 minit"- (al-Sharh al-Mumti’, 4/162).

Menurut Ibn Utsaimin didalam buku Majmu' fataawanya :-

[="#0000ff" size="3"]æÇáÍßãÉ ãä Çáäåí ÇÌÊäÇÈ ãÔÇÈóåóÉö ÇáßÝÇÑ ¡ ÇáÐíä íÓÌÏæä ááÔãÓ ÅÐÇ ØáÚÊ ÊÑÍíÈÇ áåÇ æÝÑÍÇ ¡ æíÓÌÏæä áåÇ ÅÐÇ ÛóÑÈÊ æÏÇÚÇð áåÇ
"hikmah tidak dibenarkan solat pada waktu itu ialah kerana orang-orang kuffar akan menyembah matahari pada waktu itu dan mereka melahirkan kegembiraannya, maka kita dilarang menyerupai mereka". - (fatawa Ibn ‘Utsaimin, 1/354)

Alasan matahari naik diantara 2 tanduk syaitan itu terdapat dari hadith 'Amru bin 'Abasah yang terdapat didalam kitabSahih Muslim, Abu Daud dan Al-Nassai'. Maka hikmah larangan tersebut ialah kerana Nabi saw tidak mahu kita menyerupai orang kafir.

**Kenyataan "Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu." ini menyalahi nas yang sahih. Jika seseorang itu terbangun selepas waktu Subuh maka waktu solat subuhnya adalah pada waktu dia bangun, tidak perlu menunggu sehingga waktu Duha. Didalam Al-Mughni (2/515) ada menyatakan bahawa 'jika seseorang tu mempunyai alasan seperti tidur, lupa, yang menyebabkan dia tidak dapat menunaikan solat pada waktu itu, ia hendaklah melakukan solat apabila alasan tersebut tidak lagi dipakai, walaupun pada waktu yang dilarang bersolat. Ini adalah pandangan jumhur ulama', sebagaimana didalam hadith Nabi saw :-

[="#800000" size="3"]ãóäú äóÇãó Úóäú ÕóáÇÉð Ãóæú äóÓöíóåóÇ ÝóáúíõÕóáøöåóÇ ÅöÐóÇ ÐóßóÑóåóÇ
"Barangsiapa yang tidur dan tertinggal solat atau terlupa, maka hendaklah ia solat apabila teringat" - [Riwayat al-Bukhaari #597, Muslim #684].

Begitu juga dengan mereka yang tidak sempat atau terlupa bersolat Sunat Fajar, ulama' membenarkan Solat Sunat Fajar dilakukan selepas Solat Subuh, malah jika matahari dah terbit pun dibenarkan bersolat sunat fajar. Disana terdapat hadith yang membolehkan Solat Sunat fajar walaupun matahari telah terbit; Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw bersabda :

[="#800000" size="3"]"ãä áã íÕá ÑßÚÊí ÇáÝÌÑ ÍÊì ÊØáÚ ÇáÔãÓ ÝáíÕáåÇ" ÑæÇå ÇáÈíåÞí¡ ÞÇá Çáäææí: æÅÓäÇÏå ÌíÏ"
"Barangsiapa yang tidak bersolat 2 rakaat Fajar sehingga terbit matahari, maka hendaklah ia bersolat" - Riwayat Al-Baihaqi, berkata Imam Nawawi: dan Isnadnya yang baik. Menurut pandangan bekas Mufti Saudi, Shiekh Abdul Aziz bin Baaz, katanya:
[="#0000ff" size="3"]ÅÐÇ áã íÊíÓÑ ááãÓáã ÃÏÇÁ ÓäÉ ÇáÝÌÑ ÞÈá ÇáÕáÇÉ ÝÅäå íÎíÑ Èíä ÃÏÇÆåÇ ÈÚÏ ÇáÕáÇÉ Ãæ ÊÃÌíáåÇ Åáì ãÇ ÈÚÏ ÇÑÊÝÇÚ ÇáÔãÓ¡
"Jika seorang Islam itu tidak mudah untuk menunaikan Solat Sunat Fajar sebelum Solat Subuh, maka dibolehkan menunaikannya selepas Solat subuh atau melewatkannya sehingga matahari naik"

Jadi amat jelas bahawa Solat Subuh masuk pada waktu-waktu haram boleh dilakukan dengan alasan tidur atau pun terlupa. Begitu juga dengan Solat Sunat Fajar yang tidak sempat dilaku, bolehlah dilakukan selepas Subuh sebagaimana yang terdapat didalam hadith diatas. Solat-Solat lain juga mempunyai pengecualiannya, yang akan kita bincangkan secara umum dibawah nanti.

2. Sheikh Ibn Utsaimin mengatakan bahawa, pada waktu matahari tegak atau rembang dilarang melakukan solat kerana pada waktu tersebut Api Neraka sedang dinyalakan [="#0000ff" size="3"](æÃãÇ Çáäåí ÚäÏ ÞíÇãåÇ æÇÓÊæÇÆåÇ Ýí æÓØ ÇáÓãÇÁ ÍÊì ÊÒæá ÝáÃäå æÞÊ ÊõÓÌøóÑ Ýíå ÇáäÇÑ) sepertimana yang telah dinyatakan didalam hadith riwayat Amr ibn ‘Abasah al-Sulami. Menurut Abdul Aziz Bin Baaz (Majmu' Fatawaa -4), waktu itu adalah waktu yabng pendek sebelum zohor, iaitu kira-kira 1/4 jam atau 20 minit [="#0000ff" size="3"](íÞÇÑÈ ÑÈÚ ÓÇÚÉ Ãæ ËáË ÓÇÚÉ). Ada juga ulama yang mengatakan ia lebih singkat daripada waktu tersebut. Ibn Qaasim mengatakan waktu tersebut terlalu ringkas sehinggakan tidak sempat untuk menunaikan solat, dan hanya sempat Takbir Al-Ihram sahaja jarak waktunya. (Haashiyat Ibn Qaasim ‘ala’l-Rawd al-Murabba’, 2/245). Maka tidaklah bercanggah sebagaimana waktu yang telah dinyatakan didalam persoalan diatas.

3. Seafdal-afdal waktu solat ialah pada awal waktunya. Ini adalah bertepatan dengan firman Allah swt :-

[="#ff00000" size="3"]Åöäøó ÇáÕøóáÇÉó ßóÇäóÊú Úóáóì ÇáúãõÄúãöäöíäó ßöÊóÇÈðÇ ãóæúÞõæÊðÇ
"Sesungguhnya solat diwajibkan keatas orang Mukmin pada waktu yang ditetapkan" - [al-Nisa’ 4:103]

Waktu afdal solat, berbeza ikut solat. Secara umumnya katakan azan mengambil masa 5 minit, kemudian diikuti dengan sunat Qabliyah selama 5-8 minit, dan diikuti dengan iqamah Solat. Pada waktu Margrib pula scenarionya agak bertukar, kerana ketiadaan solat qabliyah magrib. Bolehlah dikatakan antara Azan dan Solat Qabliyah, dan dikuti oleh iqamah mungkin mengambil masa 15 minit, dan mungkin ia berbeza antara satu masjid dengan masjid yang lain. Disamping sunnah melakukan Solat diawal waktu, dan terdapat juga solat yang sunat dilewatkan. Menurut Ibn Utsaimin :-

[="#0000ff" size="3"]ÝÕáÇÉ ÇáÚÔÇÁ ãËáÇð íõÓä ÊÃÎíÑåÇ Åáì ËáË Çááíá ¡ æáåÐÇ áæ ßÇäÊ ÇãÑÃÉ Ýí ÇáÈíÊ æÞÇáÊ ÃíåãÇ ÃÝÖá áí ¿ Ãä ÃÕáí ÕáÇÉ ÇáÚÔÇÁ ãä Ííä ÃÐÇä ÇáÚÔÇÁ Ãæ ÃÄÎÑåÇ Åáì ËáË Çááíá ¿ ÞáäÇ : ÇáÃÝÖá Ãä ÊÄÎÑåÇ Åáì ËáË Çááíá º áÃä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÊÃÎÑ ÐÇÊ áíáÉ ÍÊì ÞÇáæÇ : íÇ ÑÓæá ááå ÑÞÏ ÇáäÓÇÁ æÇáÕÈíÇä ¡ ÝÎÑÌ æÕáì Èåã æÞÇá : " Åä åÐÇ áæÞÊåÇ áæáÇ Ãä ÃÔÞ Úáì ÃãÊí " ÝÇáÃÝÖá ááãÑÃÉ ÅÐÇ ßÇäÊ Ýí ÈíÊåÇ Ãä ÊÄÎÑå
"Bagi solat Isya; misalnya, disunatkan melewatkannya sehingga 1/3 malam, bahkan jika ada wanita dirumah yang bertanya mana yang lebih baik bagi mereka, Solat Isya' tatkala setelah mendengar azan atau melambatkannya sehingga 1/3 malam ? Kami mengatakan : Afdal dilambatkan sehingga 1/3 malam! Sesungguhnya Nabi saw melambatkannya pada satu malam sehingga mereka berkata :'Ya Rasulullah saw, wanita dan kanak-kanak telahpun tidur.' maka baginda pun keluar dan bersolat dengan mereka dan bersabda :'Inilah waktunya, dimana ia tidak menyusahkan UmatKu'. Maka jika wanita berada dirumah, adalah lebih afdal dilewatkannya." (Fataawa Arkaan Al-Islam, ms 287).

========================
Secara ringkas, menurut Dr Wahbah Zuhaily (Al-Fiqh Al-Islami, 1/524, thn 1989 cetakan ke 3) Mazhab Syafie, terdapat juga Solat yang dibenarkan pada waktu-waktu terlarangt. Diantaranya :

1. Hari Jumaat :- Tidak dilarang melakukan solat pada hari Jumaat semasa matahari tegak, sebagaimana yang terdapat didalam hadith riwayat Al-Baihaqi daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah.
2. Di kawasan Tanah Haram Mekah :- Boleh menunaikan solat diwaktu-waktu dilarang di Tanah Haram sebagaimana didalam hadith riwayat Jubair bin Mut'im.
3. Solat sunat yang mempunyai sebab yang terdahulu [="#0000ff" size="4"](ÇáÕáÇÉ ÐÇÊ ÇáÓÈÈ ÛíÑ ÇáãÊÃÎÑ). Contohnya :- Solat yang lumput seperti Solat Sunat Fajar, Solat Sunat Tahiyat Al-Masjid, Solat Sunat Gerhana, Sunat Wudhu', Solat Jenazah, Solat Istisqaa', dan sebagainya. Maka sebagai contoh, jika berlakunya gerhana atau kematian pada waktu-waktu dilarang bersolat, maka dibenarkan bersolat. Begitu juga dengan Qadho' solat menurut Imam Al-Syafie, ia boleh dilakukan bila-bila waktu sahaja. Menurut Lajnah Fatawa Daaimah Saudi Arabia :

[="#0000ff" size="3"]ææÞÊ ÇáÞÖÇÁ ãÝÊæÍ áíáðÇ æäåÇÑðÇ ÚäÏ ÇáÔÇÝÚí¡ æãäÚå ÃÈæ ÍäíÝÉ Ýí ÃæÞÇÊ Çáäåí Úä ÇáÕáÇÉ¡ æÞÇá ãÇáß æÃÍãÏ: íõÞÖí ÈÚÏ ÇáÝÌÑ ãÇ áã ÊõÕáøö ÇáÕÈÍ.
"Waktu Qadha' terbuka dari malam sehingga siang disisi Mazhab Syafie, dan Abu Hanifah melarang melakukannya pada waktu-waktu yang dilarang bersolat. Dan berkata Malik dan Ahmad : Qadho' selepas Fajar apa yang tidak disolatkan di waktu Subuh".

wallahu'alam, wassalam

-------------
Rujukan :

1. Sheikh Muhammad Salih ibn Al-Utsaimin. Majmu' fatawa - 1.. Riyad : Muassasah Ibn Al-Utsaimin, 2000.

2. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - 4. Riyad : Dar Al-Watan, 1997.

3. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.

4. Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 1. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

خيرالأمين