SJ - 2978: [G] Amalan tanpa niat

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2978: [G] Amalan tanpa niat

:salam
Kalau seseorang melakukan amalan-amalan harian seperti tidur, makan, buang air dan sebagainya tanpa berniat kerana Allah ataupun tidak berdoa ataupun cuma berniat untuk melakukan perbuatan itu tanpa me"relate"kan kepada Allah, adakah dia akan mendapat pahala hasil amalnnya itu?

Terima kasih...

Re: Amalan tanpa niat

:salam

Daripada Umar bin AlKhathob Abi Hafsin Amirul Mukminin RA Telah berkata:
Aku Dengar Rasulullah SAW bersabda :

Sesungguhnya segala amal itu dengan Niat. Dan Sesungguhnya bagi tiap tiap sesaorang itu apa yang ditujunya.
Barangsiapa yang Adalah hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya, maka hasil hijrahnya diperolehi Allah dan Rasulnya.

Barangsiapa yang hijrahnya kerana habuan dunia nescaya ianya akan berhasil atau hijrah nya kerana seorang perempuan yang hendak dinikahi, maka hijrahnya berhasil di dalam apa yang tersirat pada hijrahnya.

Niat bertujuan membezakan antara ibadat dan tidak. Segala perkara yg baik/harus jika diniatkan kerana Allah akan mendapat pahala. Sekiranya tidak diniatkan maka tidaklah dia memperolehi apa2. Inilah pendapat Ibn Sam'ani yg dinukilkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Baari. Lanjutkan bacaan sdr ke URL berikut:

SJ - 1881 : PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMERLUKAN NIAT
0001. Hadis 1

Sekian. WA.

:wassalam

Re: SJ - 2978: [G] Amalan tanpa niat

:wassalam
Tahqeeqan:
LULUS

Tambahan:
Bahkan Nabi saw telah menteladani kepada kita suatu Sunnah yg lengkap. Amat anih sekali soalan ini.