:salam
Saya menerima e-mail di bawah ini daripada seorang rakan - niatnya baik kerana hendak menyebarkan ilmu - tetapi nampak isinya agak "semacam aje".
Jadi, saya mohon jasa baik rakan-rakan di al ahkam agar dapat membantu saya mengesahkan betul tidaknya "isi kandungan" pengajaran yang dikirimkan kepada saya itu.
Saya dahului dengan berbanyak-banyak terima kasih.
:wassalam
"Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara
Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
"Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur
(bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan.
===========dipotong/deleted
:wassalam
Jawab:
Usman bin Affan bin alAsy bin Umayyah bin Abdi Syams bin Abdul Manaf adalah Khalifah ke tiga dan perawi hadis yg amat diseqahi. Sedangkan Usman di atas tidak dikenali.
alAbbas bin Abdul Muttalib bukanlah perawi Hadis. Perawi Hadis ialah anaknya Abdullah bin Abbas yg lahir 3 tahun sebelum Hijrah.
Penulis kitab itu:
"1001 Duka"
Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati
Oleh Muhammad Isa Selamat "
Saya pernah speed reading beberapa hasil karya Muhammad Isa Selamat, dan saya dapati dia adalah penulis aliran tradisional yg tidak mementingkan matan dan sanad. WA