SJ - 3023: [18sx] Melihat & menj**** kemaluan isteri?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3023: [18sx] Melihat & menj**** kemaluan isteri?

Apakah pandangan dar sudut Islam dan kesihatan... (Melihat kemaluan isteri dan melakukan seks oral kepada farajnya)?

Re: SJ - 3023: [18sx] Melihat & menj**** kemaluan ister

Jawab:
Soalan2 jenis ini kena dijawab sebelum tiba bulan Puasa.

1. Melihat kemaluan isteri atau suami
Hadis2 yg tidak sahih:
a. Dari Aisyah ra,” saya tidak pernah sama sekali melihat kemaluan RasuluLLah saw.
Takhreej Hadis oleh alMuhaddith alAlbani (w. 2 Okt 1999)
Jalur satu: Imam Tabrani (w. 360H, asSogheer/27), Abu Nu’aim (w.416H, Hilyah:8/247), alKhatib (w. 458H, alJami’:1/225). Tahqeeq Ibn Hajar Asqalani: Hadis Batil (w. 852H, Lisan alMizan), terdapat perawi bernama Birkah, pemalsu Hadith.
Jalur dua: Imam Ibn Majah (w. 273H, asSunan:1/226), Ibn Sa’ad (w. 240H, Tabaqat: 8/136) Tahqeeq oleh alBusyiri (alZawaid), Hadis Dha’ef kerana terdapat dalam sanadnya maula Aisyah yg majhul (tidak dikenali)
Jalur tiga: Imam Abu Syaikh (w. 369H, Akhlaq anNabi: 251) Hadis dha’ef kerana mata sanadnya terdapat Abu Salih yg dha’ef.
b. Dari Utbah bin Abd Salami,” apabila seseorang mendatangi isterinya, maka hendaklah ia menutupi kemaluannya dan jangan keduanya telanjang bulat.”
Jalur 1: HR Ibn Majah (Sunan: 1/592). Dha’ef menurut alBusyiri.
Jalur 2: HR anNasa’iy (w. 303H, Isyrat anNisaa’: 1/79) Ibn Adi (w. 365H, alKamil: 2/149) dari Abdullah bin Sarjis. Dha’ef menurut alIraqi (w. 806H, Takhreej alIhya')
c. Hadis yg berbunyi, "apabila salah seorang kamu mendatangi isterinya atau hambanya, janganlah melihat kemaluannya kerana akan menyebabkan kebutaan.” Hadis Maudhu’ (Albani, alAhaadith adDha’efah wal Maudhu’ah,# 195) Juga oleh Ibn Jauzi dan Ibn Daqeeq al'Id.
Hadis2 yg sahih, yg membolehkan melihat kemaluan keduanya:
a. Dari Aisyah ra, “ saya pernah mandi berdua dgn RasuluLlah saw dari satu wadah (takungan air)..” (muttafaq ‘alaih) Ibn Hajar Asqalani (Fat-hul Bari: 1/290) dari AdDaudi. Hadis ini menjadi dalil bolehnya melihat kemaluan (baik suami atau isteri)
b. Dari Mu’awiyah bin Haidah ra,” peliharalah auratmu kecuali terhadap isteri dan hamba wanitamu.” HR seluruh ahli Sunan kecuali anNasa’iy. Sanadnya hasan, disahihkan oleh alHakim, azZahabi dan dikuatkan oleh Ibn Daqeeq alIid.
Hukum yg rajih: Rumusan Ibn Hajar (Fat-hul Bari: 1/307), HARUS melihat kemaluan isteri atau suami.

2. Hukum menjilat kemaluan isteri. Dalam istilah seksologi Barat ia dinamakan ‘cunnilingus’ yakni teknik yg baru, bizzare dan dianggap luar biasa bagi orang Timur. Bagi masyarakat yg sudah biasa dgn teknik2 yg tradisional (kemasukan zakar ke dalam faraj), ingin pula mencuba sesuatu yg luarbiasa, maka seks oral (cunnilingus), suami menjilat faraj ini dianggap luarbiasa, kerana ia tidak pernah dibincangkan dan tidak dilakukan oleh orang kebanyakan. Oleh kerana ia isu baru dan luarbiasa, maka tidaklah dibincangkan dalam kitab2 Fiqh klasik kerana tingginya akhlak dan budaya zaman salaf (sahabat dan tabi’in), maka keputusannya (harus atau tidak, kita serahkan pada ANDA. Anda adalah sebaik-baik hakim. Yang paling penting anda tahu cara2 melakukannya dgn saintifik, hygenic dan tiada unsur paksaan dan kedua-dua pasangan suami isteri itu menyukainya dan ianya memberi kenikmatan kpd mereka berdua. Terdapat cecair pembersih faraj yg secara terbuka dijual di Farmacy kerana di zaman kita saya rasakan berlaku perubahan drastik pada uruf dan penyibaran informasi terutama internet tentang seks. WA

Re: SJ - 3023: [18sx] Tambahan dari abuhusna dgn JKK

Quote:
From: abuhusna
Assalamualikum, Berhubung dengan masalah suami menj**** kemaluan isteri ada disebut dalam kitab Tafsir al-Jami' li Ahkam al-Quran ketika al-Imam al-Qurtubi menafsirkan ayat 31 surah a-Nur beliau menyebut pendapat Imam Asbagh yang dinukilkan drp Imam Ibn Arabi: ÇÎÊáÝ ÇáäÇÓ Ýí ÌæÇÒ äÙÑ ÇáÑÌá Åáì ÝÑÌ ÇáãÑÃɺ Úáì Þæáíäþ:þ ÃÍÏåãÇþ:þ íÌæÒº áÃäå ÅÐÇ ÌÇÒ áå ÇáÊáÐÐ Èå ÝÇáäÙÑ Ãæáìþ.þ æÞíáþ:þ áÇ íÌæÒº áÞæá ÚÇÆÔÉ ÑÖí Çááå ÚäåÇ Ýí ÐßÑ ÍÇáåÇ ãÚ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáãþ:þ þ(þãÇ ÑÃíÊ Ðáß ãäå æáÇ ÑÃì Ðáß ãäíþ)þ æÇáÃæá ÃÕÍ¡ æåÐÇ ãÍãæá Úáì ÇáÃÏȺ ÞÇá ÇÈä ÇáÚÑÈíþ.þ æÞÏ ÞÇá ÃÕÈÛ ãä ÚáãÇÆäÇþ:þ íÌæÒ áå Ãä íáÍÓå ÈáÓÇäåþ.þ æÞÇá ÇÈä ÎæíÒ ãäÏÇÏþ:þ ÃãÇ ÇáÒæÌ æÇáÓíÏ ÝíÌæÒ áå Ãä íäÙÑ Åáì ÓÇÆÑ ÇáÌÓÏ æÙÇåÑ ÇáÝÑÌ Ïæä ÈÇØäåþ.þ æßÐáß ÇáãÑÃÉ íÌæÒ Ãä ÊäÙÑ Åáì ÚæÑÉ ÒæÌåÇ¡ æÇáÃãÉ Åáì ÚæÑÉ ÓíÏåÇþ.þ iaitu kenyataan Imam Asbagh: íÌæÒ áå Ãä íáÍÓå ÈáÓÇäåþ yang bermaksud: Harus baginya (suami) menjilatnya (kemaluan isteri) dengan lidahnya. INi sebagai tambahan sahaja drp saya untuk menguat pendapat yg telah dinyatakan oleh Tuan THTL sebelum ini. Wassalam p/s: Saya tak tahu cara nak memasukkan respon saya ini selepas jawpan Tuan THTL. rjk: http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=136&CID=151#TOP