:salam
Ana ada soalan berkenaan hal di atas. Terdapat pendapat yg mengatakan bahawa anak kecil perlu dibayar zakat fitrahnya oleh ibu-bapa/penjaganya! Adakah pendapat ini sabit dgn nas? Bukankah seseorang itu gugur taklifnya sekiranya beliau belum akil baligh? Jazakallah.
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Eid Sa'ed. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Abdulrahman dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Menurut jumhur (majoriti) ulama' (Mughni Al-Muhtaj 1/402, Al-Sarh Al-Kabir 1/504), zakat fitrah wajib dibayar oleh setiap orang yang merdeka, kecil atau besar, lelaki atau wanita dikalangan muslimin [Al-Fiqh Al-Islami, 2/904]. Dari kalangan pandangan Mazhab Syafie, mewajibkan fitrah keatas hamba yang kafir dan kerabat yang Muslim. Dikalangan ulama' mazhab berselisih pandangan mengenai kewajipan berzakat bagi seorang hamba; ulama' mazhab Syafie dan Maliki tidak mewajibkannya, tetapi ulama' Hanbali mewajibkannya dengan nas khabar dari Ibn Umar.
Dalil wajib membayar zakat al-fitr dari hadith yang dikhabarkan oleh Ibn Umar:-
Secara umumnya, sesiapa yang wajib membayar fitrah untuk dirinya wajiblah pula membayar fitrah untuk orang yang di bawah tanggungan nafkahnya. Ketua keluarga wajib membayar Zakat Al-Fitr untuk dirinya dan juga tanggungannya. Ketua rumah wajib membayar bagi pihak setiap anak-anaknya,walauun dilahirkan beberapa minit sebelum solat Eid pada 1hb Syawwal. Nabi saw bersabda :-
Maka disini kita melihat bahawa tanggung jawab membayar zakat ini diletakkan dibahu ketua keluarga, dan ada ulama' yang mendefinasikannya sebagai pemilik, yang mempunyai kuasa penuh keatas orang yang dimilikinya. Zakat bagi kanak-kanak kecil ditaklif keatas bapanya sebagai ketua keluarga, dan bukannya kanak-kanak yang kecil. Malah ada dikalangan ulama' yang menggalakkan dikeluarkan zakat al-fitr keatas bayi yang belum dilahirkan selama mana kehamilan tersebut disahkan. Menurut fatawa dari Al-Lajnah Al-Daa'imah (fatwa no: 1474):
======
Rujukan :
1. Fatawa Al-Lajnah Al-Daaimah LilBuhuth Al-Alamiyah wa Al-Ifta'. cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000. ms 364-368.
2. Sheikh Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa 'adilatuh - 2. cetakan ke 3. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 904.
خيرالأمين