:salam
Saya tebaca tentang kisah 2 sahabat,sahabat yang 1:jahat;sahabat yang ke2 soleh.Sahabat 2akan dimasukkan ke syurga tetapi apabila melihat sahabat 1 dimasukkan ke neraka,sahabat 2 pun menolak nutk ke syurga sebaliknya dia mahu ke neraka ntuk bersama sahabat 1.Akhirnya kedua dua sahabat itu dimasukkan ke syurga.
Yang menjadi persoalannya ialah:Bukankah soal kemasukan syurga atau neraka dijalankan ketika hari hisab tetapi mengapakah kejadian diatas ini berlaku sebelum kiamat?
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Petapa dengan kadar kemampuan yang ada, Insyallah.
Menurut bekas pengerusi Lembaga Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyah Saqr bahawa kedua syurga dan neraka telah pun dijadikan. Seseorang itu diberitakan memasuki Syurga didalam tiga keadaan :
1. Didalam bentuk Roh : Sebagaimana Roh-Roh para syuhada' didalam burung-burung hijau yang berterbangan di syurga dibawah Al-Arasyh sebagaimana terdapat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lainnya. Roh-Roh syuhada' ini juga disifatkan oleh Allah swt hidup sebagaimana firmannya :
Kitab Tafsir Jalalain didalam mentafsir "hidup disisi Tuhan mereka" mengatakan :-
2. Masuk ke syurga sebelum kematian. Keadaan ini boleh terjadi kepada seorang didalam tidur (mimpi)nya, sebagaimana seorang itu tawaf mengelilingi bumi bagaikan burung, menjelaskan keadaan melihat sesuatu yang sukar terjadi dialam nyata. Nabi saw pernah melihat syurga didalam mimpi baginda saw. Dan mimpi-mimpi Nabi adalah merupakam wahyu dan ia adalah benar; baginda telah melihat al-Rumaysa' di syurga, beliau juga melihat istana kepunyaan Umar ibn Al-Khattab di syurga. Begitu juga Nabi saw menurut Sheikh Atiyah Saqr bahawa baginda melihat syurga dengan roh dan badan ketika peristiwa israa' dan mi'raj [="#0000ff" size="3"](ÏÎá ÇáÌäÉ áíáÉ ÇáãÚÑÇÌ ÈÑæÍå æÈÌÓÏå Úáì ÇáÕÍíÍ). Memasuki syurga pada malam Isra' dan Mi'raaj merupakan satu kemuliaan Nabi saw
3. Memasuki syurga atau neraka selepas di hisab. Kesemua manusia akan memasuki Syurga atau Neraka secara roh dan jasad setelah melalui proses hisab pada hari Kiamat kelak, sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah swt didalam firmannya :
Termasuklah yang akan masuk neraka ialah dari kalangan jin. Cuma Nabi Adam sahaja menurut Ibn Qayyim sebelum dihantar ke bumi, pernah tinggal syurga, dan akan kembali masuk kedalam syurga kelak.
Secara umumnya, manusia akan menempuh beberapa alam sebelum memasuki syurga atau neraka. Akan tetapi, sebagaimana yang diterangkan didalam hadith bahawa roh-roh mereka yang mati syahid akan berterbangan didalam burung-burung hijau di syurga, begitu juga keistimewaan Nabi saw melihat syurga melalui mimpi, bahkan baginda saw pernah memasuki syurga pada malam Isra' dan mi'raj dan roh dan jasad beginda. wallahu'alam.
wassalam
==================
Rujukan :
1. Tafsir Jalalain. Beirut : Dar Al-Ma'rifah, 2002. ms 90.
2. Sheikh Atiyah Saqr. [="#800000" size="3"]ÏÎæá ÇáÌäÉ ÞÈá ÇáãæÊ. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=12005
خيرالأمين