SJ - 3156: [G] Susulan soalan: 'Nak Nikah'---KUFU?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3156: [G] Susulan soalan: 'Nak Nikah'---KUFU?

* What is "kufu"...
[Terjemahan Ahkam: Apa itu "kufu" atau sama atau setaraf (dlm perkahwinan)?]

Re: Susulan soalan: 'Nak Nikah'---KUFU?

:salam

Maafkan saya kerana tidak menjelaskan maksud kufu. Saya juga memhon maaf kerana memisahkan soalan sdr kpd thread yg lain agar mudah utk dirujuk kembali oleh pengunjung lain. Berikut jawapan ringkas daripada saya:

Sheikh sayid sabiq telah menghuraikan bab kufu ini dgn panjang lebar dalam kitabnya fiqhus sunnah di bawah tajuknya sendiri. Oleh krn terlalu byk huraiannya yg melibatkan pendpt ulama'2, cukuplah kiranya saya memaksudkan ringkasannya sahaja. Dan saya berharap sdr dapatlah merujuk kitab fiqhus sunnah di bawah tajuk Kufu Dalam Perkahwinan.

Secara ringkasnya, kufu bermaksud sama, sedarjat, sepadan atau sebanding. Maksud kufu dalam perkahwinan ialah laki2 sebanding dgn perempuan, sama dalam kedudukan, sebanding dalam tingkat sosial dan sedarjat dalam akhlak serta kekayaan. Natara dalil2nya:

Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (QS. 49:10)

maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. (QS. 4:3)

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong sebagian yang lain. (QS. 9:71)

Rasulullah saw bersabda, "Jika dtg kpdmu laki2 yg agama dan akhlaknya kamu sukai, maka kahwinlah ia. Jika kamu tidak berbuat demikian akan terjadi fitnah dan kerosakan yg hebat di atas muka bumi...."[HR tirmidzi]

Sekian. WA.

:wassalam

Re: SJ - 3156: [G] Susulan soalan: 'Nak Nikah'---KUFU?

Tas-hih /Tarjeeh

Kufu bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut hukum Fiqh Munakahat, Jumhur menetapkan kufu dambil kira tapi bukanlah mencegah berlangsungnya perkahwinan itu. ini juga pegangan asSyafi'iy, alUmm: 5/15) WA