SJ - 3172: [G] Dosa dedah aurat & renung mata

Primary tabs

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3172: [G] Dosa dedah aurat & renung mata

:salam
Q1. Sebesar manakah dosa seseorang yang sentiasa mendedahkan auratnya ketika keluar dari rumah? Bolehkah berikan bandingan dengan dosa-dosa lain?
Q2. Bolehkah seorang lelaki muslim merenung mata atau bertentangan mata dengan seorang wanita muslim yang bukan mahramnya bila hendak bercakap dengannya? Apakah adab-adab yang mesti dipatuhi bila berinteraksi dengan mereka yang berlainan jantina? TQ.

Re: Dosa dedah aurat & renung mata

:salam

Quote:
Q2. Bolehkah seorang lelaki muslim merenung mata atau bertentangan mata dengan seorang wanita muslim yang bukan mahramnya bila hendak bercakap dengannya? Apakah adab-adab yang mesti dipatuhi bila berinteraksi dengan mereka yang berlainan jantina?

Sila ke URL berikut:

SJ-2239: [G] Hubungan Ajnabi lelaki dan perempuan

Zullbrutal (not verified)
Re: Dosa dedah aurat & renung mata

:salam
Sekadar menyampaikan apa yang saya dengar dalam satu kuliah.
Sehelai rambut eanita didedahkan dan dilihat seorang lalaki ajnabi, 'ganjarannya' 70 tahun, kalau doa orang yang melihat, darab 2. Kalau dua helai rambaut dilihat oleh seorang lelaki ajnabi, darab dua. Bayangkan berapa helai rambut yang ada di kepala dan berapa orang lelaki ajnabi yang melihatnya.
Saya pun tak pasti dari mana ustaz tersebut mendapat keterangan ini, cuma yang jelas ianya berdosa.
:wassalam

Re: SJ - 3172: [G] Dosa dedah aurat & renung mata

:wassalam
Tas-hih/Tahqeeq dgn Tambahan
Soalan 1:
azZahabi dalam alKabair/131, perbuatan mendedahkan aurat dan bertabarruj termasuk perbuatan yg dilaknat dan membawa ke neraka
dalilnya: HR alBukhari-Muslim dari Imran bin Husain, “saya pernak menjenguk ke Neraka, dan ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita.”
Ia (mendedah aurat dan berhias) termasuk perbuatan wanita jahiliyah kerana sifat tabarruj (HR Ahmad dari Abdullah bin Amr, statusnya hasan menurut alMuhaddith alAlbani.
HR Muslim ((8:155) “wanita yg berpakaian tapi telanjang, yg melenggang-lenggok dan memiringkan kepala spt bonggol unta, di mana mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak bisa mencium baunya…” (Albani, alSahihah # 1326)
Imam Syuyuti (Tanweer alHawaalik(3/103) meriwayatkan hadis dari Ibn Abdil Barr,”mereka itu berpakaian tapi telanjang, mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium bau syurga.”
Menutup aurat ini ada kaitan dgn iman. Dalilnya,” malu dan iman itu berkaitan, manakala salah satunya hilang, maka hilanglah pulak yg lagi satu.” HR alHakim, Abu Nu’aim, disahihkan oleh alHakim dan disepakati oleh azZahabi.
Oleh kerana wanita ini dipimpin, maka urusan didikan dan penguatkuasaan diserahkan kepada walinya. HR Mutaffaq ‘alaih ,” seorang suami adalah pemimpin dlm keluarganya dan diminta pertanggungjawaban perihal keluarganya diAkhirat kelak.” Ghayatul Maram # 269, alHaithami dlm azZawajir (1:216)

Re: Dosa dedah aurat & renung mata

Quote:
Sehelai rambut wanita didedahkan dan dilihat seorang lelaki ajnabi, 'ganjarannya' 70 tahun,

Tidak pernah kita jumpa hadis ni. Lagi satu apa maksud ganjaran tu?