:salam
Mungkin soalan ini lebih menyentuh aqidah (minta maaf sekiranya tak berapa menyentuh soal feqh)
Terdapat kepercayaan segolongan Muslim yang mempercayai bahawa sesetengah Nabi masih hidup seperti Nabi Khidir a.s.
Apabila soalan diajukan kepada seorang yg 'alim di dalam bidang berkenaan hadith, beliau menyatakan adalah mustahil bahawa nabi Khidir a.s masih hidup krn beberapa sebab:
1) Apakah logiknya Nabi Muhammad SAW digelar khatamun nabiyyin (penyudah segala Nabi)
2) Sekiranya Nabi Khidir a.s masih hidup, mengapakah beliau tidak membantu umat islam yang dilanda kesengsaraan sejak pd zaman Rasulullah lagi (i.e Perang Badar dll). Adakah beliau hanya beriman kepada Allah tetapi hanya duduk di gunung2, beribadah kepada Allah seperti kepercayaan segolongan pengikut sufi.
Ada lagi beberapa sbb yang menguatkan hujah beliau itu, namun saya telah terlupa.
Apa yg saya ingin sentuh ialah sbb2 yang diberikan di atas juga boleh dikaitkan dgn Nabi Isa a.s yang memang dinyatakan dalam hadith Shahih tentang munculnya beliau menjelang hari kiamat nanti.
Jadi adakah kebenarannya jika ada yang menyatakan bahawa Nabi Khidir masih hidup? Saya bukannya meminta kepastian, cuma adakah kemungkinannya bahawa beliau masih hidup.
Bukannnya apa, ada segelintir golongan yang beranggapan bahawa amalan soleh (mudah-mudahan) mereka dihadiri oleh Jibril a.s dan Nabi Allah Khidir, cuma manusia yg hadir tak nampak. Saya agak confuse dgn kenyataan ini, jadi sekadar inginkan pandangan panel al-ahkam. Allahu'alam. :wassalam
:salam
Persoalan nabi khidir masih hidup atau tidak, telah diperbincangkan oleh kebanyakan fuqaha. Berikut kesimpulan beberapa fuqaha:
(i). As-syahid Sayyid Qutb dlm tafsirnya (Fi Zilalil Quran) menyatakan
Khidir bukannya nabi tetapi seorang hamba Allah yg salih spt Luqman
Al-Hakim.
(ii). Yusuf Al-Qardhawi dlm fatwa al-mua'sirah (Jilid 1 & 2: Muka surat 310 hingga 315) mengatakan bahawa Khidir telah wafat.
(iii). Imam Bukhari rh. dan Imam Ahmad rh. juga berpendapat Khidir telah wafat.
(iv). Imam Bukhari rh. diriwayatkan telah ditanya mengenai Khidir, adakah Khidir masih hidup? Beliau (Imam Bukhari) menjawab: "Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak akan kekal manusia(slps Umat Muhammad) di muka bumi sehingga seratus tahun."
(v). Ibn Hajar Al-Asqalani, Ibnul Manawi, Ibrahim Al-Harabiy, Abu Tahir Al-Ubaddi, Abul Ya'la Al-Hanbali, Abu Fadhal Ibn Nasir, Al-Qadi Abu Bakar Al-Arabiy, Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn Qayyim dll adalah senarai ulamak yg berpendapat Khidir telah wafat.
Dalil-dalil yg dijadikan sandaran
Firman Allah S.W.T:
æóÅöÐú ÃóÎóÐó Çááøóåõ ãöíËóÇÞó ÇáäøóÈöíøöíäó áóãóÇ ÂÊóíúÊõßõãú ãöäú ßöÊóÇÈò æóÍößúãóÉò Ëõãøó ÌóÇÁóßõãú ÑóÓõæáñ ãõÕóÏøöÞñ áöãóÇ ãóÚóßõãú áóÊõÄúãöäõäøó Èöåö æóáóÊóäúÕõÑõäøóåõ ÞóÇáó ÃóÃóÞúÑóÑúÊõãú æóÃóÎóÐúÊõãú Úóáóì Ðóáößõãú ÅöÕúÑöí ÞóÇáõæÇ ÃóÞúÑóÑúäóÇ ÞóÇáó ÝóÇÔúåóÏõæÇ æóÃóäóÇ ãóÚóßõãú ãöäó ÇáÔøóÇåöÏöíäó
"Dan (ingatlah) ketika ALlah mengambil perjanjian dgn para Nabi: "Sungguh apa shj yg aku berikan kpd kamu berupa kitab dan hikmah, kmdn datang kpd kamu seorang rasul yg membenarkan apa yg ada pada kamu, nescaya kamu akan beriman kpdnya dan menolongnya. Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yg demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami mengakui." Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (wahai para Nabi) dan Aku menjadi saksi pula bersama kamu." (Surah Al-Imran: ayat 81)
Tafsir Ibn Katheer:
Maksudnya para Nabi berjanji kpd ALlah S.W.T bahawa sekiranya datang seorang rasul bernama Muhammad S.A.W, mereka akan beriman kpdnya dan menolongnya. Ibnu Abbas R.A berkata mengenai ayat ini: "Tidaklah Allah mengutus seorang Nabi melainkan membuat perjanjian dgnnya iaitu jika diutuskan Muhammad sedangkan dia (para Nabi), maka akan beriman kpdnya dan berjanji akan menolongnya."
-Sekiranya Khidir masih hidup di zaman Nabi Muhammad S.A.W sudah tentu, dia akan membantu dan menolong Nabi Muhammad. Nabi Muhammad S.A.W diriwayatkan pernah berdoa ketika perang badar Al-Kubra:
"Ya Allah! Sekiranya Engkau tidak menghancurkan mereka, nescaya Engkau tidak disembah lagi."
Pada ketika itu tentera Islam bilangan yg sedikit 313. Setiap ahli badar Al-Kubra diketahui nama, nama bapa mereka dan dari kabilah mana. Di mana Nabi Khidir? Jawapannya, Nabi Khidir telah wafat pada ketika itu.
FirmanNya lagi:
æóãóÇ ÌóÚóáúäóÇ áöÈóÔóÑò ãöäú ÞóÈúáößó ÇáúÎõáúÏó ÃóÝóÅöäú ãöÊøó Ýóåõãõ ÇáúÎóÇáöÏõæäó
æóáóßöäú ÑóÓõæáó Çááøóåö æóÎóÇÊóãó ÇáäøóÈöíøöíäó æóßóÇäó Çááøóåõ Èößõáøö ÔóíúÁò ÚóáöíãðÇ
Diriwayatkan dari Imam Ahmad ibn Hanbal, dari Mujahid r.a , dari As-Syi'biy r.a, dari Jabir r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Demi diriku berada dlm kekuasaanNya, seandainya Musa A.S masih hidup, sudah pasti dia (Musa A.S) akan mengikut ajaranku."
Di dlm Kitabul Fitan, Jami'us Sahih Bukhari dan Muslim, diriwayatkan bahawa Nabi Isa A.S akan solat di belakang imam dari umat ini (Umat Muhammad S.A.W).
Apa beza atau sama kedudukan Nabi Isa dgn Nabi Khidir? Nabi Isa A.S telah diangkat ke langit oleh Allah S.W.T sedangkan Nabi Khidir tidak diangkat ke langit. Sumber2 yg mengatakan Nabi Isa masih belum wafat adalah qat’ie manakala sumber2 yang mengatakan Nabi Khidir masih hidup mengandungi zan yang tinggi.
Sila Click Archive di bawah utk keterangan lanjut
SJ ADAKAH ISA A.S SUDAH WAFAT?
Rujukan:
1. Tafsir Al-Quranul `Azim, Ibn Katheer
2. Fatwa Al-Muasirah, Al-Qardhawi
3. Khidir, Tahqeeq oleh Majdi sayyid ibrahim
4. Fi Zilalil QUran, Sayyid Qutb
:wassalam
http://www.zayed.com
:wassalam
Tahqeeq/Tambahan/Rumusan
Isu Pertama: Apakah Khidir masih hidup? Telah dihurai oleh Ust Z. Rumusannya: Khidir telah mati berdasarkan dalil2 itu. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (alFurqan) bahawa jika seseorang mendakwa berjumpa Khidr, yg benar Khidr yg didakwanya itu adalah syaitan. Ini juga bercanggah dgn AQ dan alHadis bahawa tiada kehidupan abadi atau immortal bagi manusia. Lihat AQ 21: 34 dan Hadis Bukhari-Muslim (tiada akan kekal lagi (immortal) seseorang yg hidup di permukaan bumi ini melebihi 100 tahun)
Syaikhul Islam Islam juga menolak jika ada yg mendakwa Khidr itu lebih istimewa dari Muhammad saw, maka ia adalah atheis moden (Minhaj asSunnah:2/329); dalam Syarh Aqeedah atTohawiya/493, Seorang Nabi/Rasul lebih utama dari wali spt Khidr yg seumpamanya..
Isu kedua: Jibrail masih turun ke bumi walaupun urusan wahyu telah tamat. Ini pendapat Imam Jalaluddin asySyuyuti dalam mentafsir ayat 4 dalam surah alQadr (Para Malaikat akan turun ke bumi dan juga arRuh (jibrail)). Jibrail AS akan turun ke bumi sempena malam Lailatul Qadr utk memberi salam kepada mereka yg merayakan malam itu. (asySyuyuti, Nuzulu ‘Isa Ibn Maryam Akhiri Zaman)
Isu ketiga: Apakah Isa AS masih hidup. Benar inilah pendapat Jumhur ASWJ berdasarkan dalil Qur;an dan Hadis, misalnya ayat: AQ 4:157. Imam syaraf anNawawi dalam Syarh Muslim (Vol 18/76) membuat syarah, walaupun Isa AS turun semula bukan bermakna membatalkan Muhammad saw sebagai penamat (Khatm) Nabi2. Tapi baginda turun hanya sebagai Hakim dan menggunapakai syari’at Muhammad saw jua.
Syaikh Muhammad alGhazali dalam asSunnah anNabawiah bayna ahli Fiqh wa ahli Hadis tidak suka umat Islam menghabiskan masa dalam berbahas mengenai isu2 Isa, Mahdi dan Dajjal ataupun Khidr. Ini juga pendapat Prof Qardhawi dalam Fatawa Mu’asirat kerana tidak banyak membantu kita menyelesaikan masalah kita dalam realiti sebenar hari ini. Kita tidak akan mendapat banyak maklumat dari dalil2 yg saling bertentangan dan bersimpang siur. WA