:salam
Saya ada 3 kemusykilan mengenai wang hantaran. Pertama, apakah perbezaan antara wang hantaran dan mas kahwin? Kedua, wang hantaran yang diberikan adalah hak pengantin perempuan atau hak keluarganya? Ketiga, bolehkah wang hantaran yang diberikan kepada pangantin perempun digunakan untuk belanja kenduri kahwin? Sekian, terima kasih. :wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 3214: Wang hantaran
Primary tabs
Mon, 05/01/2004 - 6:22pm
#1
SJ - 3214: Wang hantaran
:wassalam
Jawab:
1. Wang Hantaran dan Maskawin
Keduanya sama saja bahkan banyak lagi istilah yg semuanya bermaksud Mahar atau Pemberian Wajib dari bakal suami kpd bakal isteri atas sebab perkahwinan.
Maskahwin ialah kadar mahar yg ditetapkan oleh Majlis/Pentadbir/Pihak Berwajib
Wang Hantaran ialah Mahar Mitsl yg bermaksud pemberian yg setaraf dgn kedudukan atau status perempuan itu (pelajaran/keturunan dan rupaparasnya) (lihat Prof Dr Haron Din, Fasakh anNikah, Percetakan Watan, KL, 105)
2. Wang hantara yg difahami sebagai mahar adalah milik pengantin perempuan (alImam alMawdoodi, Huquq alZawjayn, cet. Jeddah/33)
3. Boleh, jika perempuan itu redha. (ibid) WA