Assalamu'alaikum,
Selalu saja apabila berbincang tetang aurat,hanya aurat perempuan yang menjadi persoalan.Saya ingin meminta jasa baik ahli panel untuk menerangkan pula sejauh manakah aurat lelaki besertakan dalil dan nas dari Al-Quran,Hadis Nabi SAW dan pendapat Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Terima kasih.
Terasa rindu pula ingin mendengar jawapan dari Tok Syeikh Pendekar :)
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SU – 00034 : AURAT LELAKI
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara fundamentalis . Alangkah malangnya kerana saudara mengkhususkan soalan tersebut untuk saya jawab sehingga lambat saya menjawabnya ( kerana kesibukan tugas, sakit dan menyiapkan jawapan SJ lain ) . Kalau saudara tidak mengkhususkan soalan itu untuk saya , sudah tentu al-Fadhil Ustaz thtl akan menjawabnya dengan segera .
Itulah kelebihan al-Fadhil Ust thtl kita , beliau mampu menjawab dengan cepat dan padat , berbanding dengan saya yang menjawab dengan lambat dan bertangguh-tangguh .
Saya memohon kemaafan di atas kelewatan saya menjawabnya .
Masalah aurat lelaki sebenarnya telah pun dibincangkan di dalam al-Ahkam Online ini , khasnya oleh al-Fadhil Tuan Guru kita , Ustaz thtl .
Sila ikuti perbincangannya di :
MAIN BOLA
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=2003
Dan bagi sesiapa yang nak lebih mendalami mengenai bab ini dipersilakan merujuk :
( 1 ) - FATWA AL-‘ALLAMAH SYEIKH DR. YUSUF aL-QARADHAWI ( HA )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB2&Number=7223
( 2 ) – AL-FIQHUL ISLAMIY WA ADILLATUH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily ( ha )
Jilid 1 , Ms 743 – 755 / Jilid 4 , Ms 2655
Terbitan : Darul Fikr ( 1997 )
( 3 ) – AL-MUFASSOL FI AHKAMIL MAR’AH WA BAITIL MUSLIM
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Abdul Karim Zaidan ( ha )
Jilid 3 , Ms 245 – 255
Terbitan : Muassasah ar-Risalah , Beirut ( 2000 ) .
Sila rujuk terlebih dahulu ke dalam ARKIB SOAL-JAWAB ataupun ARCHIVE ataupun SEARCH sebelum mengemukakan sebarang persoalan untuk mengelakkan berlakunya soalan berulang .
Kalau saudara masih belum berpuas hati , sila datang kembali bertanya kepada kami . Insya-Allah kami tetap akan melayan kemusykilan saudara .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
18 / Safar / 1424 H
20 / April / 2003 M
AHAD – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum