SU-00038 Lipstick

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00038 Lipstick

:salam
Saya ingin meminta jasa baik panel al-ahkam memberi jawapan pada persoalan ini. Seorang perempuan memakai lipstick bukan kerana ingin berhias tapi dengan alasan agar bibir tidak kelihatan pucat. Apa hukumnya? Difahamkan sebelumnya ia mendapat sakit bibir yg agak teruk hinggakan warna bibirnya bertukar menjadi agak gelap dan pucat. Jika dilihat pada lipstick yang dipakai, ianya hampir tidak kelihatan, warna yg diguna adalah hampir sama dengan warna kulit atau sedikit pink seperti warna bibir normal, tetapi jika ia tidak memakai, bibirnya berwarna agak gelap dan pucat. Syukran.
Jazakallaahu khairan kathiran
:wassalam

Re: Lipstick

:salam

Soalan mengenai tabarruj pernah dijawab dengan panjang lebar sebelum ini. Sila rujuk url dibawah ini:
http://al-ahkam.com.my/soaljawab/soaljawab56.htm

Merujuk kepada kes yang diutarakan oleh saudara, maka memakai lipstick adalah dibenarkan asalkan tidak melampaui batas syariat Islam. Sekian.

:wassalam