Ana ada sedikit kemusykilan….
Kita tau bahawa dalam memperkatakan ttg masalah BIDA’AH…. Terdapat 2 golongan yang mempnuyai pendapat yang berlainan… Golongan pertama mengatakan bahawa Bida’ah itu terbhg kepada 2 – hasanah dan sayyi’ah (Imam Asy-Syafi’ie dsb)
Golongan kedua pulak mengatakan bahawa tiada bida’ah hasanah…semuanya sesat dan batil….mereka (Imam Asy-Syatibi dsb) berpandukan kpd bnyk dalil dan di antaranya ialah dalil al-Quran iaitu… “Hari ini telah aku sempurnakan ke atas kamu agama kamu …” yang jelas membuktikan bahawa agama Islam itu telah lengkap dan semmpurna …beermakna… sebarang penambahan terhadap Islam selepas turunnya ayat tersebut…ADALAH BUKAN TERMASUK DALAM AJARAN ISLAM… dan ana lebih cenderung untuk memilih pendapat ini….
Soalannya…
Apakah dalil yang digunakan oleh GOLONGAN PERTAMA untuk mengatakan bahawa terdapatnya bida’ah hasanah?
Dan apakah saranan pihak al-ahkam kepada seluruh orang awam di Negara kita khususnya (termasuk ana) untuk mengambil pendapat yang mana satu?
WA
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SU - 00064 : BID'AH LAGI DAN LAGI DAN LAGI
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara VHoutenJr yang sering mengunjungi kami dan bertanyakan hal-ehwal hukum-hakam agama .
Persoalan yang saudara kemukakan ini sebenarnya sudah kerap dan acap kali kami bahaskan di sini , sama ada di dalam Ruangan Diskusi Umum , ataupun Soal-Jawab Fiqh , ataupun di dalam Ruangan Artikel .
Oleh itu kami kira tidaklah perlu kami menjawab soalan saudara itu dengan detail di sini memandangkan ianya adalah Soalan Ulangan ( SU ) .
Cubalah saudara gunakan ENJIN PENCARI / SEARCH yang disediakan di dalam web al-Ahkam Online ini untuk menyembak kembali semua tulisan kami berkenaan dengan topik yang saudara kemukakan itu . Dan gunakan kata-kunci : BID’AH ataupun BIDAAH untuk mendapatkannya .
Namun sebagai contohnya , patut juga saudara menekuni apa yang telah kami bincangkan di :
Pembahagian Bid’ah Menurut Beberapa Sudut
{ Lihat Di : SJ - 1933 : KENDURI - DI ANTARA SYARIAH DAN BID'AHNYA ( SAMBUNGAN SJ - 1930 : KENDURI MASUK RUMAH BARU ) }
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8392
Pembahagian Bid'ah Hasanah dan Bid'ah Sayyi'ah
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=11386
SJ-2334: Bid'ah Laagi [U]
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11140
Bid'ah baik dan Bid'ah buruk - Al-Qardhawi
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB2&Number=10379
APAKAH ITU BID’AH ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=artikel&Number=9407
PENDIDIKAN ISLAM DAN MADRASAH HASAN AL-BANNA - Dr Yusof Al-Qardhawi
( SILA FOKUSKAN KEPADA USUL 20 , KHASNYA PADA USUL KE-11 & KE-12 )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=artikel&Number=11321
Itulah beberapa Diskusi , Soal-Jawab , Artikel & Tulisan berkenaan dengan BID’AH yang telah pun ada sekian lama di dalam simpanan perpustakaan al-Ahkam Online .
Dan kalau saudara masih tidak berpuas-hati , saudara bolehlah mendapatkan beberapa tulisan terbaik yang dihasilkan oleh beberapa ulama’ nusantara yang membahaskan topik di atas , sama ada yang menyokong adanya pembahagian bid’ah di dalam ibadah ataupun yang menentang pembahagian itu .
1 ~ 40 MASALAH AGAMA
Oleh : Almarhum Kiyai Sirajuddin Abbas
Terbitan : Pustaka Aman Press , Kota Bharu .
2 ~ SOAL – JAWAB
Oleh : Almarhum Ustadz A. Hassan ( Hassan Bandung )
Terbitan : Persis , Indonesia / H. Amin Jasin Bookstore , Singapura .
3 ~ KEMBALI KEPADA al-QURAN DAN as-SUNNAH
Oleh : Almarhum Kiyai H. Moenawar Chalil
Terbitan : Bulan-Bintang , Indonesia .
Dan ketiga-tiga buku di atas adalah buku-buku yang menjadi rujukan utama kepada kedua-dua pihak yang berselisih faham mengenai pembahagian bid’ah di dalam ibdah ini , khasnya di Nusantara . Dan ini sangat popular di kalangan mereka jika kita sentiasa mengamati yang timbul ekoran timbulnya “ Kaum Muda “ dan “ Kaum Tua “ di era pasca kemerdekaan kita dahulu .
Selepas saudara membaca ketiga-tiga buku tersebut dengan cermat dan teliti , cubalah pula saudara “ sejukkan “ kepanasan yang bakal saudara rasai itu dengan membaca pula :
1 ~ SUNNAH & BID’AH
Oleh : al-‘Allamah Prof. Dr . Yusuf al-Qaradhawi ha .
2 ~ RISALAH at-TA’ALIM : USUL 20
Oleh : al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rh
Terbitan : Pustaka Salam , Jln Pantai Bharu , K. L / Dewan Pustaka Fajar , Shah Alam .
Saranan kami ialah :
1 ~ Kita semua hendaklah sentiasa merujuk kepada para ‘alim-ulama’ yang boleh diyakini keilmuan mereka berkenaan dengan al-Quranul Karim dan as-Sunnah .
2 ~ Isu berkenaan dengan Pembahagian Bid’ah Kepada Bid’ah Hasanah dan Bid’ah Saiyiah di dalam ibadah ini merupakan topik yang cukup panas ( dan di Selatan Thailand sekarang nampaknya isu ini sudah menyebabkan saling “ parang-memarang “ di kalangan umat Islam sendiri , seperti yang terjadi pada kita di era pasca kemerdekaan dahulu ) .
Oleh itu jika benar-benar masih mahu meneruskan perbincangan mengenai topik yang “ sangat panas “ ini , maka kedua-dua pihak hendaklah ikhlas kerana Allah Ta’ala , berlapang dada , berbincang di dalam suasana yang aman dan perasaan ukhuwwah ( persaudaraan Islam ) .
3 ~ Kalau ada sebahagian umat Islam yang “ tidak sebulu “ dengan pegangan kita di dalam hal ini , maka itu bukanlah bermaksud kita langsung tidak boleh “ sebulu “ dengan mereka di dalam hal-hal lain . Isu dan persoalan di dalam Islam ini masih luas lagi , bukan semata-mata permasalahan Bid’ah di dalam ibadah sahaja .
4 ~ Tidak sedikit umat Islam yang saling bermasam muka disebabkan hal ini , dan tidak sedikit pula yang menjadi ekstrim disebabkannya . Hanya sedikit sahaja daripada kalangan para ulama’ dan umat Islam yang diselamatkan Allah Ta’ala daripada ujian yang berat ini .
5 ~ Sentiasalah menghadiri majlis ilmu yang dikendalikan oleh mereka yang benar-benar berkelayakan di dalam persoalan agama Islam . Itulah ubat sebenar untuk kita menjauhi segala bentuk kemungkaran , termasuklah kemungkaran Bid’ah Dholalah dan Bid’ah Saiyiah .
6 ~ Akhir sekali cubalah direnung hasil-kajian al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rh di dalam Usul 20 :
Usul ke- 11 : “ Semua bid’ah yang dilakukan di dalam agama Islam tanpa ada sandaran asalnya dan dipandang baik oleh hawa nafsu segolongan manusia, sama ada dengan menambah ataupun dengan mengurangkan apa-apa yang telah disyariatkan, adalah termasuk di dalam perkara-perkara yang sesat , yang wajib diperangi dan dihapuskan. Ini hendaklah dilakukan dengan cara yang paling baik , supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk daripada bid’ah itu sendiri .
Usul ke- 12. : “ Bid’ah Idhofiah , Bid’ah Tarkiah , terikat dengan cara-cara tertentu di dalam melakukan ibadah yang mutlak , adalah termasuk di dalam permasalahan yang diperselisihi di dalam agama ( khilafiah ) . Setiap orang mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Akan tetapi tidaklah menjadi kesalahan untuk kita mencari hakikat sebenarnya melalui bukti dan keterangan .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
09 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
09 / Jun / 2003 M
ISNIN ~ Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum