SU-00293: Akhir Zaman

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00293: Akhir Zaman

Assalamu'alaikum! Soalan saya adalah berkenaan 'terbitnya matahari disebelah barat' dan turunnya Nabi Isa a.s. Apakah tafsiran dan maksud dengan terbitnya matahari disebelah barat? Adakah ia bermaksud seperti yang tersurat ataupun ia melambangkan bahawa Islam itu akan bangkit pada akhir zaman dari sebelah barat dimana matahari itu melambangkan cahaya atau nur? Bagi persoalan berkenaan Nabi Isa a.s. pula apakah yang dimaksudkan dengan Allah mengangkatnya - adakah ia bermaksud mengangkat darjatnya atau Allah mengangkatnya dengan jasadnya ke langit? Persoalannya ialah adakah Nabi Isa itu masih hidup ataupun beliau telah wafat?

Re: Akhir Zaman

:salam

Sila ke URL berikut:

SJ-2412: Matahari Terbit Sebelah Barat

SJ - 2864 : Nabi Isa telah wafat sebelum dinaikkan?

TAMBAHAN

Pelbagai takwilan telah dibuat berdasarkan hadis mengenai matahari tersebut. Dalam persoalan masa depan dan benda yg ghaib, manusia telah diberikan ilmu yg amat sedikit. Kami tidak dapat memastikan sesuatu yg diluar ilmu makhluk itu sendiri. Hanya Allah lah yg maha mengetahui. WA.

:wassalam