(Ringkasan Sirah) 5. Pendidikannya dan Kematian Datuknya

Primary tabs

Khulasah Nurul Yaqin Oleh Umar Abdul Jabbar | Terjemahan Zainudin bin Yusro

5. Pendidikannya dan Kematian Datuknya

  1. Selepas kematian ibunya, datuknya Abdul Mutalib telah mengambil alih mendidiknya. Beliau sangat menyayangi baginda s.a.w. melebihi anak-anaknya sendiri.
  2. Ketika baginda s.a.w. berusia 8 tahun, datuknya telah meninggal dunia, iaitu selepas 2 tahun beliau menanggung baginda s.a.w.
  3. Selepas kematian datuknya, bapa saudaranya Abu Talib telah menanggungnya. Beliau merupakan seorang yang fakir. Kemudian Allah telah meluaskan rezekinya.
  4. Sepanjang tempoh ditanggung oleh bapa saudaranya, baginda s.a.w. merupakan seorang yang bersifat memadai dengan apa yang telah Allah berikan kepadanya dan Allah memudahkan segala urusan baginda s.a.w.

Soalan-soalan

  • Siapakah yang mengambil alih mendidik baginda s.a.w. selepas kematian ibunya?
  • Bilakah datuknya meninggal dunia?
  • Siapakah yang menanggung baginda s.a.w. selepas kematian datuknya?
  • Bagaimanakah keadaan baginda s.a.w. sepanjang tempoh ditanggung oleh bapa saudaranya?

Ringkasan

  • Datuknya Abdul Mutalib telah mendidiknya selepas kematian ibunya.
  • Ketika datuknya meninggal dunia, baginda s.a.w. berusia 8 tahun.
  • Kemudian, baginda s.a.w. ditanggung oleh bapa saudaranya Abu Talib.