Soaljawab Islam

SU-00332: Bersalaman selepas solat

Assalamualaikum;

Sudah lama saya melayari al-ahkam. dan ini kali pertama mengemukakan soalan.

Apa hukumnya, bersalaman dengan jemaah di kiri dan kanan kita, setelah kita selesai Solat Tahyatul Masjid, tatkala khatib sedang membaca khutbah?

Adakah ia menjejaskan pahala Jumaat?

Terimakasih.

SJ-13-0065: Hubungan adik beradik

Assalamualaikum

SJ-01-0014: pohon penjelasan

assalamualaikum wbt

Ayat Quran bermadsud ' dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka kafir'.

Tuduhan.
Ayat tersebut 'kononnya' diturunkan untuk kaum dahulu/yahudi dan bukan untuk kita di masa kini.

Pohon bantuan para ilmuan di al-ahkam untuk menjawab balik tuduhan di atas secara ilmiah. Terima kasih.

SJ-03-0009: pasal anjing nih

kira kira minggu lepas seorang kawan saya yang berbangsa cina bertanya kepada saya kenapa anjing itu haram bagi orang islam ... sedangkan anjing itu juga dikenali sebagai kawan baik manusia ... anjing itu juga di jaga ... dengan bersih seperti di mandikan dan di bela di dalam rumah ... lagi satu anjing juga tidak merbahayakan manusia ... diberi makanan yang bersih ... kenapa pula haiwan lain seperti beruang ... biawak ... dan buaya tidak di kategorikan dalam najis mukhallazah penerangan ustaz ini amat lah saya hargai terima kasih

SJ-10-0009 bacaan bismillah

assalamualaikum..
adakah betul bahawa makruh membaca bismillahirrahmaanirrahim apabila hendak sembelih binatang sebabnya rahman dan rahim itu bertentangan dgn apa yg dilakuakan itu.
minta pandangan...

SU-00327: batalkah wudhuk apb tsentuh tgn bkn mahram

assalamualaikum..
adakah batal wudhuk seseorang yg tersentuh kulit atau tangan bukan mahramnya dengan tidak sengaja?bagaimana pula dengan hadith nabi yg mnyatakan sesuatu yg dilakukan dengan tidak sengaja,lupa dan...adalah dimaafkan.situasi ini bukan semasa berada di mekah.

SJ-12-0016 : Hukum & alasan menceraikan isteri

SALAM SEJAHTERA SEMUA JEMAAH A.A

Jking ada kemusykilan, apakah benar sunat ceraikan isteri jika ibu mentua tak suka atas alasan2 yang boleh diterima syarak?

nak kepastian sebab yg mengeluarkan hukum ni seorang peguam qanun islam. bagi yang mempelajari bidang ni atau boleh jawab spt sheikh pendekar, zain atau thtl atau siapa sahaja di alu-alukan.

shukran.

SJ-05-0007 : Musafir pada hari Jumaat

Mengikut pandangan kesemua mazhab adakah dibolehkan untuk musafir dengan sengaja pada hari Jumaat tanpa perlu menunaikan solat jumaat di dalam perjalanan dan hanya menjamakkan solat zuhur dengan asar?

Mengikut apa yang saya tahu, mengikut mazhab syafie, tidak boleh untuk musafir dengan sengaja pada hari Jumaat melainkan berhenti untuk solat jumaat di pertengahan jalan.

Minta penjelasan dari yang lebih tau..

SJ-13-0032: Pusaka

Assalamualaikum..

Bapa saya telah meninggal dunia baru-baru ini. Dia meninggalkan sejumlah wang dan beberapa keping tanah. Dia meninggalkan seorang isteri, 4 org anak perempuan & seorang anak lelaki.

Bagaimanakah pecahan pusaka itu perlu di bahagi?

Sekian & salam

SJ-11-0014 : pengurup wang v. tukar duit

assalamualikum wrt wbt

bagaimanakah agaknya operasi bisnes pengurupan wang dijalankan? tukar duit dgn duit. bukankah ada larangan nabi tentang perkara ni? tidakkah ia melibatkan riba bila wang di tukarkan?

SJ-03-0010: urut zakar

assalamualaikum wrt wbt

betul ke nabi ajar kita urut zakar bila dah selesai kencing? ada diajar kaifiyatnya?

SJ-03-0012 : kencing lagi...

assalamualaikum wrt wbt

kadang-kadang bila dah kencing, bila dah keluar dari toilet, terasa macam ada lagi setitik dua air kencing. ada ke nabi s.a.w ajar, utk situasi seperti ini?

SJ-03-0013 : cara kencing

assalamualaikum wrt wbt

setakat yang saya tahu, nabi mengajar kita adab2 dalam tandas. boleh tak ustaz2 kemukakan hadith2 sahih tentang perkara tersebut.

SJ-13-0031: Tulisan Rumi

assalamualaikum,
saya ingin bertanya soalan...

bolehkah menulis ayat Al-Quran dalam bahasa rumi?
apakah hukumnya?

terima kasih

SU-00328: memilih pendapat yg ringan

haramkah jika dlm satu masalah khilaf saye memilih pendapat yg lebih ringan..cthnya dlm bab batal wudhuk jika sentuh kemaluan. saye memilih pendapat yg mengatakan tidak batal jika x nafsu.. begitu jua dlm bab aurat wanita..setelah meneliti pendapat semua dan dalil2..maka saye memilih bahawa buku lali hingga ke bawah kaki seorang pompuan itu bukan aurat..adakah cara saya ini bertentangan dgn syarak..