SJ-13-0031: Tulisan Rumi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0031: Tulisan Rumi

assalamualaikum,
saya ingin bertanya soalan...

bolehkah menulis ayat Al-Quran dalam bahasa rumi?
apakah hukumnya?

terima kasih

SJ-13-0031: Tulisan Rumi

:salam

Berhubung dgn ini, saya ingin memetik fatwa syeikh `Atiyah Saqr (ÇáÔíÎ ÚØíÉ ÕÞÑ) di Islam Online.

Alquran diturunkan dlm bahasa arab. Bacaannya mestilah memenuhi lafaz2 bahasa arab.

ßöÊóÇÈñ ÝõÕøöáóÊú ÂíóÇÊõåõ ÞõÑúÂäðÇ ÚóÑóÈöíøðÇ áöÞóæúãò íóÚúáóãõæäó
“Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.” (Surah Fussilat: ayat 3)

Firman Allah S.W.T:

( ÞÇá Çááå ÊÚÇáì: (ÈáÓÇäò ÚóÑóÈöíøò ãõÈíä) (ÓæÑÉ ÇáÔÚÑÇÁ : 195

“Ia diturunkan dgn bahasa arab yg fasih serta terang nyata.” (surah As-Syu`ara’: ayat 195)

Pada umumnya, merumikan (transliterasi) alquran dibenarkan agar maklumat wahyu dapat disampaikan kpd mereka yg tidak fasih atau tidak pandai membaca bahasa arab. Atas dasar ini:

ÝóÅöäøó ãóÚó ÇáúÚõÓúÑö íõÓúÑðÇ

“Setiap kesusahan ada kemudahan.” (Surah Asy-Syarh: ayat 5)

Namun demikian, bagi pelajar yg ingin belajar membaca alquran hendaklah ia tidak bergantung semata2 kpd transliteration kerana kadang2 transliteration boleh menyebabkan sebutan atau tajwid tidak selari kerana bahasa arab ini adalah bahasa yg unik. Hendaklah mereka mencari guru qari yg baik utk mengajarkan mereka alquran dlm bacaan yg betul.

Dr Qaradhawi dlm ßÊÈ: ÝÊÇæì ãÚÇÕÑÉ:
Hukum merumikan ayat alquran diperbolehkan dlm keadaan dharurat bagi mereka yg sukar mempelajarinya dalam bahasa arab.

Hendaklah difahami bahawa asal fatwa ialah tidak harus menulis nas alquran dgn huruf selain dari arab. Apabila aku (qaradhawi) memberikan kelonggaran dlm menulis ayat2 pendek, maka ia mestilah dlm lingkungan dharurat. Apa yg diharuskan dlm suasana dharurat adalah setakat kadar yg perlu sahaja.

Rujukan:
1. http://islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=11060
2. Dr Yusuf Qaradhawi, ßÊÈ: ÝÊÇæì ãÚÇÕÑÉ