Soaljawab Islam

SU-00426 : Hukum Menghafal Quran Ketika Haid

Asslamualaikum..
Bagi pelajar Quran sekolah tahfiz yang terikat dengan muqarar dan perlu menjalani peperiksaan, adakah dibenarkan menghafal setiap ayat-ayat yang baru pada setiap hari walaupun dalam keadaan haid.
Sekiranya boleh, bolehkah saya mengetahui ianya merupakan pandangan siapa dan daripada mana boleh didapatkan rujukan tentang hukum ini.
Wallahua'lam

SU-00427 : Imam Mumayyiz

:salam

Sah ke solat orang yang sudah akil baligh berimamkan imam mumayyiz ::?:

SJ-14-0182 : Surah Al-Qiyamah ayat 16

:salam

Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran kerana hendak cepat-cepat (menguasai)nya. (75:16)

Adakah tidak boleh/elok untuk kita tergesa-gesa menghafal al-Quran sebelum memahami isi kandungannya?

SJ-13-0347 : akad nikah diwakilkan

:salam

Saya nak tanya satu peristiwa yg telah berlaku di satu tempat di Johor, bilamana satu majlis perkahwinan dimana akad nikah dilakukan di malaysia, tetapi pasangan pengantin lelaki & perempuan, dalam pada waktu yang sama berada diluar negara. Minta penjelasan daripada Ustaz.
terima kasih
:wassalam

SJ-03-0125 : Bahan-bahan tanpa logo halal.. najis ke tak

:salam

Kalau kita beli barang di kedai, beli barang bukan makanan macam cat, gam, dsb apakah hukum asas barang tersebut.

Sebab macam confuse sikit, kita diminta berwaspada terhadap barang-barang kegunaan kita, tetapi dalam masa yang sama diminta untuk tidak menyelidik/terlampau berhati-hati.

-Seriau kalau barang import i.e gam, dakwat pena dll.

:wassalam

SJ-13-0558 : Tanda Kedatangan Ajal

:salam saya ingin tahu tentang tanda2 ajal kita akan sampai,,,ya memang kita tak tahu bila akan sampai tapi pasti ada tanda2 yang diberikan sedangkan kedatangan nabi pun ada diberikan tanda2 kedatangan hari kiamat pun ada diberikan tanda tapi adakah kedatangan ajal akan diberikan tanda,,,jika ada saya harap dapat sedikit huraian beserta hadis dan quran untuk persediaan menghadapinya kerana maut adalah pasti.

SJ-07-0188 : Penggunaan Tasbih...menyerupai agama lain?

salam....

ustaz, penggunaan buah/butir tasbih dikalangan umat Islam sudah menjadi sinonim apabila mulut melafazkan zikir.
saya pernah melihat sami-sami budha juga menggunakan buah tasbih (ada yg kecil & besar) untuk berzikir cara mereka.

soalan saya ttg butir tasbih ini :

1- adakah penggunaan ini dari sunnah Rasulullah s.a.w?
2. Bukankah RAsulullah melarang kita menyerupai agama lain?

harap ustaz dapat menghuraikan simpulan keliru saya ini...syukran ::wink:

SU-00433 : Hadis Kaifiat Sujud dalam Solat Berjama'ah

:salam

minta syarah Hadith berikut: Dari Abu Ishaq, dia berkata, "Aku pernah mendengar Abdullah bin Yazid Al-Hatimi berpidato dihadapan orang banyak, kata Abu Ishak "Barra' (beliau itu tidak berdusta) pernah menuturkan kepada kami, "Sesungguhnya mereka (Para Sahabat Nabi S.A.W.) apabila mengangkat kepala dari ruku' (i'tidal) bersama Rasulullah S.A.W. mereka berdiri dengan tagak. Setelah mereka melihat beliau (Nabi S.A.W.) benar benar telah sujud, baru mereka sujud.

(Shahih: Muttafaq Alaih)

SJ-04-0105 : Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

:salam

boleh terangkan tak... Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah?...

tq

SJ-13-0346 : Hukum nafkah zahir kepada isteri??

salam

1]apakah hukum nafkah zahir?misalnya bagi rm300 sebulan

2]misalnya gaji suami sebulan rm1000 berapakah yg perlu diberi kpd isteri sebulan??

3]jika isteri gaji rm5000 dan suami gaji rm1000,perlukah suami tidak membayar nafkah zahir sbb isteri lagi kaya dari suami??

SJ-11-0244 : hukum peraduan power root

salam,

saya musykil dengan peraduan power root seperti yg dapat dilihat di kaca tv. dgn ganjaran wang tunai berjuta ringgit.

apakah hukumnya seseorang yang membeli pelbagai produk power root dlm jumlah yg besar dgn harapan agar mendapat ganjaran yang ditawarkan.

jkk

SJ-05-0478 : Sebut AMIN selepas Fatihah

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya, apakah hukum membaca AMIN setelah selesai bacaan fatehah (sama ada solat sendirian atau berjemaah). Jika tidak baca amin apakah tidak sah fatehah solat kita seterusnya menidaksahkan solat kita juga? Sebabnya, saya sememangnya melazimi bacaan amin selepas solat. Kadangkala ketika waktu kesuntukan masa saya solat dengan agak laju...baca fatehah pun laju dan kekadang tanpa disengajakan belum sempat selesai sebut amin saya terus rukuk. Jadi, sahkan solat saya?

SJ-13-0348 : Pondan,khunsa,mukhannath dari perspektif dalil

Assalamualaikum,

2 soalan, ya panel Al-Ahkam...

i)Betulkah semasa riwayat Nabi Muhammad SAW, golongan pondan atau mukhannath ini sudah ada, dan apakah tindakan Nabi terhadap mereka. Tolong berikan sedikit nas dalil dan hujah

ii)Jika lihat hari ini, golongan pondan ini sudah berleluasa di KL dan semakin menjadi-jadi. Bolehkah dalam Islam, golongan ini melakukan pembedahan 'sex-change' untuk menepati naluri mereka?

SJ-13-0552 : Kelebihan amalan bulan Rajab

salamoalaykum

harap panel alahkam boleh list kan mengenai kelebihan bulan rejab dan juga mengenai perkara2 yang salh yang kebanyakan orang melayu buat semasa bulan rejab terima kasih

serta hadith2 palsu dhoif pada bulan rejab

SJ-05-0495 : Solat Qadha akibat lupa mandi wajib

:wassalam

1- Sekiranya seseorang terlupa mandi wajib dan perasan setelah Syuruk, adakah dia kena Qadha?

2-Dalam solat Qadha' katalah qadha' solat Subuh semasa Zuhur, adakah ada tatacara yakni solat Subuh dulu baru Zuhur, atau Zuhur dulu baru Qadha'.

3- Sekiranya terlupa semasa Zuhur, baru ingat masa Asar, adakah ada kesan kepada solat Zuhur tadi,sah ke tidaknya?

Sebab ada baca somewhere kena abiskan solat-solat Qadha' dulu baru buat solat tunai (waktu semasa).