Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya, apakah hukum membaca AMIN setelah selesai bacaan fatehah (sama ada solat sendirian atau berjemaah). Jika tidak baca amin apakah tidak sah fatehah solat kita seterusnya menidaksahkan solat kita juga? Sebabnya, saya sememangnya melazimi bacaan amin selepas solat. Kadangkala ketika waktu kesuntukan masa saya solat dengan agak laju...baca fatehah pun laju dan kekadang tanpa disengajakan belum sempat selesai sebut amin saya terus rukuk. Jadi, sahkan solat saya?
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
- Menyebut AMIN selepas bacaan Fatihah adalah sunat, samada di dalam solat atau di luar solat. (Al-Tibyan, Imam Nawawi m/s 133)
- Meninggalkan sebutan AMIN tidak membatalkan sembahyang, kerana ia bukan sebahagian dari Fatihah, dan bukan juga termasuk dalam rukun sembahyang. Ia adalah doa yang digalakkan dibaca selepas Fatihah.
- Kelebihannya tersebut dalam hadis, "Apabila imam menyebut Amin, maka sebutlah Amin. Maka sesungguhnya sesiapa yang bersamaan bacaan Amin nya dengan bacaan Amin malaikat, diampunkan dosa-dosa terdahulu". Direkod oleh Bukhari (no: 747) dan Muslim (no: 410).
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com