Soaljawab Islam

SJ-1826: Hadith Palsu

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya ada forwardkan artikel berkaitan dengan hadith-hadith dha'if dan madhu' mengenai fadhilat Bulan Rejab pada seorang rakan dari negara seberang setelah beliau terlebih dahulu menghantar artikel mengenai fadhilat Bulan Rejab.

SJ-1828: tidak melabuhkan tudung

assalamua'laikum ustaz,
Baru-baru ini, pihak pengurusan tempat bekerja saya telah membuat peraturan baru kepada pekerja wanita, tudung yang mereka pakai mestilah dimasukkan kedalam baju atas adalah tudung yang dilabuhkan keparas dada tidak kemas.
Soalannya,
1. Apakah hukum wanita yang tidak melabuhkan tudung ke paras dada seperti saranan surah annur ayat 31?
2. Apakah tindakan kami mendiam diri adalah dikira berdosa?

SJ-1827: Lagi masalah iddah

Assalamu'alaikum ahli panel,

Di sini ingin diajukan lagi masalah berkenaan wanita di dalam iddah.

1. Apakah hukumnya jika perempuan di dalam iddah, disentuh oleh suaminya spt dicium, dipeluk, dipegang tetapi tidaklah sampai membawa kepada persetubuhan. Namun akibat dari perbuatan itu, telah menimbulkan nafsu kepada keduanya? Adakah dibolehkan bersalam dgn suaminya ketika masih di dalam iddah.

SJ-1825: Hadis Sahih dan Hadis Qudsi

Apakah dia hadis sahih, daif dan hadis qudsi, apa contohnya

SJ-1824: wuduk, berdoa & zikir

Assalammu'alaikum.
Menurut Mazhab Imam Syafie:
1. Bolehkah menyapukan air saja diatas stokin yg tebal (tidak berlobang) ketika mengambil wuduk (tanpa membuka stokin itu)? (Ini berdasarkan hadis yg menyatakan mengambil wuduk dgn memakai khuf (kasut kulit).)
2. Bolehkah kita menggoyangkan badan ketika membaca wirid, doa, zikir & tahlil? (Ini berdasarkan hadis yg menyatakan jangan mengikut perbuatan & amalan orang Yahudi & Nasrani yg menggoyangkan badan ketika mereka sembahyang/doa)

SJ - 1822 : DAKWAH , KELESUAN ULAMA' , KEJAHILAN UMAT &

Assalamualaikum,

SJ-1810: [U] Bulan Rejab

Assalamu'alaikum Ustaz,

Memandangkan kita sekarang berada di bulan Rejab, saya ingin bertanya sedikit berkenaan bulan ini, meskipun umum byk mengetahui di bulan ini terjadinya peristiwa Isra' & Mikraj, dan di dalam Al-quran juga ada menyebut bulan Rejab ini termasuk sebagai 4 bulan yang haram dan byk juga buku rujukan menyatakan mengenai kelebihan2 bulan ini.

Namun di sini saya ingin lagi mendapatkan kepastian dgn lebih jelas mengenai:

SJ - 1815 : BOLEHKAH BUANG AIR KETIKA AZAN DAN ADABNYA ?

Assalamu'alaikum,
1.Saya ingin mendapat penjelasan daripada ahli panel tentang adab kita ketika azan.Bolehkah membuang air kecil ataupun air besar ketika azan berkumandang diudara?Adakah terdapat dalil serta nas yang melarangnya?

SJ - 1816 : WANITA HAIDH BERADA DI DALAM MASJID

Assalamualaikum,

Ingin saya kembangkan persoalan ini, ada pendapat yang mengatakan bahawa boleh berada di perkarangan masjid cthnya di serambi yang mana di masjid tempat ini lazimnya tidak menjadi tempat org bersolat.

Keduanya jika pendapat diatas ada asasnya maka saya rasa ini lebih baik kerana kini di masjidlah banyak diadakan majlis ilmu yang boleh dihadiri secara mudah.

Terima Kasih

SJ - 1809 : KUCING MEMAKAN BABI

Bolehkah kita memegang kucing yg telah memakan babi?

SJ-1821: Perkara dalam Solat

Assalamuaalikum,

1. Sukacita jika dapat diutarakan dalil Syafi' serta imam lain dalam perkara solat dari niat sehingga salam.

SJ - 1808 : PERBEZAAN DI ANTARA SURAU DENGAN MASJID ( LAGI )

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya, apakah ada perbedaan antara surau dan masjid? Kalau ada, apakah perbedaannya itu dan kalau tiada perbedaan, apakah wanita haid boleh duduk dalam surau?

Wassalamualaikum wbt

SJ-1823: Sabar & Ikhtiar

Assalamualaikum ahli panel,

Berkenaan dengan masalah sabar & ikhtiar

Seseorang yang banyak melakukan kesalahan dan sedar kesilapannya tetapi masih bertangguh untuk bertaubat. Dia juga sering lupa pada nikmat Allah. Setiap kali susah dia merintih kepada Allah mengharapkan pertolongan, bila diberi nikmat dia lupa dan lalai dalam mengerjakan suruhan Allah. Kalau buat pun ala kadar saja, hinggalah Allah menimpakan sesuatu bencana besar kepada dirinya.

SJ-1820: Bunuh binatang/serangga.

Assalamualaikum,

Soalan saya ini tidak lah mencabar mana, sekadar soalan remeh saja tetapi kadangkala mengganggu fikiran saya.

SJ-1818: Haid, Wuduk & Solat

Assalamualaikum, ahli2 panel.