SJ-1818: Haid, Wuduk & Solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1818: Haid, Wuduk & Solat

Assalamualaikum, ahli2 panel.
1. Bab Haidh: Seorang wanita yang di dalam haid. Darah keluar banyak pada hari pertama hingga hari ke-3. Pada hari ke-4 & ke-5 tiada sedikit darah pun yang keluar. Dan dengan yakin dia mandi wajib pada hari ke-5 tersebut dan bersolat seperti biasa. Tetapi pada hari ke-6 darah keluar semula dengan banyaknya, berkurangan dan kering pada hari ke-7. Wanita itu mandi semula pada hari ke-8. Dan kemudian tiada darah yang keluar. Dan dia sudah bersih dari haid. Wanita ini mempunyai kitaran haid begitu setiap bulan. Di sini ingin ditanyakan kepada ahli panel.
a. . Bagaimana keadaan solatnya diwaktu antara haid tadi (Hari ke-5), adakah dikira sah?
b. Adakah darah hari ke-6 itu dikira darah istihadah?
c. Memandangkan kitaran haidnya begitu setiap bulan, dia kemudiannya menetapkan utk mandi pada hari ke-7 @ ke-8 setiap kali didatangi haid. Adakah dia dikira berdosa kerana melambat-lambatkan mandi wajib?
2. Seorang di dalam berjunub dibolehkan mengambil wuduk. Adakah perempuan di dalam haid/nifas juga dibolehkan mengambil wuduk?

3. Seorang wanita menghadapi satu masalah. Perkara ini disedarinya setelah dia berkahwin (belum mempunyai anak). Setiap kali dia bersolat mahupun melakukan pergerakkan membongkok, sujud mahupun bangun dari duduk, didapati seperti ada angin keluar dari farajnya. Hal ini lebih terasa diwaktu solat kerana pergerakan2 di dalam solat itu sendiri. Kalau kentut masih boleh ditahan tetapi yang ini tidak dapat dikawal, secara tiba-tiba saja.

a. Adakah ianya dikira membatalkan solat?

b. Kiranya membatalkan solat, bagaimana dia nak mengatasinya, kerana boleh dikatakan setiap kali bangun dari rukuk dan bangun dari sujud, ada angin yang keluar dari faraj.

c. Atau adakah ini dikatakan perasaan was-wasnya sedangkan dia merasa sendiri ada angin yang keluar dari farajnya.

Diharap ahli panel dapat membantu.

Re: SJ-1818: Haid, Wuduk & Solat


Jwb:
1. Waktu haidh bagi wanita itu ialah 8 hari. Waktu haidh dikira pada permulaan dan penutupnya, bukan pada pertengahannya. Jika ada hari-hari di antara 8 hari itu ia kering bukan bermakna ia sudah tamat tempoh haidhnya. madzhab Syafi'iy menetapkan maksimum haidh 15 hari dan Maliki-Hanbali selama 10 hari. Fiqh Islami
1.a. Solat itu tidak sah kerana ia masih dalam haidh
1.b. ia masih dikira darah haidh
1.c. ia hendaklah mandi pada hari ke8 kerana tempoh haidhnya berakhir pada hari itu.
2. Wudhu' untuk menghilangkan hadas, manakala mandi untuk menghilangkan janabah. Jika orang junub berwudhu' tapi dia masih tidak boleh melakukan ibadah mahdah (khusus), kenapa orang janabah nak berwudhu' sedangkan ia tidak boleh melakukan ibadah khusus?
3. Angin yg keluar dari faraj yg tidak boleh dikawal spt kentut, tidak membatalkan wudhu' menurut jumhur (kecuali Syafi'iy). Malikiah menyebut angin itu sebagai asSalas: "sesuatu yg keluar daru dua jalan tanpa sebarang kawalan". Hanbaliah memasukinya dalam kategori Umum alBalwa, "kesulitan kecil yg sukar dihindari."
3.a. Angin dari faraj tidak membatalkan jika ia menepati definasi Maliki dan Hanbali
3.b. Tidak batal menurut jumhur. Tidak dijadikan kesulitan dalam beragama.
3. Jika hanya was-was, maka ia dari syaitan. Kuatkan jiwa dan mintalah perlindungan dari Allah. WaLlahu a'alam
3.