Soaljawab Islam

SJ-1902: Janji

Assalamu'alaikum, Ustaz dan ahli panel sekelian.

Di sini saya ingin kemuka soalan yang mungkin pada org lain adalah remeh tetapi selalu menimbulkan perasaan ragu2.

SJ - 1885 : HUKUM MERANCANG KEHAMILAN

Assalamualaikum...

SJ - 1883 : SOLAT SENYAP

Assalamu'alakum Warah MatuLlah

Bagaimana kalau ada org yg bersembahyang tanpa langsung menggerakkan mulutnya/bibirnya ? (Baca dalam Hati) Bagi semua waktu?
dan Takbir tanpa didengari oleh telinga sendiri ?

JazakaLlah

SJ-1894: Baca alQur'an di Kuburan 2

Menurut THTL
"Yang pasti: amalan membaca Qur'an atas kubur ini bukan amalan salaf dan tidak ada dalil sahih yg meriwayatkan ia pernah diamalkan pada 300 tahun pertama sejarah emas Islam. "
Ingin saya bertanya - Tahun bila dan di manakah bermulanya perkara tersebut ? - Saya lihat kalau Allah Ta'ala mengambil roh diWaktu Malam. Secara lazimnya orang membaca Quran ditepi mayat hingga ke Pagi - Bagaimana pula ini ?
Jazakallah

SJ-1889: Bulu Biri2

Assalamualaikum...
Ana nak tanya pasal hukum guna berus untuk sapu marjerin, sos utk bakar ikan yg diperbuat drpd bulu biri-biri (selain najis mughalazoh)

SJ - 1878 : MENZIARAHI IBU-BAPA YANG BELUM MEMELUK ISLAM

http://forum.cari.com.my/viewtopic.php?TopicID=33912

Saya adalah seorang gadis cina baru menganuti Islam tetapi keluarga saya kepercayaan masing-masing.

Saya nak tahu apabila salah seorang keluarga saya telah meniggal dunia dan macamana pula dengan saya sebab saya telah menganuti Islam, patutkah saya menziarahi.

Ismillah Tan Abdullah

SJ - 1881 : PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMERLUKAN NIAT

assalamualaikum...

Ustaz,

apakah dia perkara-perkara yang tak memerlukan niat untuk jatuh sesuatu hukum ke atas perkara-perkara tersebut sekiranya terjadi?

Sekian . Terima Kasih.

Wassalam.

SJ - 1879 : HADIS MURSAL

assalamualaikum...

Ustaz !,

Apakah pandangan dari 4 tokoh imam besar terhadap penerimaan dan penggunaan hadith mursal di dalam mengistinbat hukum dalam Islam?.

Bagaimana pula dengan penadapat Imam Nawawi dalam hal ini?

Terima Kasih.

Wassalam

SJ-1892: Perbezaan solat nafilah, sunat dll.

Assalamualaikum,

1. Sukacita jika dapat dijelaskan kategori solat seperti di atas.
2. Dan sejauh pengetahuan saya solat yg. tidak diwajibkan berdiri hanya solat sunnah selain solat nafilah sahaja.
JKK.

SJ-1877: Sah kah Makmum ?

Assalamu'akum Warah MatuLlah

Bagaimana keadaan makmum, jika imam membaca Surah dengan tergeleng2, terangguk2 kepalanya ? Apakah hukum bagi sengaja dan tidak sengaja ?

JazakaLlah

SJ - 1124 : BACAAN AL-QURAN SECARA SENGAU

Assalamualaikum Warah Matullah

Sabda Rasulullah S.A.W

"Sesungguhnya akan datang beberapa golongan sesudah aku, orang-orang membaca Al-Quran seperti menyanyi, cara ahli2 kitab dan cara orang seperti meratap, yakni keluar huruf melalui kerongkongan mereka, tidak sesuai dengan makhraj huruf, semata-mata tujuan untuk mempersonakan dan menakjubkan orang sahaja"

SJ-1876: Faedah kad kredit

a'salam wr kth

Saya sekarang dalam proses untuk apply kad bank Islam (master) untuk tujuan harian, dan sebelum ini saya telah menggunakan kad kredit konvesional (riba le tu!!).

Dan saya bercadang untuk memindah seluruh baki kredit saya ke Kad Bank Islam tersebut dan secara tak lansung saya juga akan memindahkan semua interest yang dulu bersama, apakah hukumnya sekrang adakah saya masih lagi dibebankan dengan riba yang sebelum ini.

SJ-1875: zakat - 8 asnaf -fisabilillah

assalamualaikum ustaz dan ahli panel,

nampaknya banyak soalan tentang zakat, alhamdulillah walaubagaimanapun saya masih keliru tentang memberi zakat kepada fisabilillah - orang yg berperang di jalan allah, saya banyak browse di internet dan bertanya beberapa ustaz tapi masih tak pasti.
bolehkah ustaz dan ahli panel terangkan adakah boleh bagi pada surau, masjid dan perlukah akad (katanya di mesir hanya masuk dalam tabung saja - tanpa akad)dan jika boleh apakah dalilnya

SJ-1874: Hak Tetamu.....

Assalammualaikum...

Ustaz.... jika kita menumpang di rumah saudara/kawan selama 1 minggu kerana sesuatu urusan....
a) selama manakah hak kita sebagai tetamu...
b) apakah yang patut kita lakukan sebagai tetamu...
c) jika kita tuan rumah apakah tanggungjawab
kita terhadap tetamu....
d) saya pernah terbaca bahawa dalam Islam tuan rumah hanya perlu melayan tetamunya dalam masa tiga hari sahaja.. Selepas itu dia tidak perlu lagi menyediakan makan minumnya...apakah betul....

SJ-1873: SEBAB-MUSABAB, TAQDIR & MASALAH MURTAD

Assalamua'alaikum Ustaz,

Mungkin soalan ni tak bersangkut dengan feqh. Tapi ana minta jasa baik Ustaz kalau tak keberatan menjawabnya.

Adakah terjejas iman kita sekiranya kita berkata seperti, "Ubat ni bagus sikit daripada yg hari tu. Cepat sikit sembuh sakitnya". Ataupun "Doktor tu tak bagus sangatlah, makan ubat dia lambat sembuh, kita pegi klinik lain lah". Atau mungkin juga spt yg selalu kita sebut "Dia meninggal sebab accident" - walhal semua yg di atas adalah tertakluk di bawah qada' dan qadar ALlah SWT.