SJ-1874: Hak Tetamu.....

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1874: Hak Tetamu.....

Assalammualaikum...

Ustaz.... jika kita menumpang di rumah saudara/kawan selama 1 minggu kerana sesuatu urusan....
a) selama manakah hak kita sebagai tetamu...
b) apakah yang patut kita lakukan sebagai tetamu...
c) jika kita tuan rumah apakah tanggungjawab
kita terhadap tetamu....
d) saya pernah terbaca bahawa dalam Islam tuan rumah hanya perlu melayan tetamunya dalam masa tiga hari sahaja.. Selepas itu dia tidak perlu lagi menyediakan makan minumnya...apakah betul....

f) apakah adik-beradik juga dikira sebagai tetamu...
Semoga ustaz dapat menjelaskannya.....JAZAKALLAH...

Re: SJ-1874: Hak Tetamu.....


JWB:
a. Hak tetamu itu tiga (3) hari, selepas itu ia menjadi sedeqah
Dalil: HR Ahmad dan Abu Daud," apabila telah habis 3 hari 3 malamnya, maka apa yg diberikan kpd tetamu dianggap sedeqah."
b. Sebagai tetamu anda hendaklah tahu/peka, bahawa melebihi tiga hari itu membebankan tuan rumah.
Dalil: HR Bukhari-Muslim," Tidak halal bagi tetamu berdiam lama-lama di rumah (yg ditumpanginya) kerana ia membebankan tuanrumah."
c. Tanggungjawab tuanrumah:
Pada hari pertama, tuan rumah hendaklah memberi jaizah (laukpauk yg special) dan pada hari kedua dan ketiga, ia menghidangkan laukpauk yg biasa dimakan. Dalil: HR Abu Daud dan Ahmad," Barangsiapa yg beriman dengan Allah dan hari Akhir, hendaklah dia memuliakan tamunya dengan memberi jaizah." Para sahabat bertanya,"apakah itu jaizah, ya RasuluLlah?" Sabda Nabi," sehari semalan"
d. Tiga hari itu mengikut JUMHUR sebagai hak tamu. Ia bukan wajib tapi sunat (sunnah yg dikukuhkan, akhlak karimah dan kebajikan dalam agama). Umar alKhattab ra mewajibkan hak tamu (Majmu') dan Imam Laits berpendapat wajib hanya hari pertama (Syarah Muslim Nawawi 1/333)
Selepas 3 hari, mengikut hadis di atas ia menjadi sedeqah
e. Adik-beradik bukan tamu menurut uruf.
WaLLahu a'alam