SJ - 1878 : MENZIARAHI IBU-BAPA YANG BELUM MEMELUK ISLAM

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1878 : MENZIARAHI IBU-BAPA YANG BELUM MEMELUK ISLAM

http://forum.cari.com.my/viewtopic.php?TopicID=33912

Saya adalah seorang gadis cina baru menganuti Islam tetapi keluarga saya kepercayaan masing-masing.

Saya nak tahu apabila salah seorang keluarga saya telah meniggal dunia dan macamana pula dengan saya sebab saya telah menganuti Islam, patutkah saya menziarahi.

Ismillah Tan Abdullah

Re: SJ - 1878 : MENZIARAHI IBU-BAPA YANG BELUM MEMELUK ISLAM

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

MENZIARAHI KELUARGA YANG BUKAN ISLAM :

Tiada terdapat sebarang nas pun di dalam perundangan Islam yang melarang seseorang anak yang beragama Islam untuk menziarahi kedua ibu-bapanya ataupun sanak-saudaranya yang masih belum memeluk Islam samada mereka itu masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Apatah lagi di dalam Kitab Fathul Bari , Syarah kepada Hadis-Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari (rh) terdapat sebuah hadis sahih yang menerangkan bahawa RasululLah s.a.w sendiri pernah menziarahi seorang Yahudi yang sedang sakit , lalu di dalam keadaan itu RasululLah s.a.w tetap berdakwah dan mengajak Yahudi itu agar memeluk Islam. Akhirnya, Yahudi itu pun memeluk Islam dan RasulululLah s.a.w pun mengucapkan : “ Alhamdulillah, segala puja-puji hanyalah bagi Allah yang telag melepaskan dia daripada neraka “ . ( Fathul Bari 3 : 144 ).

Apatah lagi jika yang sakit itu adalah ibu-bapa sendiri. Keadaan mereka yang belum memeluk Islam , BUKANLAH SEBAB untuk mereka dijauhi. Pelajari Firman – Firman Allah Ta’ala berikut :

æóÞóÖóì ÑóÈøõßó ÃóáÇøó ÊóÚúÈõÏõæÇú ÅöáÇøó ÅöíøóÇåõ æóÈöÇáúæóÇáöÏóíúäö ÅöÍúÓóÇäðÇ ÅöãøóÇ íóÈúáõÛóäøó ÚöäÏóßó ÇáúßöÈóÑó ÃóÍóÏõåõãóÇ Ãóæú ßöáÇóåõãóÇ ÝóáÇó ÊóÞõá áøóåõãó ÃõÝøò æóáÇó ÊóäúåóÑúåõãóÇ æóÞõá áøóåõãóÇ ÞóæúáÇð ßóÑöíãðÇ
æóÇÎúÝöÖú áóåõãóÇ ÌóäóÇÍó ÇáÐøõáøö ãöäó ÇáÑøóÍúãóÉö æóÞõá ÑøóÈøö ÇÑúÍóãúåõãóÇ ßóãóÇ ÑóÈøóíóÇäöí ÕóÛöíÑðÇ
"Tuhanmu telah memerintahkan hendaklah kamu tidak berbakti kecuali kepadaNya dan berbuat baik kepada dua orang tua, jika salah satu di antara mereka atau keduanya sudah sampai umur tua dan berada dalam pemeliharaanmu, maka janganlah kamu katakan kepada mereka itu kata-kata 'uff' (kalimat yang tidak menyenangkan hati), dan jangan kamu bentak mereka, tetapi katakanlah kepada mereka berdua kata-kata yang mulia. Dan rendahkanlah terhadap mereka berdua sayap kerendahan karena kasih, dan doakanlah kepada Tuhanmu: Ya Tuhanku! Berilah rahmat mereka itu, sebagaimana mereka telah memeliharaku di waktu aku masih kecil." (al-Isra': 23-24)

æóæóÕøóíúäóÇ ÇáúÅöäÓóÇäó ÈöæóÇáöÏóíúåö ÅöÍúÓóÇäðÇ ÍóãóáóÊúåõ Ãõãøõåõ ßõÑúåðÇ æóæóÖóÚóÊúåõ ßõÑúåðÇ æóÍóãúáõåõ æóÝöÕóÇáõåõ ËóáóÇËõæäó ÔóåúÑðÇ ÍóÊøóì ÅöÐóÇ ÈóáóÛó ÃóÔõÏøóåõ æóÈóáóÛó ÃóÑúÈóÚöíäó ÓóäóÉð ÞóÇáó ÑóÈøö ÃóæúÒöÚúäöí Ãóäú ÃóÔúßõÑó äöÚúãóÊóßó ÇáøóÊöí ÃóäúÚóãúÊó Úóáóíøó æóÚóáóì æóÇáöÏóíøó æóÃóäú ÃóÚúãóáó ÕóÇáöÍðÇ ÊóÑúÖóÇåõ æóÃóÕúáöÍú áöí Ýöí ÐõÑøöíøóÊöí Åöäøöí ÊõÈúÊõ Åöáóíúßó æóÅöäøöí ãöäó ÇáúãõÓúáöãöíäó
"Dan kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu-bapanya, ibunya telah mengandung dia dengan susah-payah dan melahirkannya dengan susah-payah pula; mengandung dan menyusuinya selama 30 bulan." (al-Ahqaf: 16)


æóæóÕøóíúäóÇ ÇáúÅöäÓóÇäó ÈöæóÇáöÏóíúåö ÍóãóáóÊúåõ Ãõãøõåõ æóåúäðÇ Úóáóì æóåúäò æóÝöÕóÇáõåõ Ýöí ÚóÇãóíúäö Ãóäö ÇÔúßõÑú áöí æóáöæóÇáöÏóíúßó Åöáóíøó ÇáúãóÕöíÑõ
æóÅöä ÌóÇåóÏóÇßó Úóáì Ãóä ÊõÔúÑößó Èöí ãóÇ áóíúÓó áóßó Èöåö Úöáúãñ ÝóáóÇ ÊõØöÚúåõãóÇ æóÕóÇÍöÈúåõãóÇ Ýöí ÇáÏøõäúíóÇ ãóÚúÑõæÝðÇ æóÇÊøóÈöÚú ÓóÈöíáó ãóäú ÃóäóÇÈó Åöáóíøó Ëõãøó Åöáóíøó ãóÑúÌöÚõßõãú ÝóÃõäóÈøöÆõßõã ÈöãóÇ ßõäÊõãú ÊóÚúãóáõæäó
"Hendaklah kamu bersyukur kepadaku dan kepada dua orang tuamu; kepadakulah tempat kembali. Dan jika mereka itu bersungguh-sungguh mempengaruhimu supaya kamu menyekutukan Aku dengan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, maka janganlah kamu turut mereka itu, tetapi berkawanlah dengan mereka di dunia ini dengan cara yang baik; dan ikutilah jalan orang yang taubat kepadaku; kemudian kepadakulah tempat kembalimu, maka akan kujelaskan kepadamu apa-apa yang telah kamu kerjakan." (Luqman: 14-15)


áóÇ íóäúåóÇßõãõ Çááøóåõ Úóäö ÇáøóÐöíäó áóãú íõÞóÇÊöáõæßõãú Ýöí ÇáÏøöíäö æóáóãú íõÎúÑöÌõæßõã ãøöä ÏöíóÇÑößõãú Ãóä ÊóÈóÑøõæåõãú æóÊõÞúÓöØõæÇ Åöáóíúåöãú Åöäøó Çááøóåó íõÍöÈøõ ÇáúãõÞúÓöØöíäó

“ Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil “ . ( Surah Al-Mumtahanah , Ayat 8 ) .

SABDA-SABDA BAGINDA RASULULLAH S.A.W PULA :

"Ada seorang laki-laki datang kepada Nabi dan bertanya: Siapakah manusia yang lebih berhak saya kawani dengan baik? Ia menjawab: Ibumu! Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Ia menjawab: Ibumu! Dia bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ia menjawab: Ibumu! Dia bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ia menjawab: Ayahmu!" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Maukah kamu saya terangkan sebesar-besar dosa besar --tiga kali. Mereka menjawab: Mau, ya Rasulullah! Maka bersabdalah Nabi, yaitu: menyekutukan Allah, durhaka kepada dua orang tua --waktu itu dia berdiri sambil bersandar, kemudian duduk, dan berkata: Ingatlah! Perkataan dusta dan saksi dusta." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang durhaka kepada dua orang tua; 2) laki-laki yang tidak ada perasaan cemburu terhadap keluarganya; 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

"Semua dosa akan ditangguhkan Allah sampai nanti hari kiamat apa saja yang Dia kehendaki, kecuali durhaka kepada dua orang tua, maka sesungguhnya Allah akan menyegerakan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum meninggal." (Riwayat Hakim dan ia sahkan sanadnya)

Islam itu sendiri dari sudut pengertian Bahasa Arab sudah membawa erti “ KESELAMATAN “ = “ KESEJAHTERAAN “ , dan Islam itu sendiri adalah Rahmat bagi sekalian alam . Dan yang dimaksudkan dengan alam itu bukanlah manusia semata-mata tetapi termasuk juga segala jenis kehidupan, samada ianya binatang ataupun jin.

Jadi jika Islam itu sendiri adalah rahmat kepada binatang dan jin, maka betapa pula dengan sesama manusia , sudah tentu rahmat Islam itu semakin ketara.

Islam tidak pernah mengajar sesuatu yang bertentangan dengan Fitrah ( naluri semulajadi ) seseorang manusia , dan di antara fitrah manusia itu ialah perasaan cinta kepada seseorang, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapanya dan sanak-saudaranya. Dan Islam sendiri tidak pernah melarang beperasaan begini terhadap kedua ibu-bapa walaupun mereka belum lagi memeluk Islam , kerana Islam sendiri tidak pernah mengajar seseorang penganutnya untuk bersikap kasar dan tidak mempedulikan mereka.. Bahkan diwajibkan pula seseorang itu tetap berbuat baik kepada kedua-ibu bapa mereka walaupun kedua ibu-bapa itu masih belum Islam. Islam juga mengajar bahawa : “ PERBEZAAN AGAMA BUKANLAH SEBAB UNTUK BERSENGKETA DAN BUKANLAH SEBAB UNTUK TIDAK MENABUR JASA-BAKTI KEPADA MEREKA “ .

Tetapi semuanya itu sudah tentulah ada batas-batasannya iaitu :

1- Selagi kedua ibu-bapa itu ( dan sanak-saudara yang bukan Islam ) itu tidak menggunakan kekerasan memaksa si anak ( yang telah Islam itu ) untuk melakukan syirik , murtad dan maksiat ( Lihat Firman Allah Ta’ala di atas ).

2- Selagi ibu-bapa , saudara – mara dan golongan bukan Islam itu , tidak bersikap menindas dan menzalimi umat Islam ( Lihat juga Firman Allah Ta’ala yang tersebut di atas ).

Tidak sedikit manusia yang masuk Islam disebab kebaikan akhlak dan budi umat Islam yang ditonjolkannya. Dan begitulah juga, tidak kurang juga golongan yang baru memeluk Islam , keluar daripada agama Allah Ta’ala ini disebabkan layanan buruk , sikap tidak mengambil-berat dan kelakuan yang tidak sepatutnya yang ditunjukkan oleh sebahagian umat Islam itu sendiri !.

Islam akan tetap dipandang mulia dan dilihat sebagai baik serta membawa rahmat andainya semua umat Islam itu memahami benar-benar tuntutan agama mereka dan mempraktikkannya . Namun sayang seribu kali sayang , masih ramai umat Islam yang tidak mempraktikkannya lantaran Islamnya mereka itu kerana Islam Baka, Islam Geografi dan seumpamanya , bukannya menjadi Islam kerana benar-benar mencari satu petunjuk yang maha baik dan pengajaran yang paling luhur !.

Dakwah Islam ini juga tidak akan berkembang dengan mudah, andainya ianya hanya disampaikan secara lisan dengan meninggalkan dakwah secara kelakuan dan akhlak yang baik . Kerana itu sangat benarlah pepatah Arab : “ áÓÇä ÇáÍÇá ÃÝÕÍ ãä áÓÇä ÇáãÞÇá “ : Kelakuan itu lebih memberi kesan berbanding dengan kata-kata !.
Tidak syak lagi, ziarah orang sakit dan keluarga si mati yang masih belum Islam , merupakan salah –satu usaha menyebarkan kebaikan dan jasa-bakti dan sekaligus merupakan dakwah kepada golongan bukan Islam !.

Pelajarilah kisah-kisah hidup saudara-saudara kita yang sudah lama memeluk Islam , khasnya kisah hidup Al-Fadhil Yusuf Islam ( Cat Steven ) dan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hussein Yee ( bekas pendakwah PERKIM dan sebagai pengasas Jemaah Al-Khadeem sekarang

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1- FATAWA MU’ASIROH III – Al-Qaradhawie ( ms 576 ).
2- HALAL WAL HARAM FIL ISLAM – Al-Qaradhawie.
3- http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/3039.html
4- KATA-BERJAWAB 1-5 : Almarhum Ustaz A. Qadir Hassan ( ms 806 – 808 ).

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

29 / Rajab / 1423 H
7 / Oktober / 2002 M

Isnin – Bandaraya Kaherah