Al-Syama'il: Bab 13. Cara Rasulullah Memakai Cincin (10 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

13

Cara Rasulullah Memakai Cincin (10 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَخَتَّمُ فِي يَمِينِهِ

96

1. Ali bin Abi Thalib meriwayatkan:

Rasulullah pernah memakai cincin di jari tangan kanan Baginda. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Nasa’i)

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَلْبَسُ خَاتَمَهُ فِي يَمِينِهِ "

97

2. Dari Syarik bin Abdillah bin Abi Namir dengan hadis seumpamanya.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى قَالَ: حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بِلَالٍ، عَنْ شَرِيكِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي نَمِرٍ، نَحْوَهُ

98

3. Hammad bin Salamah berkata:

Aku melihat Ibnu Abi Rafi’ memakai cincin di tan¬gan kanannya. Aku bertanya akan hal itu kepadanya. Beliau menjawab, “Aku melihat Abdullah bin Ja’far memakai cincin di tangan kanannya. Menurut Ab¬dullah bin Ja’far pula, Rasulullah memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasa’i)

عَنْ حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ قَالَ: رَأَيْتُ ابْنَ أَبِي رَافِعٍ، يَتَخَتَّمُ فِي يَمِينِهِ فَسَأَلْتُهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ: رَأَيْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ جَعْفَرٍ يَتَخَتَّمُ فِي يَمِينِهِ، وَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ جَعْفَرٍ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَخَتَّمُ فِي يَمِينِهِ»

99

4. Abdullah bin Ja’far berkata:

Rasulullah memakai cincin di jari tangan kanan Baginda. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَخَتَّمُ فِي يَمِينِهِ»

100

5. Jabir bin Abdullah berkata:

Rasulullah memakai cincin di jari tangan kanan Baginda. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَخَتَّمُ فِي يَمِينِهِ»

101

6. Shalt bin Abdillah berkata:

Ibnu Abbas memakai cincin di jari kanannya. Jika aku bertanya kepadanya, jawapannya pasti berbunyi, “Rasulullah memakai cincin di jari tangan kanannya.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud)

عَنِ الصَّلتِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: كَانَ ابْنُ عَبَّاسٍ، يَتَخَتَّمُ فِي يَمِينِهِ وَلَا إِخَالُهُ إِلَّا قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَخَتَّمُ فِي يَمِينِهِ»

102

7. Ibnu Umar berkata:

Rasulullah membuat cincin daripada perak. Apabila memakainya, Rasulullah menghadapkan batu cincin itu ke telapak tangan Baginda. Terdapat ukiran Mu¬hammad Rasulullah pada cincin itu. Baginda melarang sesiapapun menambah ukiran pada cincin itu. Cincin itulah yang jatuh daripada tangan Mu’aiqib ke dalam perigi Aris. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ، وَجَعَلَ فَصَّهُ مِمَّا يَلِي كَفَّهُ، وَنَقَشَ فِيهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، وَنَهَى أَنْ يَنْقُشَ أَحَدٌ عَلَيْهِ» وَهُوَ الَّذِي سَقَطَ مِنْ مُعَيْقِيبٍ فِي بِئْرِ أَرِيسٍ

103

8. Shadiq bin al-Baqir berkata: Hasan dan Husain memakai cincin di jari tangan kiri mereka. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: «كَانَ الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ يَتَخَتَّمَانِ فِي يَسَارِهِمَا»

104

9.  Anas bin Malik meriwayatkan:

Rasulullah memakai cincin di jari tangan kanan Baginda. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasa’i)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ: «أَنَّهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَخَتَّمُ فِي يَمِينِهِ» وَقَالَ أَبُو عِيسَى: «هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ سَعِيدِ بْنِ أَبِي عَرُوبَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَ هَذَا إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ»

105

10. Nafi’ bin Umar berkata:

Rasulullah membuat cincin daripada emas dan be¬liau memakainya di jari tangan kanan. Lalu, orang ramai pun memakai cincin emas seperti Baginda. Selepas itu, Rasulullah mencabut cincin emasnya dan berkata, “Aku tidak akan memakainya lagi buat selama-lamanya.” Orang ramai turut mencabut cincin emas mereka. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari dan Muslim)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: اتَّخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَاتَمًا مِنْ ذَهَبٍ، فَكَانَ يَلْبَسُهُ فِي يَمِينِهِ، فَاتَّخَذَ النَّاسُ خَوَاتِيمَ مِنْ ذَهَبٍ فَطَرَحَهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ: «لَا أَلْبَسُهُ أَبدًا» فَطَرَحَ النَّاسُ خَوَاتِيمَهُمْ

 

Disediakan oleh: zain y.s (al-ahkam.net 2014)