Al-Syama'il: Bab 53. Usia Rasulullah (7 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

53

Usia Rasulullah (7 Hadis)

بَابُ: مَا جَاءَ فِي سِنِّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

379

1. Ibnu Abbas berkata:

Rasulullah menetap di Mekah selama tiga belas tahun dan wahyu diturunkan kepada Baginda. Baginda menetap di Madinah selama sepuluh tahun. Baginda wafat ketika berusia enam puluh tiga tahun. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: «مَكَثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَكَّةَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ سَنَةً يُوحَى إِلَيْهِ، وَبِالْمَدِينَةِ عَشْرًا، وَتُوُفِّيَ وَهُوَ ابْنُ ثَلَاثٍ وَسِتِّينَ»

380

2. Mu’awiyah bin Abu Sufyan berkata:

Rasulullah wafat ketika berusia enam puluh tiga tahun. Abu Bakar dan Umar juga begitu. Pada tahun ini, aku berusia enam puluh tiga tahun. (Diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmizi)

عَنْ مُعَاوِيَةَ، أَنَّهُ سَمِعَهُ يَخْطُبُ قَالَ: «مَاتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ ابْنُ ثَلَاثٍ وَسِتِّينَ» وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ، وَأَنَا ابْنُ ثَلَاثٍ وَسِتِّينَ

381

3. Aisyah berkata:

Rasulullah wafat ketika Baginda berusia enam puluh tiga tahun. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

عَنْ عَائِشَةَ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَاتَ وَهُوَ ابْنُ ثَلَاثٍ وَسِتِّينَ سَنَةً»

382

4. Ibnu Abbas berkata:

Rasulullah wafat pada usia enam puluh lima tahun. (Diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmizi)

ابْن عَبَّاسٍ يَقُولُ: " تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ ابْنُ خَمْسٍ وَسِتِّينَ

383

5. Daghfal bin Hanzhalah berkata:

Nyawa Rasulullah dicabut ketika Baginda berusia enam puluh lima tahun. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ دَغْفَلِ بْنِ حَنْظَلَةَ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُبِضَ وَهُوَ ابْنُ خَمْسٍ وَسِتِّينَ» قَالَ أَبُو عِيسَى: وَدَغْفَلُ لَا نَعْرِفُ لَهُ سَمَاعًا مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا

384

6. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah bukan seorang yang tinggi dan bukan juga rendah, tidak putih dan tidak juga sawo matang, rambut Baginda ikal dan tidak lurus. Baginda diutus oleh Allah menjadi rasul semasa berusia empat puluh tahun. Baginda menetap di Mekah selama sepuluh tahun dan di Madinah sepuluh tahun. Baginda wafat pada usia enam puluh tahun dan ketika itu, tidak sampai dua puluh helai uban yang terdapat pada rambut dan janggut Baginda. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّهُ سَمِعَهُ يَقُولُ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ بِالطَّوِيلِ الْبَائِنِ، وَلَا بِالْقَصِيرِ، وَلَا بِالْأَبْيَضِ الْأَمْهَقِ، وَلَا بِالْآدَمِ، وَلَا بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ، وَلَا بِالسَّبْطِ، بَعَثَهُ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى رَأْسِ أَرْبَعِينَ سَنَةً، فَأَقَامَ بِمَكَّةَ عَشْرَ سِنِينَ، وَبِالْمَدِينَةِ عَشْرَ سِنِينَ، وَتَوَفَّاهُ اللَّهُ عَلَى رَأْسِ سِتِّينَ سَنَةً وَلَيْسَ فِي رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ عِشْرُونَ شَعْرَةً بَيْضَاءَ»

385

7. Qutaibah bin Said telah menceritakan kepada kami, dari Malik bin Anas, dari Rabiah bin Abi Abd Rahman, dari Anas bin Malik, hadis seumpamanya.

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، نَحْوَهُ

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014