SJ-1730: (F_Solat) Cara bagi salam?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1730: (F_Solat) Cara bagi salam?

Assalamualaikum.
Bagaimana cara memberi salam di dalam solat yang sebenar....menoleh kanan dulu dan membaca Assalamualaikum...waramatuLlah atau baca dulu baru toleh..

2) Adakah ada tempo berhenti sekejap utk bagi salam kedua i.e diam kejap sebelum salam kedua ?
JazakaLlah.

Re: SJ-1730: (F_Solat) Cara bagi salam?

Jawab:

1.
a. Cara madzhab:
Hanbali-Syafi'iy: Ketika lafaz "Assala mu'alaykum" muka masih mengadap kiblat. Kemudian barulah berpaling beransur-ansur hingga habis salam (ke kanan dan ke kiri)
Maliki-Hanafi: Hendaklah mengucapkan lafaz: "Assalam", kemudian barulah berpaling ketika menyebut "'alaykum" hingga habis salam (Fiqh Islami wa Adillatuh)
1. b. Cara tahqeeq: Tidaklah diberat-beratkan oleh syara' atau diajar secara terperinci, boleh saja dilafaz serentak dengan berpaling.
2. Tidak ada tempoh berhenti (spt yg dimaksudkan), melainkan muwalat (diteruskan sebaik saja berpaling ke kanan, boleh diteruskan terus ke kiri pulak) kerana ia dua aktiviti yg perlainan arah: kanan dan kiri. Kita tidak temukan sebarang dalil mengenai perlunya berhentii sekejap.
Allahu a'alam