SJ-2612: VISA Electron & Elak Riba

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2612: VISA Electron & Elak Riba

:salam
Saya mempunyai satu masalah yang mudah-mudahan dapat tuan-tuan tolong selesaikan. Saya bercadang untuk membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional disebabkan :

1. BSN menyediakan perkhidmatan VISA Electron ( Matrix ) yang HANYA boleh digunakan ketika kita semua mempunyai wang simpanan di dalamnya. Atas sebab inilah saya mahu memilihnya demi mengelakkan riba yang akan terjadi jika saya memohon Credit Card drp mana-mana bank selainnya .

2. Dan saya sendiri tahu bhw Bank Islam sekarang ada menawarkan perkhidmatan tersebut, akan tetapi ia di dalam bentuk berhutang sedangkan saya mahu cuba sedaya-upaya mengelak diri drp berhutang .

3. Dan saya juga tahu bhw simpanan di dalam BSN juga akan memberi faedah (interest) bagi akaun saya, akan tetapi bukan itu niat saya untuk membuka akaun di BSN tetapi demi kemudahan sbg mana yg tlh saya nyatakan di butiran 1 dan juga disebabkan BSN sendiri mempunyai begitu banyak cawangannya di dalam negara kita. Lagipun saya sendiri telah berniat jika BSN tetap memberi faedah tersebut, saya akan keluarkan wang hasil faedah itu untuk disalurkan ke mana-mana pihak yg dibenarkan oleh agama kita .
Jadi bagaimanakah hukum sebenarnya menurut Islam bagi orang seperti saya ini ? .
Diharap ustaz-ustaz sekalian dapat memberikan jawapan yang memuaskan yang selari dengan agama Islam. Ribuan terima kasih .

:wassalam

Re: SJ-2612: VISA Electron & Elak Riba

:wassalam
Kenapa pula tidak boleh sedangkan anda tahu bahaya berhutang dan bahaya Kad Kredit dan anda pula tahu bagaimana nak salurkan interest bank. Kad Electron itu dinamakan kad Debit. Lakukan apa yg anda fikirkan paling baik utk anda kerana budaya bebas hutang itu adalah yg sebaiknya. WA