A'kum w.t.w.
Sebenarnya saya adalah abang kepada adik perempuan saya yang menghadapi masalah ini. Apakah cara yang terbaik untuk adik saya menasihati atau memberitahu suaminya tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami? Untuk makluman ustaz, adik ipar saya ini seorang yang panas baran dan ego. Tidak boleh terima cakap orang (nasihat) terutama dari isterinya (adik saya). Adik saya selalu mengadu kepada saya tentang masalah rumahtangganya kepada saya. Saya dianggap sebagai tempat mengadu kerana saya adalah abangnya yg sulong. Perlukah saya masuk campor menegur/menasihat adik ipar saya itu. Sebolehnya saya tak mahu terlibat masuk campor dalam rumahtangga adik saya. Bagaimanapun, saya banyak memberi nasihat dan cara2 utk berbincang dgn suaminya. Tapi nampaknya setakat ini masih tak berjaya. Lebih mendukacitakan saya sekeluarga dan ibubapa saya telah dianggap sebagai musuh oleh adik ipar saya itu. Harap ustaz dapat memberikan tindakan yang patut saya ambil dalam kes ini.
Wassalam
:wassalam
Jawab:
Ini juga salah satu soalan yg dah lama terperap dalam bank soalan. Saya tak tahu kenapa Tok Syaikh Pendekar dah tak berminat nak jawab soalan ini. Saya merasakan soalan ini terlalu common dan sering keluar dalam majalah2 dan ruang soaljawab agama di akhbar.
Road map atau plan damai keluarga yg bermasalah:
Pertama: Analisa punca masalah (Root cause Analysis)
Apabila kita berada di pihak perempuan selalunya kita hanya mendengar lapuran sebelah pihak sahaja. Sebaiknya kita hendaklah menyelidik permasalahan mereka dari sebelah suami pulak.
Kedua: langkah Islah (baikpulih) sang isteri
Panduan dari ayat AQ 4: 128 (Jika seorang wanita khuatir akan sikap nusyuz (zalim) suaminya atau sikap acuh tak acuh dari suaminya, maka bolehlah bagi keduanya mengadakan perdamaian yg sebenar-benarnya...)
Mengikut ahli tafsir: Perdamaian yg sebenar-benar ini bagi pihak isteri:
a. Isteri mengerahkan segala usaha, kecerdasan dan teknik utk mencari punca sikap jelik suami terhadap dirinya dan mempelajari sebab2 terjadinya
b. menasihati suami dengan memperingati apa-apa yg diwajibkan Allah SWT kepadanya
c. sanggup mengurangkan beberapa hak isteri demi tolakansur supaya suami berubah hati, misalnya kesedian mengurangkan belanja nafkah, dsbnya
Tafsir atTabari: 9/268; alJasyasy, Ahkamul Qur:an: 2/283
Jika semuanya gagal, langkah alQur;an seterusnya ialah Tahkim (Perlantikan dua Hakim) bertujuan memperbaiki atau memisahkan terus pasangan ini. Tahkim bermaksud suami-isteri menyerahkan atau mewalikan urusan perdamaian kpd dua lelaki dari kedua-dua belah pihak suami dan isteri (alMughny: 9/107)
dalil: anNisa': 35
Imam asySyafi'iy ra (alUmm: 5/195) pernah terjadi Amir alMukminin Ali ra memerintahkan dua hakim di lantik utk menyelesaikan persengkitaan satu pasangan dan memberi kuasa hakim ini menyiasat, berunding dan membuat keputusan samaada plan damai atau memisahkan pasangan tersebut
Dalil: AQ 2: 229; 4: 130
Maka cubalan roadmap yang sudah disediakan oleh alQur:an itu. WA
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí
***********************
SJ - 2654 : SJ - 2607 (2) - Bagaimana Mencampuri Urusan Rumahtangga Orang Lain ?
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Soal-Jawab di atas adalah lanjutan bagi :
SJ – 2607 : SUAMI PAKSA ISTERI TANGGUNG KOS RUMAH-TANGGA
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=14061
al-Fadhil Ustaz thtl yang dikasihi lagi dihormati ,
Sebenarnya saya telah pun berbual-bual dengan Saudara Pewaris sendiri melalui yahoo messenger , demi lebih memahami masalah yang dihadapi oleh adik kepada Saudara Pewaris .
Di dalam perbualan tersebut , kami telah saling bertukar-tukar pandangan demi kebaikan kedua-dua pihak ( sama ada pihak adik Saudara Pewaris ataupun bagi pihak suaminya = adik ipar Saudara Pewaris ) , dan di akhir perbualan kami , kami berdua telah sama-sama bersetuju agar penyelesaian terakhir di lakukan di mahkamah .
Ini disebabkan kami mendapati adik ipar beliau bukanlah jenis " orang yang makan saman " dan tidak bertanggung-jawab menjalankan amanah sebagai seorang suami .
Lalu , mengapakah pendekar tidak menyajikan jawapan / hasil perbualan itu semula ke Ruangan Soal-Jawab Fiqh ( SJ ) ini agar dapat dikongsi bersama oleh semua sidang pengunjung yang budiman ? . Bukankah cara itu lebih baik memandangkan bukan adik Saudara Pewaris sahaja yang menghadapi masalah sedemikian ? .
Pendekar sengaja tidak menulisnya semula di Ruangan Soal-Jawab Fiqh kerana :
{ 1 } ~ Pendekar sedar bahawa diri pendekar jauh lebih muda dan kurang ilmunya berbanding al-Fadhil Ust thtl . Apatah lagi Ust. thtl sendiri sudah lebih jauh pengalamannya di dalam alam rumah-tangga , dan sudah pula mempunyai 5 orang anak . Dan yang lebih penting lagi , Ust. thtl lebih hebat ilmunya dan pengalamannya ( memandangkan beliau sendiri pernah bertugas sebagai Imam , Khatib dan Jurunikah semasa di USA dahulu ) .
{ 2 } ~ Pendekar juga yakin jika al-Fadhil Ust thtl tiada kelapangan untuk menjawabnya , maka sudah pasti al-Fadhil Tuan Haji Kamin akan " take over " soalan tersebut . Keilmuan dan pengalaman Tuan Haji juga jauh lebih tinggi , khasnya di dalam selok-belok pengajian Islam dan alam rumahtangga berbanding diri pendekar sendiri .
{ 3 } ~ Dan pendekar juga yakin , jika al-Fadhil Tuan Haji Kamin sendiri sibuk dengan tugas besarnya itu , maka at last , Tuan Guru Webmaster al-Ahkam Online sendiri ( Ust . zain ys ) " akan turun ke gelanggang " untuk menolong Saudara Pewaris .
Mudah-mudahan diri pendekar tidak dipersalahkan di atas kelewatan menjawabnya dan mohon maaf daripada Saudara Pewaris sendiri dan sidang pembaca sekalian .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
23 / Rabi'ul Akhir / 1424 H
23 / Jun / 2003 M
SELASA ~ Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum
:wassalam
:necoraman
:bestnyer