SJ – 2682 : ISLAM & GURU YANG CANTIK

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2682 : ISLAM & GURU YANG CANTIK

Ana ada sedikit kemusykilan...

Bgmana Islam memandang... GURU CANTIK TERAMAT SANGAT... cikgu/pelajar yg salah?

WA

Re: SJ – 2682 : ISLAM & GURU YANG CANTIK


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2682 : ISLAM & GURU YANG CANTIK

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Alangkah berbagai rupa dan gaya soalan-soalan daripadamu wahai Saudara VHotenJr ! , namun kami akan cuba juga menjawabnya . Mudah-mudahan ada manfaatnya bersama .

GURU CANTIK …….apakah guru cantik itu ? .

Bagi si lelaki , sudah tentu mengatakan ia adalah guru perempuan , dan kita pun yakin saudara VhoutenJr juga berpandangan begitu .

Cantik , apakah cantik itu ? .
Cantik itu sendiri ada berbagai variasi dan definasinya .

Mungkin ada seseorang yang dianggap cantik sangat oleh kita , akan tetapi bagi orang lain dia hanyalah kelihatan biasa sahaja , dan mungkin pula ada yang mengatakan bahawa si dia itu tidaklah cantik pun . Oleh itu kecantikan itu sendiri berbeza menurut pandangan masing-masing .

Yang menjadi tumpuan utama bagi semua manusia tanpa mengira agama dan bangsa ialah kecantikan muka , kecantikan badan dan kecantikan perangai ( akhlaq ) .

Bagi kita selaku umat Islam , CANTIK itu sendiri dilihat paling utama sekali daripada sudut beragama dan berakhlaq tinggi . Walaupun begitu , tidak dinafikan Islam sendiri tidak menghalang mana-mana manusia yang mahukan pasangan hidupnya dari kalangan mereka yang cantik dan indah dipandang , namun yang paling utama ialah : CANTIK daripada sudut kuatnya dia berpegang dan beramal dengan ajaran Islam dan juga cantik akhlaqnya .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

ISLAM & GURU YANG CANTIK ( CANTIK SANGAT )

~ Islam sentiasa diperlekeh dan dikotak-katikkan oleh pihak musuh . Ini bertujuan agar Islam dipandang anti-wanita . Namun jika dilihat dengan penuh keinsafan dan keadilan , pihak musuh itu sendiri yang paling banyak “ menjual “ dan mengeksploitasi pihak wanita .

~ Kecantikan ( termasuklah kecantikan rupa paras dan badan ) adalah anugerah Allah Ta’ala kepada sebahagian manusia . Oleh itu bukanlah menjadi kesalahan sesiapa ( sama ada murid ataupun cikgu itu sendiri ) apabila wujudnya seorang guru wanita yang cantik .

~ Islam tidak pernah melarang mana-mana wanita daripada dilihat cantik . Namun begitu , ini TIDAKLAH BERMAKNA si wanita boleh berbuat apa sahaja DEMI KELIHATAN CANTIK !!! .

~ Islam juga tidak pernah menegah mana-mana wanita yang cantik ataupun yang sangat cantik agar berkerja , termasuklah bertugas sebagai guru , akan tetapi yang diminta oleh Islam ialah : SETIAP WANITA-WANITA ISLAM ( MUSLIMAT ) ITU SENDIRI HENDAKLAH TUNDUK PATUH KEPADA ETIKA DAN PERATURAN YANG DIKENAKAN KEPADA MEREKA OLEH ALLAH TA’ALA SENDIRI , khasnya di dalam Surah an-Nisa’ , Surah an-Nisa’ as-Sughro ( Surah an-Nur ) dan Surah al-Ahzab .

Tanpa TUNDUK & TAAT kepada ketentuan Ilahi ini , seseorang wanita itu TIDAK BOLEH SAMA-SEKALI KELUAR DARIPADA RUMAHNYA ataupun BERKERJA .

Sila rujuk :

SJ – 2658 : Batas-Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan ( Dari Jepun )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=14366

~ Semua guru ada etika dan adab-adabnya , begitulah juga dengan guru wanita dan lebih-lebih lagi yang cantik lagi menawan .

~ Guru wanita yang cantik ini hendaklah pandai menjaga dirinya , mematuhi adab-adab Islam dan berperangai baik yang sesuai dengan tugasnya sebagai seorang guru dan pendidik .

~ Guru wanita yang cantik , yang ke sekolah dengan memakai pakaian yang sendat , yang terlalu menawan , berjalan pula dengan cara yang bertujuan “ memukau guru “ murid-murid dan juga guru-guru lelaki adalah TIDAK PATUT MENJADI seorang guru . Orang seperti itu ke sekolah bukannya untuk mendidik hati-hati anak bangsa agar menjadi manusia berguna , bahkan lebih ke arah “ merangsang “ dan “ meresahkan “ anak-anak muridnya ( serta guru-guru lelaki itu sendiri ) .

Samalah juga dengan sebahagian murid-murid perempuan yang lebih suka menonjolkan diri mereka sebagai “ model “ , “ artis “ di sekolah-sekolah drp menonjolkan diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang akhlak dan pencapaian akademiknya ! .

~ Kalau ada di kalangan guru wanita yang cantik hingga ke tahap boleh menyebabkan timbulnya gossip , timbulnya kelakuan tidak senonoh terhadapnya ( cubaan murid-murid yang nakal untuk mengoratnya , mengusiknya …dsbgnya ) , maka guru ini WAJIBLAH BERPURDAH ( menurut pendapat minoriti ulama’ yang mewajibkannya ) , ataupun DITUKAR ke sekolah yang lebih baik / lebih terkawal persekitarannya .

Walaupun begitu , sudah tentu bagi guru-guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan TIDAK BOLEH berpurdah ( berniqab ) .

~ Kita amat yakin , jika seseorang guru wanita yang cantik itu pandai mengawal dirinya , taat pula kepada agama Islam , dan mengajar di sekolah yang persekitarannya baik dan terkawal dan dapat pula hidup di dalam suasana masyarakat yang baik , Insya-Allah tiada apa-apa masalah negatif yang akan berlaku kepada guru wanita yang cantik itu .

~ Kes mengenai “ WANITA CANTIK “ ini juga pernah “ PANAS “ di dalam negara kita apabila ada pihak yang cuba menfitnah Kerajaan Negeri Kelantan DN di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz sebagai orang yang melarang dan mengharamkan wanita-wanita cantik daripada berkerja .

Fitnah dah tohmahan itu akhirnya senyap selepas banyak siri-siri penerangan Islam diadakan dan selepas pihak pengfitnah sendiri mendapati di Kelantan DN terdapat ramai wanita cantik rupa-paras dan akhlaq yang masih terus berkerja dan menyara kehidupan .

Begitu juga , akhirnya para pengfitnah ini juga sama-sama mengakui bahawa wanita-wanita yang paling cantik di dalam Malaysia adalah di / dari Kelantan DN .

Mudah-mudahan Saudara VhoutenJr berpuas hati dengan jawapan di atas .

Mudah-mudahan juga si guru dan si pelajar tetap dengan keadaan yang sesuai dengan tugas mereka masing-masing . :doa

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
1 / Jumadi Awwal / 1424 H
1 / Julai / 2003 M

SELASA ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum