Bagaimanakah pengiraan zakat saham. Contohnya, pada 1 ramadhan 1423 H saya telah membeli saham yang bernilai RM 2000/, nilai saham pada 1 ramadhan 1424 H adalah RM 6000/. Saya masih belum menjualnya,hanya berada diBursa saham. Adakah saya dikenakan zakat? Sedangkan saya tak memiliki lagi duit itu. :chef
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
Dr Yusoff Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh-Zakat mendefinasikan saham sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam transaksi2 perdagangan khususnya di Bursa Saham.
. Bagi sijil2 saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Saham atau saham dalam koperasi.
. Saham yand dibeli dari wang sendiri sahaja dikira manakala bahagian yang dibeli melalui pinjaman hendaklah ditolak kerana dikira tidak sempurna milik.
Syarikat yang mengeluarkan zakat perniagaan.
. Saham yang disimpan didalam syarikat yang mengeluarkan zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan lagi.
Saham-saham yang tidak disenaraikan.
. Saham jenis ini tidak mudah ditunaikan. Secara praktisnya, zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima.
Mengira zakat atas saham-saham yang disenaraikan.
. Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahum dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.
. Bagi saham-saham berbentuk pelaburan jangka panjang(melebihi setahun) maka zakat dikira ke atas jumlah lot yang dipegang didarab dengan harga terendah senunit.
Contoh saham yang disimpan selepas setahun:-
20,000 unit saham Syarikat Al-Ahkam 1.50 = 20,000 * RM1.50
= RM30,000 * 2.5%
= RM750.00 (Nisab = RM3,000)
Contoh saham yang dijualbeli sepanjang tahun:-
. Bagi saham-saham yang dijualbeli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya.
[Jualan Saham - Modal = Keuntungan]
RM50,000 - RM 30,000 = RM20,000 (lebih nisab)
= RM20,000 * 2.5%
= RM500.
Sumber dari PPZ (MAIWP) : www.zakat.com.my
Pertanyaan lanjut = (03)2693 6699 Ibu Pejabat Daruzzakah Lorong Haji Hussein 2.
:wassalam
:wassalam
Komentar:
Cantik sangat dah tu jawapan sdr Microscript. Kami endorse jawapan itu. JazakaLlah