SJ – 2712 : APABILA BERTEMBUNGNYA PERMINTAAN IBU-BAPA DENGAN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2712 : APABILA BERTEMBUNGNYA PERMINTAAN IBU-BAPA DENGAN

Assalamualaikum wbt.

1. Saya diberitahu sekian lama bahawa tanggungjawab seorang suami adalah kpd kedua ibu bapa, kemudian kpd isteri. manakala sbg isteri, tanggungjawab utmaa adalah kpd suami, kemudian kpd ibu bapa. Bolehkah disediakan dalil dalil kpd pendapat ni, jika pndpt ini benar.

2. cerita mengenai di zaman rasulullah, isteri tak pegi melawat ayah/ibu yg sakit sebab suami tak ada di rumah. biler mak/ayah meninggal, rasulullah kata dia masuk syurga sebab ketaatan isteri pada suami. sahihkah cerita tersebut?
terima kasih.

Re: SJ – 2712 : APABILA BERTEMBUNGNYA PERMINTAAN IBU-BAPA DE


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2712 : APABILA BERTEMBUNGNYA PERMINTAAN IBU-BAPA DENGAN PERMINTAAN SUAMI / ISTERI

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Wahafiz yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk menjawab soalan di atas .

Sebelum dijawab soalan di atas , maka marilah kita bersama-sama melihat terlebih dahulu kepada butiran-butiran berikut :

1 ~ Perkahwinan bukanlah pemisah di antara seseorang anak dengan ibu-bapanya , sebaliknya ia adalah sebagai pengerat hubungan kekeluargaan dengan hadirnya seorang lagi ahli baru di dalam sesebuah keluarga itu .

2 ~ Sebagai mana seseorang suami wajib memahami perasaan dan kehendak isterinya dan begitulah juga dengan si isteri , maka pasangan suami-isteri ini juga wajiblah memahami bahawa tanggung-jawab mereka terhadap kedua-dua ibu-bapa mereka adalah tetap dituntut , apatah lagi di saat kedua-dua ibu-bapa semakin tua .

3 ~ Ada di kalangan ibu-bapa yang menyangka bahawa si menantu telah merampas kasih-sayang yang pernah dicurahkan kepada mereka oleh anak kandung mereka . Ini adalah satu perasaan yang silap dan menyumbang ke arah konflik rumah-tangga . Punca utamanya ialah : Lemahnya Iman akibat kejahilan dan bisikan syaitan terkutuk .

4 ~ Ketaatan kepada Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w adalah ketaatan secara total tanpa berbelah bagi , manakala ketaatan kepada selain Allah Ta’ala dan Baginda s.a.w adalah BERSYARAT iaitu selagi tidak bercanggah dengan firman Allah Ta’ala dan sabda Baginda s.a.w .

5 ~ Ketaatan si isteri kepada kedua ibu-bapanya TIDAKLAH MENAFIKAN kewajipannya juga untuk taat kepada suaminya .

Berbalik kita kepada masalah yang dikemukakan di atas oleh Saudara Wahafiz :

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

{ 1 } ~ Tidak ada satu panduan khusus ~ sekadar apa yang kami ketahui daripada sumber-sumber yang sahih mengenai Islam ~ mengenai suami lebih wajib mentaati ibu-bapanya daripada mendengar permintaan si isteri . Begitu juga dengan si isteri lebih wajib mendahulukan permintaan suaminya daripada kedua ibu-bapanya .

Memang TIDAK DAPAT DINAFIKAN si suami tetap wajib menjaga perasaan kedua orang ibu-bapanya dan begitulah juga dengan si isteri .

TIDAK DAPAT JUGA DINAFIKAN bahawa si isteri juga kadang-kadang lebih perlu mengutamakan suaminya daripada kedua ibu-bapanya ( isteri ) , lebih-lebih lagi apabila si isteri tinggal dengan suaminya berjauhan daripada kedua orang ibu-bapanya .

Namun yang paling penting sekali diketahui ialah : “ Apabila bertembungnya kedua-dua permintaan daripada suami / isteri dengan permintaan ibu-bapa , yang mana satukah lebih patut diutamakan ? “ .

Di sinilah seseorang Islam itu perlu menjadi manusia yang cerdik dan matang .

Apabila ibu-bapa memohon si suami / si isteri berbuat sesuatu dan bertembung pula dengan permintaan dan hajat salah-seorang drp kedua-dua pasangan itu , apakah yang perlu dilakukan oleh setiap pasangan itu ? .

Jawapannya : Perlulah digunakan FIQH al-MUWAZANAT ( Kefahaman Mengenai Pertimbangan ) , iaitu :

A ~ Di antara kedua-dua permintaan itu , yang mana satukah LEBIH SESUAI dengan tuntutan al-Quranul Karim dan as-Sunnah ? .

B ~ Kemudian , ditimbang pula , di antara kedua-dua permintaan itu yang mana satukah lebih ringan risikonya apabila tidak dilaksanakan .

Biasanya si ibu-bapa akan LEBIH MUDAH MEMAHAMI apakah sebab si anak tidak dapat menunaikan permintaan mereka . Ini disebabkan sebagai mana yang kami jelaskan di permulaan tadi , hubungan di antara ibu-bapa dengan anak-anak mereka ialah hubungan asal yang berteraskan kepada hubungan darah . Amat jarang si ibu-bapa membesarkan dan menanggung anak-anak mereka agar anak-anak itu di kemudian hari akan memberi balasan dan ganjaran yang setimpal dengan apa yang telah dicurahkan .

Adapun hubungan suami – isteri pula tidaklah begitu . Si suami apabila memberikan sesuatu kepada si isteri , maka dia sebenarnya masih mengharapkan imbalan seperti kasih-sayang , layanan mesra dan sebagainya . Begitulah juga dengan si isteri yang tentu mahukan sesuatu apabila berjaya melaksanakan tugasnya sebagai seorang isteri yang baik .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

{ 2 } ~ Mengenai kisah tersebut , kami juga biasa mendengarnya . Dan pernah juga kami mendengar sendiri kisah tersebut daripada seorang ustaz ( yang kini bergelar YB Datuk ) .

Namun kami tidak pernah menemui kisah tersebut ~ sekadar ilmu-pengetahuan kami yang sedikit ~ di dalam sumber-sumber rujukan Islam yang sahih lagi muktamad .

Apatah lagi kisah tersebut sebenarnya BERCANGGAH dengan ajaran Islam yang melarang seseorang anak itu memutuskan hubungan silatur rahim dengan kedua ibu-bapanya , walaupun selepas bergelar seorang isteri .

Apakah ada lagi bentuk paling terburuk putusnya silatur-rahim di antara seseorang anak dengan ibu-bapanya jika dia tidak menziarahi kedua ibu-bapanya , lebih-lebih lagi di dalam keadaan sakit yang tenat !?? .

Kisah di atas , walaupun tidak dinyatakan sanadnya ( silsilahnya ) , namun matannya ( teks ) nya sudah menggambarkan bahawa kisah tersebut adalah salah-satu di antara HADIS-HADIS PALSU yang menyerang pemikiran umat Islam ( hatta sebahagian para pendakwah sendiri ) .

Mengapakah ia dianggap palsu oleh kami ? .

Kerana ia sendiri JELAS BERTENTANGAN dengan hadis-hadis sahih yang mewajibkan setiap anak melakukan kebaikan kepada kedua ibu-bapa mereka dan tidak memutuskan hubungan silatur rahim dengan ibu-bapa mereka ! .

Cukuplah dengan sebuah hadis yang sahih yang menyatakan sabda Baginda Rasulullah s.a.w terhadap anak yang sedemikian rupa :


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÑóÛöãó ÃóäúÝõ Ëõãøó ÑóÛöãó ÃóäúÝõ Ëõãøó ÑóÛöãó ÃóäúÝõ Þöíáó ãóäú íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóå ÞóÇáó ãóäú ÃóÏúÑóßó ÃóÈóæóíúåö ÚöäúÏó ÇáúßöÈóÑö ÃóÍóÏóåõãóÇ Ãóæú ßöáóíúåöãóÇ Ýóáóãú íóÏúÎõáö ÇáúÌóäøóÉó

Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Comotlah hidungnya , comotlah hidungnya , comotlah hidungnya “ . Kemudian Baginda s.a.w ditanya oleh seseorang : “ Siapakah yang comot hidungnya itu wahai utusan Allah ? “ . Jawab Baginda s.a.w : “ Iaitu sesiapa sahaja yang salah-seorang ataupun kedua-dua ibu-bapanya mencapai usia tua , akan tetapi si dia ( anak ) itu tidak pula masuk syurga “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh di dalam Kitab al-Bir was silah .

PENJELASAN HADIS DI ATAS :

(( “ Comotlah hidungnya “ )) ~ Satu kata-kata simbolik bagi bangsa Arab yang bermakna : “ Celakalah “ ataupun “ Rugilah “ . Sebahagian ulama’ rh memahami perkataan ini sebagai satu doa daripada Baginda Rasulullah s.a.w terhadap setiap anak yang derhaka , iaitu anak yang tidak berbuat kebajikan kepada kedua ibu-bapanya , khasnya di saat kedua ibu-bapa itu sangat-sangat berhajat kepadanya .

(( “ Akan tetapi si dia ~ anak ~ itu tidak masuk syurga “ )) ~ Iaitu disebabkan si anak itu tidak menolong kedua-dua orang-tuanya , lebih-lebih lagi di saat mereka berdua sudah tua , sudah lemah , sakit dan seumpamanya , maka si anak itu tidak layak masuk syurga . Maka celakalah , rugi besarlah bagi anak yang seperti ini .

Wa Na’uzubilLahi Min Dzalik ( Kita berlindung dengan Allah Ta’ala daripada terjadinya demikian itu ) .

al-‘allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ha ( Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar ) telah menyatakan mengenai hal seperti ini di dalam fatwanya yang terkenal : FATAWA WAL AHKAM LIL MAR AH al-MUSLIMAH ( Beberapa Fatwa Dan Hukum-Hakam Bagi Wanita Islam ) , bahawa si suami tidak boleh sama sekali melarang isterinya daripada menziarahi kedua ibu-bapanya , apatah lagi jika ziarah tersebut hanya dilakukan di dalam keadaan kadang-kadang ( seperti seminggu sekali ) .

Walaupun begitu , si isteri juga hendaklah berfikiran cerdik dan mengerti bahawa bersilatur-rahim dengan kedua ibu-bapa TIDAKLAH SEMESTINYA dengan menziarahi mereka dan meninggalkan rumah-tangga , bahkan boleh juga dengan menggunakan perantaraan telefon ( misalnya ) .

Lainlah apabila kedua ibu-bapa itu di dalam keadaan genting dan mencemaskan yang tidak dapat tidak , ziarahnya si anak adalah satu-satu jalan dan “ penawar “ kepada mereka berdua .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ AHADIST al-BIR WAS SILAH WAL ADAB
Oleh : Al-'Allamah Dr. al-Khidr al-Jawhari ha
{ Pensyarah al-Azhar Cawangan Bandar el-Mansoorah }
Halaman : 5 – 18
Terbitan : Maktabah Shoushah Llil Kambiuter , asy-Syu’araak – Dimyat

2 – FATAWA WAL AHKAM LIL MAR AH al-MUSLIMAH
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ha
Halaman : 168 { }
Terbitan : Maktabah Wahbah , Kaherah

3 – Penerangan Lisan Daripada Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi ha
MA Ilmu Hadist ~ al-Azhar


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
9 / Jumadi Awwal / 1424 H
9 / Julai / 2003 M

RABU ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum