SJ – 2741 : MEMBAKAR al-QURAN , PROBLEM PUASA, ZIKIR DALAM H

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2741 : MEMBAKAR al-QURAN , PROBLEM PUASA, ZIKIR DALAM H

Assalamualaikum wbt...

Saya ada beberapa soalan berkaitan agama. Tolong berikan jawapan berpandukan Al-Quran & Al-Hadis atau yg sewaktu dengannya.

1. Apa yg perlu dilakukan dengan cebisan / Al-Quran yg
telah uzur ( lama )? Apa hukumnya jika terbuang / dibakar?

2. Ketika berpuasa, kita dilarang memasukkan sesuatu di dalam rongga
anggota tubuh. Tetapi, apabila kita bercakap atau membaca
( perkara yg baik spt membaca di dalam solat, Al-Quran /
berwirid )pastinya air liur akan terhasil. Apakah kita perlu
sentiasa meludah dan menyediakan satu bekas khas untuk berludah
walaupun ianya mendatangkan ketidakselesaan pada diri & org lain.
Apa hukumnya jika telan air liur yg bukan disengajakan / dibuat-
buat (kerana sudah biasa).

3. Apa pula hukumnya ketika berwuduk iaitu berkumur & memasukkan air
ke lubang hidung? Ini adalah anggota yg disunatkan.
Sekiranya ia adalah kebiasaan kita, apakah kita perlu
meninggalkannya ketika berpuasa?

4. Apa hukumnya jika kita membaca sebarang surah Al-Quran /
berzikir / Asmaul-Husna dll iaitu baca di dalam hati walau di
mana sahaja kita berada termasuk tandas? Kerana ada ketika kita
tidak biasa disuatu tempat dan ingin memohon kekuatan dariNya.

5. Apa hukumnya jika kita dipaksa menipu walaupun ia bukan kehendak
hati kita ( dalam keadaan tiada pilihan )?

6. Kita mengetahui orang itu membawa banyak keburukan pada kita spt
dia telah / pernah membuat fitnah/menyihir/mengumpat kita. Apa
hukumnya jika kita tidak bertegur sapa dengannya tetapi hanya
senyum untuk mengelakkan sebarang perkara yg tidak diingini
walaupun bukan niat kita untuk memutuskan silaturrahim sesama
insan?

7. Setiap perkara yg kita lakukan bergantung pada niat. Apa hukumnya
jika kita bersolek & memakai wangian ( bagi perempuan ) bukan
untuk menarik perhatian sesiapa tetapi untuk mengelakkan daripada
fitnah / umpat manusia?

***Tolong balaskan jawapan di atas pada email
[email]cahayaketaqwaan@yahoo.com[/email]

Segala jasa baik tuan / puan amatlah dihargai & diakhiri dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Wassalam...

Re: SJ – 2741 : MEMBAKAR al-QURAN , PROBLEM PUASA, ZIKIR DAL


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2741 : MEMBAKAR al-QURAN , PROBLEM PUASA, ZIKIR DALAM HATI , MENIPU KERANA TERPAKSA , MEMAAFKAN ORANG JAHAT & WANITA BERSOLEK

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara/i cahayaketaqwaan yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk menjawab soalan-soalan di atas .

Maafkan kami di atas kelewatan memproses soalan – soalan tersebut .

Sebelum kami menjawab soalan-soalan yang dikemukakan itu , maka kami amat-amat berharap daripada semua pengunjung AGAR TIDAK BERTANYA BERBAGAI –BAGAI SOALAN AGAMA di dalam kiriman ( posting ) yang sama .

Ertinya KAMI SANGAT-SANGAT TIDAK MENGGALAKKAN di dalam satu soalan yang dikirim itu ada berbagai topik , ada topik Aqidah , ada topik Sembahyang , ada topik Tajwid dan sebagainya .

[="green"] Kalau mahu bertanya berbagai soalan , sila kirimkannya di dalam posting ( kiriman ) yang berasingan . Contohnya kiriman 1 berisi soalan mengenai hukum menyentuh wanita , adakah membatalkan wudhuk ? . Kiriman ke-2 pula berisi soalan mengenai apakah boleh seseorang itu menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada umat Islam yang telah meninggal dunia . Kiriman ke-3 pula berisi soalan mengenai apakah perbezaan di antara ulama’ dengan umara’ ? . Kiriman ke-4 pula berisi soalan apakah hukumnya meletakkan Mushaf al-Quranul Karim di atas televisyen . Kiriman ke-5 pula berisi soalan mengenai hukum menyertai saham komoditi ? . Kiriman ke-6 pula berisi soalan siapakah dia Imam al-Alusi rh . Kiriman ke-7 pula berisi soalan mengenai hukum berbai’ah ( berjanji-setia ) dengan seorang guru Tareqat Tasawuf ….. dan begitulah seterusnya . [/]

Mengapakah kami SANGAT-SANGAT TIDAK MENGGALAKKAN dikirim berbagai soalan ( rampai ) di dalam satu kiriman ??? .

Ini demi memudahkan saudara-saudari sendiri apabila mahu merujuk sesuatu masalah / sesuatu bab dengan menggunakan SEARCH ENGINE .

Mudah-mudahan perkara ini diambil perhatian dengan begitu serius oleh saudara-saudari semua .

Harap Maklum .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Kembali kita ke soalan-soalan yang ditanya mengikut tertibnya ( susunannya ) :

SOALAN PERTAMA ( 1 ) :

Quote:
1. Apa yg perlu dilakukan dengan cebisan / Al-Quran yg telah uzur ( lama )? Apa hukumnya jika terbuang / dibakar?

JAWAPANNYA :

TIDAK MENGAPA dibakar mushaf ( naskah ) al-Quranul Karim yang sudah lama , ataupun yang sudah terkoyak , asalkan NIAT melakukannya ialah untuk mengelakkan mushaf lama itu dilakukan secara tidak sewajarnya ( terjatuh ke tanah lalu dipijak dan sebagainya ) .

Khalifah ar-Rasyidin ke-3 , Saidina ‘Utsman Bin al-‘Affan rh sendiri pernah membakar beberapa mushaf al-Quranul Karim dan hal itu tidak pernah pun ditentang oleh mana-mana dari kalangan para sahabat r.a . Maka ini sendiri adalah dalil yang kukuh berdasarkan Ijmak Para Sahabat r.a .

Ada sebahagian ulama’ yang berpendapat bahawa membakar mushaf al-Quranul Karim adalah makruh hukumnya dan ada pula yang lebih suka jika sesuatu mushaf lama al-Quranul Karim itu dipadamkan tulisannya dengan air . Dan sebahagian ulama’ rh lagi berpendapat cara sebaliknya adalah lebih baik .

Walaupun begitu , yang paling penting ialah MENJAGA NIAT iaitu untuk mengelakkan berlaku sebarang perbuatan yang boleh mencemar kemuliaan al-Quranul Karim dan juga memahami bahawa Islam itu suka kepada perkara yang mudah dan senang .

Pilihlah cara yang paling senang untuk menyelamatkan mushaf al-Quranul Karim . Sama ada mahu membakarnya , ataupun mahu menghancurkannya , ataupun mahu menanamnya , ataupun mahu menghanyutkannya , ataupun dibuang setalah memastikan ia sudah tidak lagi berbantuk sebuah mushaf al-Quranul Karim ataupun apa sahaja cara , asalkan ia tidak menyebabkan mushaf itu terhina ataupun dilakukan secara tidak sepatutnya .

Sesungguhnya setiap amalan itu adalah bergantung kepada niatnya .

SUMBER RUJUKAN :

~ AL-ITQAN FI ‘ULUMIL QURAN ( Jilid 2 , Halaman 172 )
Oleh : al-Imam al-Hafiz Jalaluddin as-Suyuthi rh .

~ AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM ( Jilid 2 , Bahagian ke-7 , Halaman : 197 – 198 )
Oleh : al-‘Allamah Syeikh ‘Atiyyah Saqr ha ( Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar ) .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

SOALAN KEDUA ( 2 ) :

Quote:
2. Ketika berpuasa, kita dilarang memasukkan sesuatu di dalam rongga anggota tubuh. Tetapi, apabila kita bercakap atau membaca ( perkara yg baik spt membaca di dalam solat, Al-Quran / berwirid )pastinya air liur akan terhasil. Apakah kita perlu sentiasa meludah dan menyediakan satu bekas khas untuk berludah walaupun ianya mendatangkan ketidakselesaan pada diri & org lain. Apa hukumnya jika telan air liur yg bukan disengajakan / dibuat- buat (kerana sudah biasa).

JAWAPANNYA :

Agama Islam adalah agama fitrah , iaitu agama yang sangat sesuai dengan akal yang waras dan kemajuan ilmu yang dicapai oleh manusia . Selain itu di antara ciri-ciri keagungan Islam itu sendiri ialah ia adalah agama yang bersifat ‘ RABBANI “ ( berasal daripada wahyu Allah Ta’ala ) dan ia meraikan ( memelihara dan memahami ) masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia , sehari demi sehari .

Air liur yang terhasil disebabkan kita bercakap , membaca al-Quranul Karim dan sebagainya adalah SATU PERKARA YANG DILUAR KAWALAN KITA . Ianya terhasil secara fitrah oleh Allah Ta’ala .

Oleh kerana itu , maka menelan air liur tersebut , TIDAKLAH MEMBATALKAN PUASA . Dan amatlah tidak logik dengan keperibadian Islam itu sendiri jika dilarang kita daripada menelan air liur ketika berpuasa sedangkan air liur itu sendiri adalah satu tanda hidupnya seseorang sebagai mana seseorang itu bernafas .

Kalau mahu dibuang juga air liur yang terhasil itu , maka tidaklah mengapa . Apatah lagi jika sampai penuh mulut dengan air liur lalu menyebabkan kesukaran kita bercakap atupun membaca al-Quranul Karim .

Dan tidak perlulah kita mencari-cari satu bekas yang khusus untuk membuang air liur tersebut .

Agama Islam ini diturunkan untuk memudahkan tatacara hidup dan ibadah kita , maka mengapakah pula kita mencari-cari jalan dan cara yang menyusahkan diri sendiri !? .

Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Baqarah , ayat 185 ( ayat puasa ) :


íõÑöíÏõ Çááøåõ Èößõãõ ÇáúíõÓúÑó æóáÇó íõÑöíÏõ Èößõãõ ÇáúÚõÓúÑó

Ertinya : “ Allah berkehendakkan kesenangan bagi kamu dan tidak pula Dia mahu kamu berasa susah “

Kalau ada orang yang mengatakan bahawa menelan air liur itu boleh membatalkan puasa , maka mintalah keterangan ( dalil-dalil ) daripadanya .

Agama ini adalah hak Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w , maka janganlah sesiapa berani-berani bercakap mengenainya melainkan dengan bukti yang terang daripada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w ! . :non

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

SOALAN KETIGA ( 3 ) :

Quote:
3. Apa pula hukumnya ketika berwuduk iaitu berkumur & memasukkan air ke lubang hidung? Ini adalah anggota yg disunatkan. Sekiranya ia adalah kebiasaan kita, apakah kita perlu meninggalkannya ketika berpuasa ?

JAWAPANNYA :

Di antara tatacara Baginda Rasulullah s.a.w berwudhuk ialah dengan cara berkumur-kumur lalu memasukkan air ke dalam hidungnya . Dan perbuatan ini dianggap sebagai SUNAT hukumnya oleh para cendiawan Fiqh ( Fuqaha’ ) rh .

Saudara-saudari budiman semua boleh mendapatkan informasi mengenai tatacara ibadat yang dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w di dalam RUANGAN KHAS yang telah disediakan di web al-Ahkam Online ini , iaitu di :

TERJEMAHAN KITAB FIQHUS SUNNAH :
http://al-ahkam.com.my/forum/postlist.php?Cat=&Board=feqhsunnah&page=0&view=collapsed&sb=2&o=

SUNAT-SUNAT WUDHUK ( DARIPADA KITAB FIQHUS SUNNAH ) :
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=feqhsunnah&Number=11441

RINGKASAN SIFAT SOLAT BAGINDA RASULULLAH S.A.W :
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647

Lantaran itu , TIDAKLAH MENJADI MASALAH dan TIDAKLAH MEMBATALKAN PUASA seseorang yang berpuasa itu apabila dia memasukkan air ke dalam hidungnya .

Walaupun begitu , perlulah kita ketahui bahawa para ulama’ daripada mazhab Maliki , Syafi’e dan Hanbali menyatakan bahawa KETERLALUAN DI DALAM MELAKUKAN PERBUATAN BERKUMUR-KUMUR ATAUPUN MENGHIRUP AIR KE HIDUNG ADALAH MAKRUH WALAUPUN ITU TIDAKLAH MENYEBABKAN TERBATALNYA PUASA SESEORANG .

Dihukumkan sebagai MAKRUH perbuatan tersebut kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan air wudhuk itu masuk ke dalam rongga-rongga seseorang yang berpuasa itu .

SUMBER RUJUKAN :

~ al-FIQHUL ISLAMIY WA ADILLATUH : ( Jilid 3 , Halaman 1690 – 1694 )
Oleh : al-‘Allamah Prof . Dr. Wahbah az-Zuhaily ha
{ Ketua Jabatan Fiqh dan Perbandingan Mazhab , Universiti Damsyiq , Syiria } .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

SOALAN KEEMPAT ( 4 ) :

Quote:
4. Apa hukumnya jika kita membaca sebarang surah Al-Quran / berzikir / Asmaul-Husna dll iaitu baca di dalam hati walau di mana sahaja kita berada termasuk tandas? Kerana ada ketika kita tidak biasa disuatu tempat dan ingin memohon kekuatan dariNya.

JAWAPANNYA :

TIDAKLAH MENGAPA membaca sebarang ayat-ayat suci ataupun berzikir di dalam HATI ( bukannya melalui lisan ) di tempat-tempat yang dilarang kita membacanya di mulut ( contohnya di tandas ) .

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri adalah seorang manusia yang tidak pernah putus hubungannya dan perasaannya dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan di samping itu Baginda s.a.w sendiri adalah seorang manusia yang berhajat juga untuk masuk ke dalam tandas .

Daripada situ , dapatlah kita fahami , bahawa apabila kita tidak boleh / tidak terdaya berzikir ( mengingati ) Allah Ta’ala dengan lidah ( lisan ) , maka hendaklah kita mengingati Allah Ta’ala dengan hati .

Perintah mengingati Allah Ta’ala ( dan termasuk juga mengingati segala arahan dan larangan-Nya ) adalah berdasarkan firman-Nya di dalam Surah al-Jum’ah , ayat 10 :


æóÇÐúßõÑõæÇ Çááøóåó ßóËöíÑðÇ áøóÚóáøóßõãú ÊõÝúáöÍõæäó

Ertinya : “ Dan banyak-banyaklah mengingati Allah agar kamu semua mencapai kejayaan “

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

SOALAN KELIMA ( 5 ) :

Quote:
5. Apa hukumnya jika kita dipaksa menipu walaupun ia bukan kehendak hati kita ( dalam keadaan tiada pilihan ) ?

JAWAPANNYA :

Allah Ta’ala berfirman di dalam ayat 286 , Surah al-Baqarah :


áÇó íõßóáøöÝõ Çááøåõ äóÝúÓðÇ ÅöáÇøó æõÓúÚóåóÇ

Ertinya : “ Tidaklah Allah memberatkan seseorang itu melainkan apa yang mampu dilakukan olehnya “

Allah Ta’ala berfirman pula di dalam ayat ke-78 , Surah al-Haj :


æóãóÇ ÌóÚóáó Úóáóíúßõãú Ýöí ÇáÏøöíäö ãöäú ÍóÑóÌò

Ertinya : “ Dan Dia sekali-kali tidak pernah menjadikan bagi kamu di dalam agama ini satu kesempitan “ .

Allah Ta’ala berfirman lagi di dalam ayat ke-3 , Surah al-Ma-idah :


Ýóãóäö ÇÖúØõÑøó Ýöí ãóÎúãóÕóÉò ÛóíúÑó ãõÊóÌóÇäöÝò áøöÅöËúãò ÝóÅöäøó Çááøåó ÛóÝõæÑñ ÑøóÍöíãñ

Ertinya : “ ….melainkan orang yang terpaksa pada waktu kelaparan sedangkan dia bukanlah sengaja mahu melakukan dosa , maka sesungguhnya Allah itu Amat Pengampun Lagi Amat Penyayang “ .

Daripada ketiga-tiga ayat di atas dan juga ayat-ayat dan hadis-hadis selainnya , muncullah beberapa kaedah Fiqh yang menyentuh perihal kita apabila berada di dalam situasi “ SUKAR “ ( al-Masyaqqah ) dan “ TERPAKSA “ ( Dharurat ) , di antaranya :


ÇáãÔøÞÉ ÊÌáÈ ÇáÊíÓíÑ

Ertinya : “ Kesukaran itu dapat menarik kemudahan “ .


ÇáÖÑæÑÇÊ ÊÈíÍ ÇáãÍÙæÑÇÊ

Ertinya : “ Beberapa situasi terpaksa membenarkan dilakukan larangan-larangan “ .

Oleh itu , jika sudah terpaksa MENIPU , sedangkan tiada lagi cara lain untuk mengelakkan kita daripada bahaya , maka tidaklah mengapa .

Namun hendaklah berhati-hati , janganlah sampai LESEN ( Rukhsah ) yang diberikan di dalam keadaan susah dan dharurat ini digunakan sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan banyak pula dilakukan pelanggaran terhadap ajaran-ajaran Islam !!! . :non

Menipu sekadar untuk mengelakkan bahaya itu tidaklah mengapa . Yang berdosa ialah terus menipu sehingga “ meleret-leret “ ! .

SUMBER RUJUKAN :

~ al-QAWA’ID al-FIQHIYYAH ( Halaman 308 )
Oleh : al-‘Allamah Syeikh ‘Ali Ahmad an-Nadwi ha
Terbitan : Darul Qalam , Damsyiq , Syiria

~ KAEDAH-KAEDAH HUKUM ISLAM MAZHAB SHAFI’I ( Halaman 165 – seterusnya )
Oleh : al-Imam al-Hafiz Jalaluddin as-Suyuthi rh
Terbitan : Penerbitan Darul Iman , Batu Caves , Selangort D.E ( 1999 )

~ HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM ( Halaman : 63 – seterusnya , Fasal ke-11 )
Oleh : al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ha
Terbitan : PT Bina Ilmu , Surabaya , Indonesia

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

SOALAN KEENAM ( 6 ) :

Quote:
6. Kita mengetahui orang itu membawa banyak keburukan pada kita spt dia telah / pernah membuat fitnah/menyihir/mengumpat kita. Apa hukumnya jika kita tidak bertegur sapa dengannya tetapi hanya senyum untuk mengelakkan sebarang perkara yg tidak diingini walaupun bukan niat kita untuk memutuskan silaturrahim sesama insan?

JAWAPANNYA :

Kalau kita mahu marah terhadap orang yang pernah menyakiti kita , maka itu adalah hak kita . Lagipun mana ada orang yang tidak berasa marah apabila ada orang lain menyakiti ataupun memfitnah dirinya .

Namun , YANG TERLEBIH BAIK ialah memaafkan si dia dan mendoakan agar dia kembali ke pangkal jalan dan menjadi manusia yang berguna bagi agama , bangsa dan negara .

Bukankah Allah Ta’ala telah mengajar kita melalui firman-firman-Nya di dalam al-Quranul Karim :


ÎõÐö ÇáúÚóÝúæó æóÃúãõÑú ÈöÇáúÚõÑúÝö æóÃóÚúÑöÖú Úóäö ÇáúÌóÇåöáöíäó

Ertinya : “ Maafkanlah dan lakukanlah amal makruf dan berpalinglah daripada golongan yang bodoh “ ~ Ayat 199 , Surah al-A’araf .


æóÃóä ÊóÚúÝõæÇú ÃóÞúÑóÈõ áöáÊøóÞúæóì

Ertinya : “ Dan perbuatan kamu memberi maaf itu lebih dekat dengan ketaqwaan “ ~ Ayat 237 , Surah al-Baqarah .

Bukankah di dalam Hadist-Hadis dan Sirah Nabawiyah sendiri menyatakan betapa pemaafnya dan berlapang dadanya Baginda Rasulullah s.a.w !? .

Bukankah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri tidak membalas dendam kepada seorang Yahudi yang selalu menyakiti Baginda s.a.w ? .

Bukankah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah memaafkan seorang musyrikin yang mahu membunuhnya ? .

Kalau sesama orang-orang bukan Islam yang memusuhi Islam , Baginda Rasulullah s.a.w pernah memberi maaf , maka betapa pula dengan sesama kita umat Islam yang masih lagi mengucap dua kalimah syahadah !? .

Sesungguhnya amat benarlah firman Allah Ta’ala :


áóÞóÏú ßóÇäó áóßõãú Ýöíåöãú ÃõÓúæóÉñ ÍóÓóäóÉñ áöãóä ßóÇäó íóÑúÌõæ Çááøóåó æóÇáúíóæúãó ÇáúÂÎöÑó æóãóä íóÊóæóáøó ÝóÅöäøó Çááøóåó åõæó ÇáúÛóäöíøõ ÇáúÍóãöíÏõ

Ertinya : “ Demi sesungguhnya pada diri Baginda Rasulullah itu ada contoh teladan yang amat baik , iaitu bagi orang yang mengharapkan Allah dan Hari Akhirat . Dan barangsiapa yang menjadikan Allah sebagai pemimpinnya , maka sesungguhnya Allah itu benar-benar Maha Kaya Lagi Maha Terpuji “ ~ ayat 6 , Surah al-Mumtahanah .

Perhatikanlah apakah kelebihan saling memberi maaf kepada sesama manusia :


ÚóÓóì Çááøóåõ Ãóä íóÌúÚóáó Èóíúäóßõãú æóÈóíúäó ÇáøóÐöíäó ÚóÇÏóíúÊõã ãøöäúåõã ãøóæóÏøóÉ
ð

Ertinya : “ Moga-moga Allah menjadikan di antara kamu dan golongan yang memusuhi kamu daripada kalangan mereka itu perasaan kasih-sayang “ ~ Ayat ke-7 , Surah al-Mumtahanah

SUMBER RUJUKAN :

~ MAU’IDZOTUL MUKMININ MIN IHYA’ ULUMIDDIN ( Halaman : 238 , 325 - 326 & 411 – 412 )
Oleh : al-Imam Muhammad Jamaluddin al-Qasimi ad-Dimasyqi rh
Terbitan : Dar Ibn Rajb , el-Mansoorah & Fariskor , Dimyat

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

SOALAN KETUJUH ( 7 ) :

Quote:
7. Setiap perkara yg kita lakukan bergantung pada niat. Apa hukumnya jika kita bersolek & memakai wangian ( bagi perempuan ) bukan untuk menarik perhatian sesiapa tetapi untuk mengelakkan daripada fitnah / umpat manusia?

JAWAPANNYA :

Masalah ini adalah masalah yang berkaitan dengan bersolek-solek dan keluar rumah dengan pakaian yang boleh menarik perhatian kaum Adam . Perbuatan ini dinamakan sebagai “ TABARRUJ “ .

Memakai gincu secara sekadarnya ( kerana bibir kering misalnya ) adalah dibenarkan , asalkan ia bertujuan untuk menjaga kesihatan dan bukannya sampai nampak bibir itu menawan dan seksi ( merah sangat mak ngah oiii ! ) .

Adapun memakai minyak wangi / perfume / deodorant / cologne HANYA untuk menghilangkan bau keringat di badan , maka ianya dibenarkan ASALKAN JANGAN SAMPAI orang lain pula terbau kewangian minyak wangi / perfume itu .

Perkara ini sudah kerap kali kami bahaskan . Maka tidaklah perlu kami membahaskannya dengan panjang-lebar di sini .

SILA RUJUK :

SOAL 5 ~ TABARRUJ :
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6241

SJ - 1226 : TABARRUJ LAGI
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5595

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
19 / Jumadi Awwal / 1424 H
19 / Julai / 2003 M

SABTU ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum