Assalamualaikum WarahmatulLah,
Apakah boleh dimakan ikan KELI dan seumpamanya, kerana ikan tersebut memakan Najis - seperti kebanyakkan kata orang, dan digerai2 pun ikan2 ini banyak juga diniagakan ?
Sekian
Sumber Rujukan Islam Anda..
Assalamualaikum WarahmatulLah,
Apakah boleh dimakan ikan KELI dan seumpamanya, kerana ikan tersebut memakan Najis - seperti kebanyakkan kata orang, dan digerai2 pun ikan2 ini banyak juga diniagakan ?
Sekian
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :
Makan, minuman, berpakaian, berurusan jual-beli dan segala jenis keperluan dan aturan hidup dinamakan sebagai “ Urusan Keduniaan “. Maka, di dalam Islam, asal-usul hukum bagi setiap perkara keduniaan ini ialah HARUS / MUBAH sehingga adanya dalil yang kuat daripada ketentuan agama yang boleh mengubah hukum asalnya ( Harus ) itu kepada hukum selainnya.
Ertinya pada asalnya semua jenis makanan itu ialah harus hukumnya, namun apabila terdapat sendiri nas yang tegas ( contohnya ayat ke-3 Surah Al-Maidah ) yang mengharamkan BANGKAI, DARAH, BABI, BINATANG YANG DISEMBELIH BUKAN KERANA ALLAH , BINATANG YANG MATI DISEBABKAN TERCEKIK @ DIPUKUL @ JATUH DARI ATAS @ DITOKAK BINATANG BUAS @ DISEMBELIH DI ATAS BERHALA ~ KERANA IBADAT SELAIN AJARAN ISLAM, , maka tatkala itu semua binatang yang tersebut itu bertukar hukumnya menjadi HARAM.
Islam merupakan agama yang memudahkan umatnya, dan sudah pasti kemudahan ini hanya boleh dimanfaatkan oleh orang-orang yang mengerti akan batas-batas kemudahan yang diberikan oleh Islam. Tiada jalan lain untuk mengerti akan hal-hal sebegini melainkan dengan memperuntukan masa untuk mengenal Islam secara mendalam.
Ilmu seperti ini dikenali oleh cendekiawan Islam sebagai Ilmu “ Al-Qawa’id Al-Fiqhiyah “ ertinya “ Kaedah-Kaedah Hukum-Hakam Fiqh “, dan di antara kaedah yang diajarakan kepada kita ialah : “ ÇáÃÕá Ýí ÇáÃÔíÇÁ ÅÈÇÍÉ “ Ertinya : Asal-Usul semua perkara – yang bersifat keduniaan – ialah harus “.
Inilah petuanya wahai saudara ! Kalau bila-bila saudara ragu-ragu akan sesuatu makanan itu apakah hukumnya , maka peganglah kaedah di atas ! Peganglah dengan kemas lagi kejap, SEHINGGALAH terdapatnya bukti daripada syariat ( bukannya drp mulut orang itu dan orang ini ) yang menunjukkan bahawa makanan itu tidak harus hukumnya dimakan !!!.
Isu ikan keli haram dimakan kerana ikan keli memakan najis adalah satu perkara yang bertentangan dengan Roh ajaran Islam yang luas dan berkonsepkan memudahkan umatnya. Kalau dipegang kaedah “ Setiap binatang yang makan najis, maka najislah binatang itu dan kita diharamkan memakannya “ maka, sudah tentulah sukar hidup di dunia ini, walhal Islam diturunkan untuk memudahkan umatnya. Apatah lagi, kaedah yang ajaib seperti itu tidak pernah terdapat di dalam mana-mana kitab !!!.
Lihat saja di kampung-kampung kita wahai saudara ! Ayam kampung pun mematuk-matuk najisnya sendiri. Itik-itik pun menyudu tahinya. Bahkan tumbuhan-tumbuhan yang terkenal banyak khasiatnya dan harus dimakan juga “ memakan “ baja daripada najis binatang-binatang. Maka, apakah ini menunjukkan semua yang tersebut itu haram !!!. Hai malangnya nasib umat Islam andainya berpandangan demikian !.
Lihat juga ketam, sotong, kerang dan binatang-binatang laut, semuanya tak terlepas daripada memakan lumut dan juga najis !. Adakah disebabkan perkara ini, kita secara totok mengharamkan perkara ini !!??.
Lantaran harusnya memakan ikan keli dan semua binatang yang dijelaskan tadi, maka sudah tentu memperniagakannya juga merupakan satu hukum yang sudah jelas – iaitu harus juga.
Kami di aL-Ahkam ini menasihati diri-diri kami sendiri dan diri-diri saudara-saudari sekalian agar kita selain daripada mempelajari Islam melalui Alam Siber ini, marilah kita semua mempelajari agama di majlis-majlis pengajiannya , samada di masjid-masjid, surau-surau ataupun seumpamanya.
Janganlah kita terlalu sibuk dengan dunia kita, lantaran dunia yang dikejar ini sampai bila pun tak akan puas kita mengejarnya !!!.
Dekatilah majlis-majlis pengajian agama , tidak cukup dengan hanya di aL-Ahkam ini ataupun dengan mendengar kaset-kaset ceramah ! Hadirilah rumah-rumah Allah Ta’ala dan majlis-majlis ilmu-Nya !!. Ingatlah pesanan ‘alim-ulama’ kita : “ Sesiapa yang tidak memperdulikan majlis-majlis mengingati Allah Ta’ala, sudah tentu Allah Ta’ala juga tidak sudi mahu mengenang manusia seperti itu !!! dan sudah tentu juga Allah Ta’ala juga akan sibuk daripada menunaikan kehendak-kehendak-Nya !!!”.
Dan jauhilah “ Mufti Kedai Kopi “ dan yang seumpamanya …..yang hanya pandai bercakap mengenai Islam itu dan ini tanpa ilmu pengetahuan mengenainya dengan mantap ! Jauhilah juga “ Lebai Sesat “ yang hanya pandai “ berfatwa “ di kedai-kedai kopi sambil menggulung rokok daunnya dan main dam haji .
Semoga Allah Ta’ala sentiasa menyelamatkan kita daripada jenis-jenis cara berfikir seperti ini, yang menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Amin.
Dipersilakan melanjutkan pengetahuan mengenai perkara ini di :
HALAL & HARAM DI DALAM ISLAM
Oleh : ‘Allamah Prof. Dr Yusuf Al-Qaradhawie ( ha ).
***********************
Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.
Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
13 / Jumadi Tsani / 1423 H
22 / Ogos / 2002 M
Bandaraya Kaherah
:wassalam
Tambahan kepada Jawapan Ust Pendekar.
Soalan yg ditanyakan adalah berkaitan ikan keli yg memakan najis. Ikan keli dari jenis keluarga catfish termasuklah ikan duri, baung adalah sejenis binatang dasar (yg hidup di dasar sungai, kolam atau muara-muara sungai) dan ia makan semua benda termasuk najis. Dalam fiqh haiwan yg makan najis ini dinamakan 'Jallaalah' dan termasuklah keldai, kambing, lembu, ayam, itik, angsa, serati. Binatang yg asalnya halal di makan, tapi jika didapati memakan najis, maka ia jatuh hukum binatang 'Jallalah'.
Dalam hal ini terdapat hadis yg menerangkan bgmn sikap Islam terhadap Jallaalah. HR Ahmad, anNasa'iy, dan Abu Daud dari Amr bin Syu'aib ra, Rasulullah saw melarang daging himar (keldai) kampung dan (binatang jallalah), menunggang dan memakan dagingnya."
Madzhab Syafi'iy mensyaratkan binatang Jallalah ini diquarantine (dikurung dan diberi makan makanan bersih selama beberapa hari) barulah boleh di makan.
Allamah Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) mendokong pendapat ini.
Ini bermakna jika kita lihat ikan keli itu (yakin) ia datang dari habitat yg bernajis (sungai yg tinggi pencemarannya), atau dibela dalam kolam yg diberi makan najis (perut ayam), maka jika anda ingin memakannya hendaklah dikurung dalam dalam air bersih (kolah) dan diberi makan yg bersih selama beberapa waktu, barulah ia boleh di makan. Tanda ikan keli yg diberi makan najis ialah baunya (sebab itu ikan keli yg dipelihara dalam kolam atau datangnya dari habitat yg kotor (longkang atau sungai yg tercemar) akan mengeluarkan bau yg tidak enak.
Jika anda tidak tahu asal usulnya ikan atau binatang lain dan ragu2 apakah ia jallalah atau tidak, maka prinsip umum yg dijelaskan oleh Ustaz Pendekar hendaklah digunapakai sepanjang masa.
Sekian , Allahu a'alam